FAKULTI KEMANUSIAAN
SENI DAN WARISAN
AH32003
INOVASI DAN PERSEKITARAN KERJA
NAMA PENSYARAH : ENCIK AZIZAN MORSHIDI
TUGASAN KUMPULAN : KEBERKESANAN
DAN KESIHATAN KESATUAN SEKERJA
DI SABAH
NAMA
KUMPULAN
|
NO
MATRIK
|
NURLEZA
SYAZREENA NASIR
|
BA13110370
|
NURUL
HAFIZAH AZEMI
|
BA13161067
|
NOVEY M.OLA
|
BA13161050
|
SAHARA
JAMRI
|
BA13110429
|
1.0
PENGENALAN
Kesatuan sekerja merupakan
sebuah badan yang tidak terikat dengan mana-mana organisasi lain, selain itu
sesebuah kesatuan sekerja juga perlu bebas dari pengaruh majikan. Hal ini
kerana kesatuan sekerja sendiri telah ditakrifkan menurut AKTA KESATUAN SEKERJA
1959 iaitu merupakan satu pertubuhan ataupun kesatuan yang mempunyai hubungan
dengan majikan dan juga pekerja. Contohnya kesatuan sekerja bagi guru dan dalam hal ini hanya kesatuan
guru dalam tred yang sama sahaja boleh menyertainya.
Berdasarkan kepada kesatuan sekerja di sabah ia dibahagikan
mengikut sektor seperti sektor kerajaan, badan berkanun, penguasan tempatan,
swasta kebangsaan, swasta dalaman dan juga majikan. Dalam sektor kerajaan ia
dapat dilihat seprti kesatuan pekerja-pekerja jabatan kastam, sabah medical
services union, sabah teachers union, dan juga sebagainya. Manakala bagi badan
berkanun pula ialah mereka iaitu anggota KWSP, kesatuan kakiktangan Am
universiti Malaysia sabah dan sebagainya. Begitu juga dengan sektor penguasa
tempatan yang diterajui oleh majlis perbandaran tawau.
Manakala
bagi kesatuan kebangsaan mereka adalah kesatuan yang sangat kuat dan sentiasa
memberikan komitmen yang tinggi dalam kesatuan, mereka adalah sabah commercial
employees union, persatuan eksekutif pertanian dan juga sebagainya. Manakala
kesatuan sektor swasta dalaman pula adalah seperti kesatuan pekerja-pekerja
Securicor dan juga sebagainya. Kesatuan Sekerja Sektor Majikan Sabah Planting
Industries Employers Association,
Sabah Commercial Banks' Association, Sabah Timber Industry Employers'
Association.
2.0 LATAR
BELAKANG JABATAN HAL EHWAL KESATUAN SEKERJA
NEGERI SABAH
Jabatan
Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Sabah bertempat di Bangunan Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja atau KWSP, Tingkat 7, Blok E, Unit 7.6 B, Jalan Karamunsing, Kota
Kinabalu Sabah. Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Negeri Sabah adalah sebuah
Jabatan di bawah Kementerian Sumber Manusia. Jabatan ini bertanggungjawab untuk
mengawal selia pergerakan kesatuan sekerja bagi menjamin keharmonian
perhubungan perusahaan di Malaysia, khususnya di Sabah.
3.0 Visi, Misi dan Objektif
Selaras
dengan Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Malaysia yang bertempat di Putrajaya,
Tingkat 8, Blok D4, Kompleks D, Jabatan Hal Ehwal kesatuan Negeri Sabah turut
bervisikan visi yang sama iaitu “Menjadi
Agensi yang Unggul Dalam Pengurusan dan Pembangunan Pergerakan Kesatuan
Pekerja” . Begitu juga dengan misi Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja,
iaitu “Memastikan Kesatuan Sekerja Bergerak Secara Demokrasi dan
Bertanggungjawab Bagi Menwujudkan
Suasana Perhubungan Perusahaan yang Harmoni”. Manakala objektif yang
terpakai juga merupakan objektif keseluruhan jabatan ini, iaitu “Memastikan
Kesatuan Sekerja Bergerak Dengan Sihat bagi Menwujudkan Warga Kerja yang
Berpuas Hati, Berdisiplin dan Produktif ke Arah Pencapaian Matlamat Pembangunan
Sosio-Ekonomi Negara.
3.1 Fungsi
Jabatan
Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Sabah mempunyai fungsi yang tertentu bagi
mengekalkan momentum perhubungan perusahaan di Sabah, antaranya;
·
Menguatkuasakan Akta Kesatuan
Sekerja 1959 dan peraturan-peraturan Kesatuan Sekerja 1959
·
Menyelia, mengarah dan
mengawal secara am mengenai semua perkara yang berkaitan dengan kesatuan
sekerja negeri Sabah
·
Menimbang
permohonan-permohonan untuk pendaftaran mengikut undang-undang kesatuan
sekerja, perlembagaan dan peraturan-peraturan kesatuan itu sendiri
·
Menasihatkan pegawai-pegawai
dan ahli-ahli kesatuan sekerja mengenai aspek-aspek pentadbiran dan perundangan
kesatuan sekerja
·
Menasihatkan YB Menteri
Sumber Manusia mengenai undang-undang dan polisi yang berkaitan dengan kesatuan
sekerja khasnya dan perkara perburuhan amnya.
4.0 AKTIVITI AKTIVITI UTAMA JABATAN HAL EHWAL KESATUAN SEKERJA SABAH
4.1 Pendaftaran Kesatuan Sekerja
Aktiviti
utama jabatan ini adalah untuk menimbang dan membuat keputusan permohonan untuk
pendaftaran kesatuan sekerja. Sesebuah kesatuan sekerja perlu didaftarkan bagi membolehkan sesebuah kesatuan itu
menikmati hak dan keistimewaan sebagai satu pertubuhan yang sah.
4.2 Pemeriksaan Penguatkuasaan
Jabatan
ini menjalankan pemeriksaan penguatkuasaan ke atas kesatuan sekerja dan
cawangan-cawangannya. Tujuan pemeriksaan ini dijalankan adalah untuk memastikan
sama ada pergerakan dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh kesatuan sekerja
memenuhi kehendak undang-undang dan
selaras dengan objektif penubuhan
kesatuan itu sendiri. Aspek yang diberi penekanan semasa pemeriksaan dijalankan
ialah meliputi pengurusan kewangan dan pentadbiran kesatuan sekerja.
4.3 Pemprosesan dan Pendaftaran Permohonan/Notis-notis Berkanun
Jabatan
ini juga memproses dan mendaftarkan perkara-perkara seperti berikut:
·
Permohonan bagi pendaftaran
peraturan baru/atau perubahan (Borang K)
·
Notis perubahan nama kesatuan
sekerja (Borang G)
·
Notis perubahan pejabat
kesatuan sekerja berdafar (Borang J)
·
Notis perubahan pegawai dan pekerja
kesatuan sekerja (Borang L dan Borang L[1])
·
Notis untuk bergabung dengan
persekutuan kesatuan sekerja (Borang P, Borang Q dan Borang R)
·
Permohonan kebenaran untuk
bergabung dengan badan perunding di luar Malaysia (Borang W)
4.4 Penyiasatan
Isu Kelayakan
Jabatan
ini menjalankan penyiasatan isu kelayakan menentukan kelayakan sesebuah
syarikat. Ketua pengarah Kesatuan Sekerja akan membuat keputusan sama ada
aktiviti perniagaan syarikat tersebut termasuk dalam skop keanggotaan sekerja
berkenaan. Isu kelayakan kesatuan sekerja perlu ditentukan oleh jabatan ini
untuk menyelesaikan tuntutan pengiktirafan yang dibuat oleh kesatuan sekerja
berkenaan.
4.5 Khidmat Nasihat Teknikal
Jabatan
ini mengadakan ceramah, kursus dan dialog bagi pegawai-pegawai serta ahli kesatuan
sekerja dan majikan bagi tujuan-tujuan berikut:
·
Memberikan bimbangan dan
nasihat supaya mereka dapat melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan
·
Meningkatkan pengetahuan dan
persefahaman tentang peranan dan kewajipan mereka dalam usaha memupuk dan mengekalkan
keharmonian perhubungan perusahaan
·
Undang-undang kesatuan
sekerja dan perkara perburuhan berkaitan
5.0
JADUAL
STATUS KESIHATAN KESATUAN SEKERJA DI SABAH
6.0 SENARAI
KESATUAN YANG BERDAFTAR DI JABATAN HAL EHWAL KESATUANSEKERJA SABAH TAHUN 2016
7.0 SENARAI KESATUAN SEKERJA
MENGIKUT SEKTOR
Kesatuan Sekerja Sektor Kerajaan
1. Kesatuan Pekerja-Pekerja Jabatan Kastam Dan Eksais DiRaja
2. Sabah Medical Services' Union
3. Sabah Railway Workers' Union
4. Sabah Teachers' Union
5. Sabah Government Teachers' Union
6. Kesatuan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Sabah
7. Kesatuan Pekerja Jabatan Pertanian Sabah
8. Kesatuan Kakitangan Jabatan Cetak Kerajaan
9. Kesatuan Juruteknik Jabatan Kerja Raya
10. Kesatuan Pembantu Kesihatan Awam
11. Kesatuan Pekerja-Pekerja Jabatan Air Sabah
12. Kesatuan K'tangan Bukan Pengajar Sabah
13. Kesatuan Pegawai-Pegawai Imigresen Malaysia Sabah
14. Kesatuan Pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan Sabah
15. Kesatuan Pembantu Makmal Sains (KPMS) Negeri Sabah
16. Kesatuan Pekerja-Pekerja Jabatan Laut W.P. Labuan
17. Kesatuan Perkhidmatan Tadbir Pasukan Polis Sabah
18. Kesatuan Pembantu Pembedahan Pergigian Negeri Sabah
19. Kesatuan Pekerja-Pekerja Bomba & Penyelamat Negeri Sabah
20. Kesatuan Pembantu Pengurusan Murid Sekolah Sabah
21. Kesatuan Ketua Pembantu Tadbir Pendidikan Negeri Sabah
Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Sabah 2016
Kesatuan Sekerja Sektor Badan Berkanun
1. Kesatuan Pekerja Hasil Dalam
Negeri Sabah
2. Kesatuan Sekerja Anggota
KWSP, Sabah
3. Kesatuan kakitangan Am
Universiti Malaysia Sabah
4. Kesatuan Sekerja Kakitangan
Koperasi Pembangunan Desa
5. Kesatuan Pekerja-Pekerja
Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah
6. Kesatuan Kakitangan Koperasi
Kemajuan Perikanan & Nelayan Sabah
7. Kesatuan Kakitangan Lembaga
Koko Malaysia Sabah (KKLKMS)
8. Kesatuan Kakitangan Lembaga
Industri Getah Sabah (KELIG)
9. Kesatuan Kakitangan
Perbadanan Pinjaman Sabah
10. Kesatuan Kakitangan Yayasan Usaha Maju Sabah
11. Kesatuan Kakitangan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Sabah
12. Kesatuan Pekerja-Pekerja Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda)
Sabah
Kesatuan Sekerja Sektor Penguasa Tempatan
1. Kesatuan Sekerja kakitangan
Majlis Perbandaran Tawau
Kesatuan Sekerja Sektor Swasta Kebangsaan
1. Sabah Air Transport Workers' Union
2. Sabah Commercial Employees' Union
3. Sabah Banking Employees' Union
4. Sabah Plantation Industry Employees' Union
5. Kesatuan Pekerja-Pekerja Industri Air Sabah
6. Kesatuan Pekerja-Pekerja Industri Perkayuan Sabah
7. Persatuan Eksekutif Pertanian Sabah
8. Sabah Petroleum Industry Workers' Union
9. Kesatuan Pegawai-Pegawai Bank Sabah
10. Kesatuan Pekerja-Pekerja Hotel, Resort Dan Restoran Sabah
11. Kesatuan Pekerja-Pekerja Telekomunikasi Malaysia Sabah
Kesatuan Sekerja Sektor Swasta Dalaman
1. Kesatuan Pekerja-Pekerja Felda Vegetables Oil Products Sdn. Bhd.
Sabah
2. Kesatuan Kakitangan Petroleum Nasional Bhd. Sabah (PETRONAS)
3. Kesatuan Pekerja pakaian Seragam Pos Malaysia Berhad, Sabah
4. Kesatuan Pekerja-Pekerja Telekom M'sia Bhd. Sabah
5. Kesatuan Pekerja-Pekerja Edaran Otomobil Nasional Sabah
6. Kesatuan Kakitangan Perkeranian Pos (M) Bhd
7. Kesatuan Pekerja-Pekerja Securicor (M) Bhd.
8. Kesatuan Pekerja-Pekerja Felda Palm Industries Sdn. Bhd.
9. Kesatuan Pekerja-Pekerja Malaysia Airports Bhd. Sabah
10. Kesatuan Jurutera-Jurutera Sabah Electricity Sdn. Bhd
11. Kesatuan Kakitangan Petronas W.P. Labuan (KAPENAS)
12. Kesatuan Pekerja-Pekerja Felda Global Ventures Plantation Sdn. Bhd.
Sabah
13. Persatuan K'tangan Eksekutif Sistem Penerbangan Malaysia Sabah
14. Kesatuan Pekerja-Pekerja Felda Kernel Products Sdn. Bhd
15. Kesatuan Pekerja-Pekerja Sabah International Dairies Sdn. Bhd.
16. Kesatuan Pekerja-Pekerja Felda Engineering Services Sdn. Bhd.
17. Kesatuan Pekerja-Pekerja Sabah Electricity Sdn. Bhd. Sabah
18. Kesatuan Pekerja-Pekerja Felda Transport Services Sdn. Bhd Sabah
19. Kesatuan Pengawal-Pengawal Keselamatan Felda Security Services Sdn.
Bhd
20. Kesatuan Pekerja-Pekerja Sabah Ports Sdn. Bhd
21. Kesatuan Pegawai Sabah Ports Sdn. Bhd
22. Kesatuan Pekerja-Pekerja Cement Industries (Sabah) Sdn. Bhd
23. Kesatuan Pekerja-Pekerja Felda Agricultural Services Sdn. Bhd, Sabah
24. Kesatuan Pekerja-Pekerja Telekom Sales & Services' Sdn. Bhd.
Sabah
25. Kesatuan Eksekutif Bank Pertanian Sabah
26. Kesatuan Pekerja-Pekerja Bank Pertanian Malaysia Berhad Sabah
27. Kesatuan Pekerja-Pekerja Amanah Ikthiar Malaysia Sabah (KEPAIMS)
28. Kesatuan Pekerja-Pekerja Felda Bulkers Sdn. Bhd. Sabah
29. Kesatuan Pekerja-Pekerja Safeguard G4S Sabah Sdn. Bhd
Kesatuan
Sekerja Sektor Majikan
1.
Sabah Planting Industries Employers' Association
2.
Sabah Commercial Banks' Association
3.
Sabah Timber Industry Employers' Association
8.0 JAWAPAN RESPONDEN
Latarbelakang Responden
Bagi
memenuhi tuntutan tugasan subjek Inovasi dan Persekitaran Kerja, di bawah
seliaan Encik Azizan Morshidi, kumpulan kami telah menjalankan proses temubual
bersama seorang pegawai Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Sabah iaitu Cik
Norzaidah Binti Awang.
Cik
Norzaidah Binti Awang merupakan bekas pelajar Universiti Malaysia Sabah, dan
mula berkhidmat di Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Sabah pada tahun 2013
sehingga kini. Menurut Cik Norzaidah Binti Awang, dia juga merupakan bekas
pelajar Fakulti Kemanusiaan dan Seni Warisan atau dahulunya dikenali sebagai
Sekolah Sains Sosial, ketika beliau masih menuntut di institusi tersebut.
Beliau juga berkongsi sedikit pengalaman sebelum mendapatkan jawatan tersebut,
yang mana bidang semasa beliau belajar di Universiti Malaysia Sabah tidak
berkaitan dengan jawatan yang disandang ketika ini. Oleh hal yang demikian,
beliau menjelaskan bahawa beliau telah bermula dari bawah berkenaan
perkara-perkara yang menjadi tuntutan jawatan ini, terutamanya perkara yang
ditekankan dalam Hubungan Industri.
Siapakah
yang bertanggungjawab dalam kesihatan kesatuan sekerja di Sabah?
Dalam
persekitaran Kesatuan Sekerja, “kesihatan kesatuan sekerja” didefinisikan
sebagai bagaimana keadaan di dalam kesatuan sekerja tersebut adakah kesatuan
tersebut aktif atau tidak dalam menjalankan proses-proses yang perlu di dalam
kesatuan sekerja. Berdasarkan Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja di Sabah,
kebanyakannya kesatuan sekerja yang ada berada didalam keadaan yang tidak
“sihat” iaitu tidak aktif. Kesatuan aktif adalah kesatuan yang memberi
kerjasama dari segi penghantaran dokumen kepada Jabatan Hal Ehwal Kesatuan
Sekerja, dari segi melaksanakan perlembagaan mengikut Akta Kesatuan Sekerja
1954, mengadakan mesyuarat Agung, penghantaran dokumen N dan penyata kewangan
yang dihantar kepada Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Malaysia. Kesatuan yang
tidak aktif pula dijelaskan tidak memberi apa –apa dokumen atau memberi respon
dengan Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Malaysia.
Majikan
adalah bertanggungjawab penuh di atas kesihatan kesatuan sekerja mahupun pihak
kesatuan sekerja itu sendiri di dalam organisasi tersebut. Mereka tidak memberi
apa-apa kerjasama terhadap Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Malaysia. Dalam
hal ini, kesatuan sekerja yang sepatutnya bertanggungjawab dalam kesihatan
kesatuan di Sabah, namun melihat kepada kesihatan kesatuan sekerja di Sabah ia
menunjukkan bahawa Sabah mempunyai tahap kesihatan kesatuan sekerja yang amat
lemah. Hal ini kerana meskipun mereka diberikan peluang untuk mengetengahkan
kesatuan mereka namun masih tiada
tindakan. Bagi jabatan kesatuan sekerja mereka telah memaklumkan namun dari
pihak kesatuan itu tidak memberikan sebarang respon
Apakah
sebenarnya cabaran terbesar Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja ini dalam menguruskan kesatuan sekerja dengan komitmen
mereka ?
Cabaran
terbesar jabatan ini yang pertama adalah dalam mengarahkan pihak kesatuan
sekerja untuk mengadakan mesyuarat agung dan menghantar setiap laporan-laporan
yang diperlukan oleh jabatan ini mengikut tempoh yang telah ditetapkan. Bagi
kesatuan sekerja induk, mereka mempunyai tempohnya yang tersendiri untuk
mengadakan mesyuarat agung dalam setahun iaitu sebelum 30 September.
Oleh
itu, pihak jabatan ini akan mengeluarkan surat makluman kepada kesatuan-kesatuan
ini untuk mengarahkan mereka mengadakan mesyuarat agung tahunan dan menghantar
laporan mereka namun sehingga bulan ini hanya 2 kesatuan sekerja sahaja yang
telah menghantarnya.
Walaupun
begitu, pihak jabatan akan tetap mengeluarkan surat makluman bagi memaklumkan
kepada kesatuan-kesatuan ini dengan memasukkan akta-akta yang berkaitan bagi
memberi kesedaran kepada mereka untuk menjalankan tugas mereka yang sepatutnya
kepada jabatan. Terdapat beberapa kesatuan yang mulai sedar mengenai kepentingan
tersebut yang telah mula menghantar laporan mereka kepada jabatan dan
mengadakan mesyuarat agung bersama ahli-ahli mereka.
Adakah
disebabkan oleh faktor bayaran keahlian dalam kesatuan yang menyebabkan kesihatan kesatuan sekerja
terganggu? Bagaimana mereka juga mengatasi?
Sekirannya
terdapat masalah seperti itu timbul, pihak Jabatan Perhubungan Perusahaan yang
lebih arif untuk di rujuk kerana ianya melibatkan CA (Collective Aggrement).
Masalah yang berkaitan bayaran ini merupakan masalah yang wujud antara pihak
majikan, pekerja dan kesatuan sekerja mereka. Ketiga-tiga pihak ini akan duduk
berbincang dan mereka perlu untuk mencari jalan menyelesaian. Pihak Jabatan Hal
Ehwal Kesatuan Sekerja tidak terlibat dalam hal ini kerana ianya merupakan
tuntutan pekerja kepada majikan mereka.
Selain
daripada itu, dalam kesatuan sekerja yang tidak sihat ini juga disebabkan oleh
sikap dalam kalangan keahlian itu sendiri. Hal ini kerana ahli dalam kesatuan
tersebut berpendapat bahawa meskipun mereka memberikan bayaran kepada keahlian
namun kesatuan yang disertai juga tidak memberikan sebarang manfaat mereka.
Manakala ada dalam kalangan ahli kesatuan yang aktif pada permulaan, aktif
dalam organisasi namun berhubung dengan
jabatan kesatuan adalah jauh sekali.
9.0 SITUASI SEBENAR STATUS KESIHATAN KESATUAN
SEKERJA
DISABAH.
Tugasan
ini menuntut kumpulan kami untuk mendapatkan status kesihatan kesatuan sekerja
di Sabah. Oleh hal yang demikian, bagi menjawap persoalan ini kami telah
mendapatkan penjelasan dari Cik Norzaidah Binti Awang, pegawai Jabatan Hal
Ehwal Kesatuan Sekerja Sabah, individu yang menjadi responden kami dalam
tugasan ini. Menurut penjelasan Cik Norzaidah Binti Awang, melalui rekod
Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Sabah menunjukkan status kesihatan kesatuan
sekerja yang kurang baik.
Semasa
temubual dijalankan, Cik Norzaidah menjelaskan perspektif jabatan terhadap
status kesihatan kesatuan sekerja, iaitu penghantaran dokumen mengikut prosedur
dan masa yang telah ditetapkan kepada jabatan, dan pelaksanaan perkara-perkara
yang telah digariskan dalam Akta Kesatuan Sekerja 1959. Melalui penerangan
pegawai JHEKSS tersebut terdapat empat keadaan yang menunjukkan status
kesihatan kesatuan sekerja khususnya di sabah. Pertama adalah kesatuan kerja
yang aktif iaitu kesatuan sekerja dalam keadaan yang sihat, terdapat 27
kesatuan yang dilabelkan sebagai kesatuan yang sihat, kedua adalah kesatuan
sekerja yang tidak sihat iaitu kesatuan yang tidak melakukan perkara-perkara
yang dituntut oleh jabatan tersebut, dan terdapat 8 kesatuan yang menunjukkan
keadaan pergerakan yang tidak sihat atau aktif mengikut perspektif jabatan.
Manakala ketiga adalah kesatuan yang bermasalah, menurut Cik Norzaidah Binti
Awang kesatuan sekerja yang bermasalah adalah kesatuan yang aktif dalam
kumpulan mereka, namun tidak melakukan apa-apa penghantaran dokumentasi iaitu
Borang L, Borang U dan Penyata Kewangan mengikut masa yang telah ditentukan
oleh pihak jabatan, jumlah kesatuan bermasalah di negeri Sabah adalah sebanyak
39 kesatuan. Keempat adalah kesatuan sekerja yang berdaftar kurang daripada 18
bulan, iaitu kesatuan yang telah berdaftar kurang daripada setahun, terdapat
dua kesatuan dalam kelompok ini yang telah berdaftar di pertengahan tahun 2015.
Senarai
status kesihatan kesatuan Sabah yang lebih spesifik telah kami peroleh dari
Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Sabah dan dilampirkan dalam tugasan ini.
Oleh itu, Status kesihatan kesatuan
sekerja di sabah adalah kurang memberansangkan, hal ini kerana ada dalam
kalangan kesatuan yang tidak memberikan sebarang dokumen yang melihat mereka
masih aktif berkesatuan. Dalam hal ini, ada dalam kalangan kesatuan yang pada
mulanya bergiat aktif namun pada akhirnya akan senyap dan tidak lagi melibatkan
secara aktif. Dalam hal ini, kesatuan sekerja
juga di Sabah hanya pada dasarnya memenangi sesuatu perundingan dalam kalangan
majikan dan juga kesatuan sekerja, hal ini kerana kesatuan sekerja menginginkan
keperluan mereka didengar. Namun ada juga dalam kalangan kesatuan ini hanya
aktif dalam organisasi sahaja, namun dalam menghantar laporan kepada jabatan
kesatuan adalah agak mustahil. Hal ini akan menyebabkan status mereka akan
berada dalam kesatuan yang lemah dan tidak aktif juga akhirnya bermasalah.
10.0 KESIMPULAN
Jelaslah
menunjukkan bahawa kesatuan sekerja di sabah memang berada dalam keadaan yang
tidak sihat. Hal ini kerana dapat dilihat apabila ada dalam kalangan kesatuan
yang tidak mengikuti apa yang telah ditetapkan. Namun dalam kalangan kesatuan
ini juga ada yang bersemangat pada awalnya namun apabila sudah memperolehi CA
maka akan berubah dan tidak lagi aktif seperti dahulu. Dalam hal ini adalah
menjadi masalah bagi jabatan kesatuan sekerja apabila tidak diketahui status
sebenar mereka, hal ini kerana ada dalam kesatuan yang aktif dan akhirnya
senyap juga.
Manakala menurut cik Norzaidah salah
satu kesatuan yang amat aktif di sabah adalah kesatuan perbankan. Hal ini
kerana ada dalam kalangan kesatuan tersebut yang bersifat kebangsaan. Manakala
ada dalam kalangan kesatuan ini juga mempunyai banyak cawangan. Manakala dalam
swasta dalaman ini juga adalah aktif iaitu sabah farm. Bagi mereka yang tidak
sihat ini adalah disebabkan mereka tidak membuat sebarang mesyuarat agung dan
juga penghantaran maklumat juga adalah kurang.