KEBERKESANAN DAN KESIHATAN KESATUAN SEKERJA DI SABAH


FAKULTI KEMANUSIAAN SENI DAN WARISAN
AH32003
INOVASI DAN PERSEKITARAN KERJA

        NAMA PENSYARAH : ENCIK AZIZAN MORSHIDI
TUGASAN KUMPULAN : KEBERKESANAN DAN KESIHATAN KESATUAN SEKERJA DI SABAH

NAMA KUMPULAN
NO MATRIK
NURLEZA SYAZREENA NASIR
BA13110370
NURUL HAFIZAH AZEMI
BA13161067
NOVEY  M.OLA
BA13161050
SAHARA JAMRI
BA13110429







1.0        PENGENALAN

Kesatuan sekerja merupakan sebuah badan yang tidak terikat dengan mana-mana organisasi lain, selain itu sesebuah kesatuan sekerja juga perlu bebas dari pengaruh majikan. Hal ini kerana kesatuan sekerja sendiri telah ditakrifkan menurut AKTA KESATUAN SEKERJA 1959 iaitu merupakan satu pertubuhan ataupun kesatuan yang mempunyai hubungan dengan majikan dan juga pekerja. Contohnya kesatuan sekerja  bagi guru dan dalam hal ini hanya kesatuan guru dalam tred yang sama sahaja boleh menyertainya.

          Berdasarkan kepada kesatuan sekerja di sabah ia dibahagikan mengikut sektor seperti sektor kerajaan, badan berkanun, penguasan tempatan, swasta kebangsaan, swasta dalaman dan juga majikan. Dalam sektor kerajaan ia dapat dilihat seprti kesatuan pekerja-pekerja jabatan kastam, sabah medical services union, sabah teachers union, dan juga sebagainya. Manakala bagi badan berkanun pula ialah mereka iaitu anggota KWSP, kesatuan kakiktangan Am universiti Malaysia sabah dan sebagainya. Begitu juga dengan sektor penguasa tempatan yang diterajui oleh majlis perbandaran tawau.
         
Manakala bagi kesatuan kebangsaan mereka adalah kesatuan yang sangat kuat dan sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dalam kesatuan, mereka adalah sabah commercial employees union, persatuan eksekutif pertanian dan juga sebagainya. Manakala kesatuan sektor swasta dalaman pula adalah seperti kesatuan pekerja-pekerja Securicor dan juga sebagainya. Kesatuan Sekerja Sektor Majikan  Sabah Planting Industries Employers Association, Sabah Commercial Banks' Association, Sabah Timber Industry Employers' Association.

2.0     LATAR BELAKANG JABATAN HAL EHWAL KESATUAN SEKERJA    
NEGERI SABAH

Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Sabah bertempat di Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau KWSP, Tingkat 7, Blok E, Unit 7.6 B, Jalan Karamunsing, Kota Kinabalu Sabah. Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Negeri Sabah adalah sebuah Jabatan di bawah Kementerian Sumber Manusia. Jabatan ini bertanggungjawab untuk mengawal selia pergerakan kesatuan sekerja bagi menjamin keharmonian perhubungan perusahaan di Malaysia, khususnya di Sabah.

3.0     Visi, Misi dan Objektif

Selaras dengan Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Malaysia yang bertempat di Putrajaya, Tingkat 8, Blok D4, Kompleks D, Jabatan Hal Ehwal kesatuan Negeri Sabah turut bervisikan visi yang sama iaitu “Menjadi Agensi yang Unggul Dalam Pengurusan dan Pembangunan Pergerakan Kesatuan Pekerja” . Begitu juga dengan misi Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja, iaitu “Memastikan Kesatuan Sekerja  Bergerak Secara Demokrasi dan Bertanggungjawab Bagi  Menwujudkan Suasana Perhubungan Perusahaan yang Harmoni”. Manakala objektif yang terpakai juga merupakan objektif keseluruhan jabatan ini, iaitu “Memastikan Kesatuan Sekerja Bergerak Dengan Sihat bagi Menwujudkan Warga Kerja yang Berpuas Hati, Berdisiplin dan Produktif ke Arah Pencapaian Matlamat Pembangunan Sosio-Ekonomi Negara.

3.1     Fungsi

Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Sabah mempunyai fungsi yang tertentu bagi mengekalkan momentum perhubungan perusahaan di Sabah, antaranya;
·         Menguatkuasakan Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan peraturan-peraturan Kesatuan Sekerja 1959
·         Menyelia, mengarah dan mengawal secara am mengenai semua perkara yang berkaitan dengan kesatuan sekerja negeri Sabah
·         Menimbang permohonan-permohonan untuk pendaftaran mengikut undang-undang kesatuan sekerja, perlembagaan dan peraturan-peraturan kesatuan itu sendiri
·         Menasihatkan pegawai-pegawai dan ahli-ahli kesatuan sekerja mengenai aspek-aspek pentadbiran dan perundangan kesatuan sekerja
·         Menasihatkan YB Menteri Sumber Manusia mengenai undang-undang dan polisi yang berkaitan dengan kesatuan sekerja khasnya dan perkara perburuhan amnya.

4.0     AKTIVITI AKTIVITI UTAMA JABATAN HAL EHWAL KESATUAN SEKERJA SABAH

4.1     Pendaftaran Kesatuan Sekerja

Aktiviti utama jabatan ini adalah untuk menimbang dan membuat keputusan permohonan untuk pendaftaran kesatuan sekerja. Sesebuah kesatuan sekerja perlu didaftarkan  bagi membolehkan sesebuah kesatuan itu menikmati hak dan keistimewaan sebagai satu pertubuhan yang sah.

4.2     Pemeriksaan Penguatkuasaan

Jabatan ini menjalankan pemeriksaan penguatkuasaan ke atas kesatuan sekerja dan cawangan-cawangannya. Tujuan pemeriksaan ini dijalankan adalah untuk memastikan sama ada pergerakan dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh kesatuan sekerja memenuhi kehendak  undang-undang dan selaras  dengan objektif penubuhan kesatuan itu sendiri. Aspek yang diberi penekanan semasa pemeriksaan dijalankan ialah meliputi pengurusan kewangan dan pentadbiran kesatuan sekerja.

4.3     Pemprosesan dan Pendaftaran Permohonan/Notis-notis Berkanun

Jabatan ini juga memproses dan mendaftarkan perkara-perkara seperti berikut:
·         Permohonan bagi pendaftaran peraturan baru/atau perubahan (Borang K)
·         Notis perubahan nama kesatuan sekerja (Borang G)
·         Notis perubahan pejabat kesatuan sekerja berdafar (Borang J)
·         Notis perubahan pegawai  dan pekerja  kesatuan sekerja (Borang L dan Borang L[1])
·         Notis untuk bergabung dengan persekutuan kesatuan sekerja (Borang P, Borang Q dan Borang R)
·         Permohonan kebenaran untuk bergabung dengan badan perunding di luar Malaysia (Borang W)




4.4    Penyiasatan Isu Kelayakan

Jabatan ini menjalankan penyiasatan isu kelayakan menentukan kelayakan sesebuah syarikat. Ketua pengarah Kesatuan Sekerja akan membuat keputusan sama ada aktiviti perniagaan syarikat tersebut termasuk dalam skop keanggotaan sekerja berkenaan. Isu kelayakan kesatuan sekerja perlu ditentukan oleh jabatan ini untuk menyelesaikan tuntutan pengiktirafan yang dibuat oleh kesatuan sekerja berkenaan.

4.5 Khidmat Nasihat Teknikal

Jabatan ini mengadakan ceramah, kursus dan dialog bagi pegawai-pegawai serta ahli kesatuan sekerja dan majikan bagi tujuan-tujuan berikut:
·         Memberikan bimbangan dan nasihat supaya mereka dapat melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan
·         Meningkatkan pengetahuan dan persefahaman tentang peranan dan kewajipan mereka dalam usaha memupuk dan mengekalkan keharmonian perhubungan perusahaan
·         Undang-undang kesatuan sekerja dan perkara perburuhan berkaitan

5.0        JADUAL STATUS KESIHATAN KESATUAN SEKERJA DI SABAH


 



6.0     SENARAI KESATUAN YANG BERDAFTAR DI JABATAN HAL EHWAL KESATUANSEKERJA SABAH TAHUN 2016


 


7.0     SENARAI KESATUAN SEKERJA MENGIKUT SEKTOR

Kesatuan Sekerja Sektor Kerajaan

1. Kesatuan Pekerja-Pekerja Jabatan Kastam Dan Eksais DiRaja
2. Sabah Medical Services' Union
3. Sabah Railway Workers' Union
4. Sabah Teachers' Union
5. Sabah Government Teachers' Union
6. Kesatuan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Sabah
7. Kesatuan Pekerja Jabatan Pertanian Sabah
8. Kesatuan Kakitangan Jabatan Cetak Kerajaan
9. Kesatuan Juruteknik Jabatan Kerja Raya
10. Kesatuan Pembantu Kesihatan Awam
11. Kesatuan Pekerja-Pekerja Jabatan Air Sabah
12. Kesatuan K'tangan Bukan Pengajar Sabah
13. Kesatuan Pegawai-Pegawai Imigresen Malaysia Sabah
14. Kesatuan Pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan Sabah
15. Kesatuan Pembantu Makmal Sains (KPMS) Negeri Sabah
16. Kesatuan Pekerja-Pekerja Jabatan Laut W.P. Labuan
17. Kesatuan Perkhidmatan Tadbir Pasukan Polis Sabah
18. Kesatuan Pembantu Pembedahan Pergigian Negeri Sabah
19. Kesatuan Pekerja-Pekerja Bomba & Penyelamat Negeri Sabah
20. Kesatuan Pembantu Pengurusan Murid Sekolah Sabah
21. Kesatuan Ketua Pembantu Tadbir Pendidikan Negeri Sabah
Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Sabah 2016


Kesatuan Sekerja Sektor Badan Berkanun
1.   Kesatuan Pekerja Hasil Dalam Negeri Sabah
2.   Kesatuan Sekerja Anggota KWSP, Sabah
3.   Kesatuan kakitangan Am Universiti Malaysia Sabah
4.   Kesatuan Sekerja Kakitangan Koperasi Pembangunan Desa
5.   Kesatuan Pekerja-Pekerja Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah
6.   Kesatuan Kakitangan Koperasi Kemajuan Perikanan & Nelayan Sabah
7.   Kesatuan Kakitangan Lembaga Koko Malaysia Sabah (KKLKMS)
8.   Kesatuan Kakitangan Lembaga Industri Getah Sabah (KELIG)
9.   Kesatuan Kakitangan Perbadanan Pinjaman Sabah
10. Kesatuan Kakitangan Yayasan Usaha Maju Sabah
11. Kesatuan Kakitangan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Sabah
12. Kesatuan Pekerja-Pekerja Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) Sabah



Kesatuan Sekerja Sektor Penguasa Tempatan
1. Kesatuan Sekerja kakitangan Majlis Perbandaran Tawau


Kesatuan Sekerja Sektor Swasta Kebangsaan
1. Sabah Air Transport Workers' Union
2. Sabah Commercial Employees' Union
3. Sabah Banking Employees' Union
4. Sabah Plantation Industry Employees' Union
5. Kesatuan Pekerja-Pekerja Industri Air Sabah
6. Kesatuan Pekerja-Pekerja Industri Perkayuan Sabah
7. Persatuan Eksekutif Pertanian Sabah
8. Sabah Petroleum Industry Workers' Union
9. Kesatuan Pegawai-Pegawai Bank Sabah
10. Kesatuan Pekerja-Pekerja Hotel, Resort Dan Restoran Sabah
11. Kesatuan Pekerja-Pekerja Telekomunikasi Malaysia Sabah


Kesatuan Sekerja Sektor Swasta Dalaman

1. Kesatuan Pekerja-Pekerja Felda Vegetables Oil Products Sdn. Bhd. Sabah
2. Kesatuan Kakitangan Petroleum Nasional Bhd. Sabah (PETRONAS)
3. Kesatuan Pekerja pakaian Seragam Pos Malaysia Berhad, Sabah
4. Kesatuan Pekerja-Pekerja Telekom M'sia Bhd. Sabah
5. Kesatuan Pekerja-Pekerja Edaran Otomobil Nasional Sabah
6. Kesatuan Kakitangan Perkeranian Pos (M) Bhd
7. Kesatuan Pekerja-Pekerja Securicor (M) Bhd.
8. Kesatuan Pekerja-Pekerja Felda Palm Industries Sdn. Bhd.
9. Kesatuan Pekerja-Pekerja Malaysia Airports Bhd. Sabah
10. Kesatuan Jurutera-Jurutera Sabah Electricity Sdn. Bhd
11. Kesatuan Kakitangan Petronas W.P. Labuan (KAPENAS)
12. Kesatuan Pekerja-Pekerja Felda Global Ventures Plantation Sdn. Bhd. Sabah
13. Persatuan K'tangan Eksekutif Sistem Penerbangan Malaysia Sabah
14. Kesatuan Pekerja-Pekerja Felda Kernel Products Sdn. Bhd
15. Kesatuan Pekerja-Pekerja Sabah International Dairies Sdn. Bhd.
16. Kesatuan Pekerja-Pekerja Felda Engineering Services Sdn. Bhd.
17. Kesatuan Pekerja-Pekerja Sabah Electricity Sdn. Bhd. Sabah
18. Kesatuan Pekerja-Pekerja Felda Transport Services Sdn. Bhd Sabah
19. Kesatuan Pengawal-Pengawal Keselamatan Felda Security Services Sdn. Bhd
20. Kesatuan Pekerja-Pekerja Sabah Ports Sdn. Bhd
21. Kesatuan Pegawai Sabah Ports Sdn. Bhd
22. Kesatuan Pekerja-Pekerja Cement Industries (Sabah) Sdn. Bhd
23. Kesatuan Pekerja-Pekerja Felda Agricultural Services Sdn. Bhd, Sabah
24. Kesatuan Pekerja-Pekerja Telekom Sales & Services' Sdn. Bhd. Sabah
25. Kesatuan Eksekutif Bank Pertanian Sabah
26. Kesatuan Pekerja-Pekerja Bank Pertanian Malaysia Berhad Sabah
27. Kesatuan Pekerja-Pekerja Amanah Ikthiar Malaysia Sabah (KEPAIMS)
28. Kesatuan Pekerja-Pekerja Felda Bulkers Sdn. Bhd. Sabah
29. Kesatuan Pekerja-Pekerja Safeguard G4S Sabah Sdn. Bhd



Kesatuan Sekerja Sektor Majikan
1. Sabah Planting Industries Employers' Association
2. Sabah Commercial Banks' Association
3. Sabah Timber Industry Employers' Association

8.0      JAWAPAN RESPONDEN
Latarbelakang Responden

Bagi memenuhi tuntutan tugasan subjek Inovasi dan Persekitaran Kerja, di bawah seliaan Encik Azizan Morshidi, kumpulan kami telah menjalankan proses temubual bersama seorang pegawai Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Sabah iaitu Cik Norzaidah Binti Awang.

Cik Norzaidah Binti Awang merupakan bekas pelajar Universiti Malaysia Sabah, dan mula berkhidmat di Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Sabah pada tahun 2013 sehingga kini. Menurut Cik Norzaidah Binti Awang, dia juga merupakan bekas pelajar Fakulti Kemanusiaan dan Seni Warisan atau dahulunya dikenali sebagai Sekolah Sains Sosial, ketika beliau masih menuntut di institusi tersebut. Beliau juga berkongsi sedikit pengalaman sebelum mendapatkan jawatan tersebut, yang mana bidang semasa beliau belajar di Universiti Malaysia Sabah tidak berkaitan dengan jawatan yang disandang ketika ini. Oleh hal yang demikian, beliau menjelaskan bahawa beliau telah bermula dari bawah berkenaan perkara-perkara yang menjadi tuntutan jawatan ini, terutamanya perkara yang ditekankan dalam Hubungan Industri.

Siapakah yang bertanggungjawab dalam kesihatan kesatuan sekerja di Sabah?
Dalam persekitaran Kesatuan Sekerja, “kesihatan kesatuan sekerja” didefinisikan sebagai bagaimana keadaan di dalam kesatuan sekerja tersebut adakah kesatuan tersebut aktif atau tidak dalam menjalankan proses-proses yang perlu di dalam kesatuan sekerja. Berdasarkan Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja di Sabah, kebanyakannya kesatuan sekerja yang ada berada didalam keadaan yang tidak “sihat” iaitu tidak aktif. Kesatuan aktif adalah kesatuan yang memberi kerjasama dari segi penghantaran dokumen kepada Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja, dari segi melaksanakan perlembagaan mengikut Akta Kesatuan Sekerja 1954, mengadakan mesyuarat Agung, penghantaran dokumen N dan penyata kewangan yang dihantar kepada Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Malaysia. Kesatuan yang tidak aktif pula dijelaskan tidak memberi apa –apa dokumen atau memberi respon dengan Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Malaysia.

Majikan adalah bertanggungjawab penuh di atas kesihatan kesatuan sekerja mahupun pihak kesatuan sekerja itu sendiri di dalam organisasi tersebut. Mereka tidak memberi apa-apa kerjasama terhadap Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Malaysia. Dalam hal ini, kesatuan sekerja yang sepatutnya bertanggungjawab dalam kesihatan kesatuan di Sabah, namun melihat kepada kesihatan kesatuan sekerja di Sabah ia menunjukkan bahawa Sabah mempunyai tahap kesihatan kesatuan sekerja yang amat lemah. Hal ini kerana meskipun mereka diberikan peluang untuk mengetengahkan kesatuan mereka namun  masih tiada tindakan. Bagi jabatan kesatuan sekerja mereka telah memaklumkan namun dari pihak kesatuan itu tidak memberikan sebarang respon

Apakah sebenarnya cabaran terbesar Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja ini dalam  menguruskan kesatuan sekerja dengan komitmen mereka ?
Cabaran terbesar jabatan ini yang pertama adalah dalam mengarahkan pihak kesatuan sekerja untuk mengadakan mesyuarat agung dan menghantar setiap laporan-laporan yang diperlukan oleh jabatan ini mengikut tempoh yang telah ditetapkan. Bagi kesatuan sekerja induk, mereka mempunyai tempohnya yang tersendiri untuk mengadakan mesyuarat agung dalam setahun iaitu sebelum 30 September.

Oleh itu, pihak jabatan ini akan mengeluarkan surat makluman kepada kesatuan-kesatuan ini untuk mengarahkan mereka mengadakan mesyuarat agung tahunan dan menghantar laporan mereka namun sehingga bulan ini hanya 2 kesatuan sekerja sahaja yang telah menghantarnya.

Walaupun begitu, pihak jabatan akan tetap mengeluarkan surat makluman bagi memaklumkan kepada kesatuan-kesatuan ini dengan memasukkan akta-akta yang berkaitan bagi memberi kesedaran kepada mereka untuk menjalankan tugas mereka yang sepatutnya kepada jabatan. Terdapat beberapa kesatuan yang mulai sedar mengenai kepentingan tersebut yang telah mula menghantar laporan mereka kepada jabatan dan mengadakan mesyuarat agung bersama ahli-ahli mereka.

Adakah disebabkan oleh faktor bayaran keahlian dalam kesatuan yang   menyebabkan kesihatan kesatuan sekerja terganggu? Bagaimana mereka juga mengatasi?
Sekirannya terdapat masalah seperti itu timbul, pihak Jabatan Perhubungan Perusahaan yang lebih arif untuk di rujuk kerana ianya melibatkan CA (Collective Aggrement). Masalah yang berkaitan bayaran ini merupakan masalah yang wujud antara pihak majikan, pekerja dan kesatuan sekerja mereka. Ketiga-tiga pihak ini akan duduk berbincang dan mereka perlu untuk mencari jalan menyelesaian. Pihak Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja tidak terlibat dalam hal ini kerana ianya merupakan tuntutan pekerja kepada majikan mereka.

Selain daripada itu, dalam kesatuan sekerja yang tidak sihat ini juga disebabkan oleh sikap dalam kalangan keahlian itu sendiri. Hal ini kerana ahli dalam kesatuan tersebut berpendapat bahawa meskipun mereka memberikan bayaran kepada keahlian namun kesatuan yang disertai juga tidak memberikan sebarang manfaat mereka. Manakala ada dalam kalangan ahli kesatuan yang aktif pada permulaan, aktif dalam organisasi namun  berhubung dengan jabatan kesatuan adalah jauh sekali.


9.0     SITUASI SEBENAR STATUS KESIHATAN KESATUAN SEKERJA
DISABAH.           

Tugasan ini menuntut kumpulan kami untuk mendapatkan status kesihatan kesatuan sekerja di Sabah. Oleh hal yang demikian, bagi menjawap persoalan ini kami telah mendapatkan penjelasan dari Cik Norzaidah Binti Awang, pegawai Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Sabah, individu yang menjadi responden kami dalam tugasan ini. Menurut penjelasan Cik Norzaidah Binti Awang, melalui rekod Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Sabah menunjukkan status kesihatan kesatuan sekerja yang kurang baik.

Semasa temubual dijalankan, Cik Norzaidah menjelaskan perspektif jabatan terhadap status kesihatan kesatuan sekerja, iaitu penghantaran dokumen mengikut prosedur dan masa yang telah ditetapkan kepada jabatan, dan pelaksanaan perkara-perkara yang telah digariskan dalam Akta Kesatuan Sekerja 1959. Melalui penerangan pegawai JHEKSS tersebut terdapat empat keadaan yang menunjukkan status kesihatan kesatuan sekerja khususnya di sabah. Pertama adalah kesatuan kerja yang aktif iaitu kesatuan sekerja dalam keadaan yang sihat, terdapat 27 kesatuan yang dilabelkan sebagai kesatuan yang sihat, kedua adalah kesatuan sekerja yang tidak sihat iaitu kesatuan yang tidak melakukan perkara-perkara yang dituntut oleh jabatan tersebut, dan terdapat 8 kesatuan yang menunjukkan keadaan pergerakan yang tidak sihat atau aktif mengikut perspektif jabatan. Manakala ketiga adalah kesatuan yang bermasalah, menurut Cik Norzaidah Binti Awang kesatuan sekerja yang bermasalah adalah kesatuan yang aktif dalam kumpulan mereka, namun tidak melakukan apa-apa penghantaran dokumentasi iaitu Borang L, Borang U dan Penyata Kewangan mengikut masa yang telah ditentukan oleh pihak jabatan, jumlah kesatuan bermasalah di negeri Sabah adalah sebanyak 39 kesatuan. Keempat adalah kesatuan sekerja yang berdaftar kurang daripada 18 bulan, iaitu kesatuan yang telah berdaftar kurang daripada setahun, terdapat dua kesatuan dalam kelompok ini yang telah berdaftar di pertengahan tahun 2015.

Senarai status kesihatan kesatuan Sabah yang lebih spesifik telah kami peroleh dari Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Sabah dan dilampirkan dalam tugasan ini.

Oleh itu, Status kesihatan kesatuan sekerja di sabah adalah kurang memberansangkan, hal ini kerana ada dalam kalangan kesatuan yang tidak memberikan sebarang dokumen yang melihat mereka masih aktif berkesatuan. Dalam hal ini, ada dalam kalangan kesatuan yang pada mulanya bergiat aktif namun pada akhirnya akan senyap dan tidak lagi melibatkan secara aktif.  Dalam hal ini, kesatuan sekerja juga di Sabah hanya pada dasarnya memenangi sesuatu perundingan dalam kalangan majikan dan juga kesatuan sekerja, hal ini kerana kesatuan sekerja menginginkan keperluan mereka didengar. Namun ada juga dalam kalangan kesatuan ini hanya aktif dalam organisasi sahaja, namun dalam menghantar laporan kepada jabatan kesatuan adalah agak mustahil. Hal ini akan menyebabkan status mereka akan berada dalam kesatuan yang lemah dan tidak aktif juga akhirnya bermasalah.

10.0   KESIMPULAN

Jelaslah menunjukkan bahawa kesatuan sekerja di sabah memang berada dalam keadaan yang tidak sihat. Hal ini kerana dapat dilihat apabila ada dalam kalangan kesatuan yang tidak mengikuti apa yang telah ditetapkan. Namun dalam kalangan kesatuan ini juga ada yang bersemangat pada awalnya namun apabila sudah memperolehi CA maka akan berubah dan tidak lagi aktif seperti dahulu. Dalam hal ini adalah menjadi masalah bagi jabatan kesatuan sekerja apabila tidak diketahui status sebenar mereka, hal ini kerana ada dalam kesatuan yang aktif dan akhirnya senyap juga.

          Manakala menurut cik Norzaidah salah satu kesatuan yang amat aktif di sabah adalah kesatuan perbankan. Hal ini kerana ada dalam kalangan kesatuan tersebut yang bersifat kebangsaan. Manakala ada dalam kalangan kesatuan ini juga mempunyai banyak cawangan. Manakala dalam swasta dalaman ini juga adalah aktif iaitu sabah farm. Bagi mereka yang tidak sihat ini adalah disebabkan mereka tidak membuat sebarang mesyuarat agung dan juga penghantaran maklumat juga adalah kurang.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan