Laporan dengan Gambar Seminar Trans- Pasific Partnership Agreement TPPA dan Isu-Isu Perburuhan Di Sabah
Kumpulan 2
NAMA, NO.MATRIK, DAN KURSUS PENGAJIAN
1. Lu Siao Wee (BA13110167) - HA02 Komunikasi
2. Teo Kim Huui (BA13110505) - HA18 Geografi
3. Rahmad Bin Amir (BA13110410) - HA14 Sosiologi dan Antropologi
4. Vilson Bin Parikos (BA13110517) - HA14 Sosiologi dan Antropologi
5. Muhammad Azri Bin Ahmad Subri (BA13110252) - HA14 Sosiologi dan Antropologi
Nama Pensyarah: Azizan Morshidi
Gambar 1.0 Seminar Trans-Pasific Partnership Agreement TPPA dan Isu-Isu
Perburuhan Di Sabah
Tempat: Dewan YTL, UMS
Masa: 9:00 pagi-1.00 petang
Tarikh: 4 Mei 2016 (Rabu)
Panel Jemputan:
Jabatan Tenaga Kerja Sabah- Encik Mazarul
Kesatuan Sekerja Kebangsaan (MTUC)- Puan Catherine
Kesatuan Sekerja Perbankan Sabah (SBEU)- Puan Margaret Chin
Federation of Sabah Industries (FSI)- Encik Yap
Gambar 3.0 Seminar Trans-Pasific Partnership Agreement TPPA dan Isu-Isu
Perburuhan Di Sabah
Encik Fauzi Bin Sarjono: TPPA merupakan satu inisiatif yang mewujudkan wilayah
perdagangan bebas yang diperkenalkan oleh Amerika Syarikat di bawah rakan kongsi dengan beberapa buah negara. Antaranya, adalah seperti Malaysia. Wujudnya wilayah perdagangan bebas, pasaran menjadi lebih besar di mana ia merangkumi semua negara-negara perserta, dan secara amnya TPPA adalah baik untuk negara perdagangan seperti Malaysia di mana manfaatnya diketahui umum akan memberikan kebaikan kepada sesebuah negara kerana berdasarkan pengagihan sumber-sumber yang begitu cekap. Manakala, faedah daripada perdagangan bebas ini turut dikecapi walaupun sesebuah negara hanya mempunyai kelebihan relatif dari segi pengeluaran sesuatu barangan apatah lagi negara Malaysia yang mempunyai kelebihan mutlak dalam pengeluaran banyak barangan.
Satu laporan yang diutarakan daripada Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER)
oleh Dr Zulkiply Omar yang merupakan Fello Penyelidik Kanan. Beliau menyatakan bahawa eksport dijangka meningkat apabila rakan-rakan dagangan membuka pasaran mereka. Harga barangan import perantaraan yang digunakan di dalam pengeluaran barangan eksport dari Malaysia juga mungkin akan menjadi lebih murah dan ini akan menyumbang kepada peningkatan daya saing barangan Malaysia di luar Negara. Inisiatif TPPA sebenarnya bermula lebih dari satu dekad yang lalu oleh tiga negara iaitu Singapura, chile dan New Zealand, manakala Brunei menyertainya pada tahun 2005 dan kini terdapat 12 buah negara yang sedang berunding dan telah menandatangani perjanjian tersebut. Antara negaranya terdiri daripada Amerika syarakat, Jepun, Kanada, Australia, Mexico, Malaysia, Singapura, Chile, Peru, New Zealand, Vietnam dan Brunei mengikut kedudukan saiz ekonomi dari yang terbesar hinggalah terkecil.
Terdapat juga negara lain yang ingin menyertai TPPA termasuklah Korea Selatan dan Filipina. Justeru itu, tumpuan utama pada seminar pada hari ini adalah Bab 19 di mana impak TPPA terhadap isu yang berkaitan dengan buruh dan ruang untuk memburuh. Bagaimana respond daripada saudara-saudari terhadap TPPA mengikut perseptif masing-masing?
Encik Mazarul memberi pandangan beliau mengenai TPPA Encik Mazarul: Beliau terlibat di dalam TPPA pada Tahun 2011 dan Tahun 2012 semasa berkhidmat di Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia. Dalam perbincangan dasar tersebut, antara input dan maklum balas pada tahun tersebut, terdapat beberapa isu dan perjanjian perkongsian pasifik TPPA satu perjanjian multi materal dalam memliberisasikan perdagangan yang melibatkan 12 negara, di mana TPPA mengandungi 30 bab dan tumpuan kami sebagai Jabatan Tenaga Sabah selaku pelaksana dan pengubal dasar pada masa itu adalah pada artikel 19 atau perkara 19 iaitu, iaitu berkaitan dengan buruh dan TPPA telah dimuktamadkan pada 5 Nov 2015 dan telah dibincangkan di parlimen pada 26 Jan hingga 28 Jan Tahun 2016 secara khusus untuk pengudian sama ada setuju untuk menyertai TPPA atau tidak. Parlimen telah memutuskan di mana majoriti bersetuju untuk menandatangani perjanjian tersebut dan seminggu selepas itu TPPA telah dimeterai di antara negara-negara yang terlibat, tetapi tidak termasuk Amerika Syarikat dan apa yang paling penting adalah kemasukan Malaysia di dalam TPPA tersebut adalah seperti melibatkan pemindahan akta-akta seperti Akta Kerja Kordinan Guru Sabah, Akta Kordinan Guru Sarawak, Akta Perusahaan dan juga Akta Persatuan Sekerja dan apa yang kita maklum, pindahan akta ini sudah berjalan untuk tempoh 2 tahun bermula pada tahun 2016 hingga 2018.
Puan Margaret Chin: Apabila kali pertama kami sebagai persatuan sekerja perbankan Sabah, mendengar pasal TPPA, bagi saya, ia ibarat Tsunami. TPPA merupakan satu paradise. Pada masa dahulu, undang-undang menyekat di mana-mana sahaja, kita tidak berhak untuk memilih apa yang kita inginkan. Persatuan hanya boleh memilih satu union sahaja. Sebagai contohnya, persatuan perbankan hanya boleh mengahlikan ahli yang kerja di bank. Hanya satu union yang boleh dipilih tanpa diberi peluang untuk membuat pilihan walaupun ahlinya tidak puas hati dengan ketuanya. Mereka terpaksa menyertai union tersebut untuk mendapatkan perlindungan. Tetapi keadaannya berbeza pada masa kini, pekerja pada masa kini boleh memilih untuk memasuki mana-mana union sahaja dan mereka diberi kebebasan untuk memilih union yang disukai sampai beribu-ribu atau berjuta-juta union boleh ditubuhkan.
Ia merupakan satu perbezaan yang amat ketara. Kebebasan memilih ini merupakan satu peluang yang baik namun ia juga merupakan satu risiko yang berat. Sekiranya risikonya kami boleh menanganinya dengan baik, ia akan menjadi peluang yang sangat baik. Ia dapat membantu semua pekerja tanpa mengira sesiapa dan jenis industri yang diceburi oleh pekerja tersebut. Di antara satu union dengan satu union, boleh wujud pergaduhan, sampai kerajaan pun sakit kepala kerana pertubuhan union adalah bebas tanpa sebarang sekatan. Menurut Margaret, pada mesyuarat yang lepas, kuasa diberi balik kepada mereka untuk menubuhkan seberapa union yang mereka mahu. Ia adalah berbeza dengan masa dahulu yang memaksa pekerja memasuki satu union sahaja. Sekarang ini, satu union dapat dibentuk oleh 2 hingga 3 ahli sahaja. Ahli dibenarkan memilih beberapa union tanpa sekatan, seorang ahli boleh menyertai beberapa union sahaja asalkan mereka mempunyai wang. Sebagai contohnya, persatuan perbankan boleh menyertai industry lain seperti industri kormesial, industri perhotelan dan industri insurans. Satu union boleh membesar dengan sangat besar.
Puan Catherine: Perseptif Kesatuan Sekerja Kebangsaan (MTUC) mengenai TPPA pula, latar belakang TPPA mengandungi beberapa bab. TPPA adalah sebuat perjanjian yang amat rumit, sekiranya hendak membaca dari bab 1 hingga bab 30 ia adalah sangat susah. Bagi pandangan MTUC, mereka kurang bersetuju daripada penerimaan TPPA. Banyak sebab yang menyebabkan MTUC susah untuk menerima TPPA. Sebab pertama adalah TPPA telah dirunding pada Tahun 2010, namun pada masa tersebut, kami tidak pernah mendengar pasal TPPA sebab ia merupakan satu rahsia. MTUC tidak tahu bahawa rundingan mengenai TPPA telah dilakukan di Brunei, terdapat pertubuhan bukan kerajaan yang menyelit, MTUC tidak boleh masuk campur. Menurut Catherine, pernah satu kali suatu mesyuarat dijalankan di kota kinabalu, pihak MTUC datang untuk berbincang.
Dalam mesyuarat tersebut, pihak MTUC bertanya tentang sama ada pewujudan TPPA akan memudaratkan masyarakat Malaysia atau ia sebenarnya memberi kebaikan kepada kita. Dalam bab yang berkenaan dengan perburuhan ini, kita boleh lihat bahawa sebenarnya TPPS bertumpu kepada trading perniagaan, daripada trading perniagaan ini, ia akan berkait dengan banyak benda salah satunya adalah pekerja. Sebagai contohnya, Negara kita membeli barangan dari Negara Australia, sekiranya terdapat perjanjian, barangan yang kita beli tersebut tanpa didaftar tetapi sebenarnya Malaysia telah pun mempunyai perjanjian-perjanjian dengan rantau Negara sebab kebanyakan hasil daripada TPPA adalah non- tariff. Pihak kami tidak tahu apa yang dibincangkan dalam TPPA. Satu lagi yang merisaukan kepada MTUC adalah pengunaan mana-mana akta perjanjian yangmerunsingkan adalah pelabur ada hak untuk menyaman kerajaan tempatan tetapi kerajaan tidak ada hak untuk menyaman pelabur. Sekiranya pelabur banyak melabur minyak di kota kinabalu, dalam rundingan tersebut, kerajaan menyatakan bahawa saya bagi kamu kontrak tersebut namun apabila berlakunya keracuan minyak, kerajaan berkata sekiranya pelabur tersebut tidak mahu bersihkan “speal of oil”, kita akan berhentikan kontrak dengan pelabur tersebut. Jadi, pelabur akan bercakap bahawa mereka kehilangan keuntungan. Jadi, mereka akan saman kerajaan kerana kerajaan tidak mengikuti peraturan dalam kontrak yang telah ditetapkan. Apabila kerajaan disaman, mereka tidak akan mengupah peguam antarabangsa kerana mereka biasanya menyokong dan memihak kepada pelabur. Antara peguam dengan pelabur boleh membuat rundingan, bila kerajaan diarah untuk membayar ganti rugi, jumlahnya adalah berjuta-juta dan duitnya merupakan hasil titik peluh rakyat yang sebenarnya boleh dilakukan untuk menjalankan pembangunan Negara. Satu kandungan TPPA telah dilaporkan bahawa terdapat sebanyak 92 buah Negara telah disaman. Sebagai contohnya, mengenai gaji minima, apabila kerajaan menetapkan gaji minima dalam kontrak, gaji yang dibayar oleh sesebuah organisasi adalah sekian, tetapi pekerja menuntut gaji minima yang ditetapkan oleh kerajaan, oleh kerana itu, pelabur akan menyaman kerajaan. Soalan dari pelajar: TPPA baru diperkenalkan, sebenarnya TPPA ikut gaji minimum negara tersebut atau budi bicara pelabur tersebut?
Jawapan Puan Catherine: Apabila pelabur melabur masuk ke dalam negara tersebut, dia akan melabur, kebanyakkan di Malaysia, ada perjanjian yang mengatakan pekerja tersebut akan dibayar sekian gaji dalam masa kontrak, tapi kerajaan telah menetapkan gaji minima dan mungkin lebih tinggi dari gaji yang ditawarkan oleh pelabur. Jadi, ia akan mengikut di mana kamu memilih untuk bekerja, sebab itulah maka wujud persoalan siapa bertanggungjawab untuk membayar gaji tersebut. Pelabur tidak akan menyaman sesiapa kecuali kerajaan. Encik Mazarul: Soalan ini akan berbalik kepada pelabur itu sendiri, biasanya pekerja takkan memilih pelabur sesuka hati, pihak kerajaan telah mengubah beberapa akta pada masa sekarang. Untuk makluman, gaji minima akan berubah pada 1 Julai 2016.
Gambar 7.0: Encik Yap menjawab soalan yang dikemukan oleh pelajar
Encik yap: Mekanisme sudah tentu boleh menyaman sesuatu parti sebab syarikat mempunyai alasan yang cukup untuk menyaman kerajaan. Terdapat 2 konsep, yang pertama, sekiranya saya sebagai pelabur, saya telah melabur banyak duit, sekiranya pihak kerajaan menggangu saya dan ia menyebabkan kerugian, saya sebagai pelabur berhak untuk menyaman pihak kerajaan. Yang kedua, sekiranya kerajaan cakap terdapat polisi, kerajaan ingin mengubah polisi tersebut, saya sebagai pelabur ada hak untuk menyaman pihak kerajaan. Sebab jika saya sebagai pelabur, saya datang Malaysia, dan saya terpaksa meninggalkan Malaysia, saya boleh menyaman pihak kerajaan secara tidak langsung. Tetapi bagi organisasi yang kecil, biasanya mereka tidak dapat menyaman pihak kerajaan.
Encik Fauzi: TPPA diketuai oleh Amerika Syarikat, dari sudut perdagangan TPPA adalah lebih penting tetapi saya ingin melihat berkenaan dengan apa yang telah berlaku apabila Amerika Syarikat. Implikasinya, berjuta-juta rakyat kehilangan kerja. Secara teorinya, ia mencetuskan sama ada berlakunya polisi yang sama. Yang pertama, dalam pasaran buruh tu sendiri. Terdapat impak terhadap keuntungan kepada ekonomi TPPA dan sempadan antara TPPA dengan politik dan ekonomi. Jadi, apakah langkah-langkah yang diambil oleh tenaga kerja di sabah untuk mewujudkan situasi yang menang di antara kerajaan dengan organisasi?
Encik Mazarul: Untuk membicarakan berkaitan dengan kesan TPPA dari segi tindakan, tindakan sekarang selari dengan kabinet, kita akan menyalurkan kepada kementerian, kementerian telah melaksanakan kempen-kempen apatah lagi TPPA. Bengkel telah diadakan dengan dasar-dasar perburuhan, kita tak boleh lari dari kerajaan persekutuan. Kita perlu membuat dasar dari bawah dan bukan mudah kementerian untuk meminda akta. Beberapa akta seperti Sabah, kita sedang membuat pindahan, Akta Perusahaan dari peringkat pengubalan akta tersebut. Kita cuba melihat sebaik mungkin keburukan jabatan dari masa ke semasa.
Puan Margaret: Kesatuan Sekerja telah mengadakan dialog mengenai TPPA. Terdapat banyak isu pekerja yang tidak dinyatakan seperti hak wanita mengandung dan sebagainya. Berdasarkan pandangan daripada perbankan, apabila TPPA ada rundingan di Sabah, kami tahu akan ada implikasi daripada TPPA. TPPA akan mempengaruhi kehidupan rakyat seumur hidup. Sekarang pihak kerajaan terpaksa kerana terdapat banyak tekanan daripada global. Kami berfungsi sebagai NGO rela untuk memperbaikinya. Terdapat 8 akta yang akan dipengaruhi, antaranya termasuknya, hubungan industri di Sabah dan Sarawak, Perumahan, Perlindungan Kanak-kanak, Perburuhan Kanak-kanak, imigrasi dan sebagainya. Hanya undang-undang yang dapat dipercayai. Oleh itu, kami mesti faham dengan undang-undang. Pertubuhan kami adalah amat kecil jadi kita haruslah bersatu dan bergabung untuk membuat perniagaan.
Encik Fauzi: Macam mana dengan keadaan unit power Kesatuan Sekerja di Malaysia pada masa sekarang?
Puan Margaret: Lemah. Terutamanya di Sabah. Sebabnya adakah anda lihat terdapat banyak isu buruh yang meminta bantuan? Kes yang dilaporkan di Jabatan Tenaga Kerja adalah banyak atau tidak jika dibandingkan dengan Sarawak dan Semenanjung Malaysia, adakah kita sibuk dengan mengendalikan kes buruh? Terdapat beberapa kes buruh dalam tempoh setahun? Kenapa buruh di Sabah kena merantau ke luar negara? Adakah anda fikir boleh mencari kerja yang bagus di Sabah?
Puan Catherine: Kenapa MTUC meminta untuk berdialog dengan kerajaan, selama beberapa tahun perjanjian ini dijalankan, kita tak tahu apa isi kandungan yang dirunding. MTUC ingin merisik dengan kerajaan untuk mengetahui apakah yang dirunding oleh kerajaan. Adakah ia memberi kebaikan or kelemahan kepada rakyat? MTUC melibatan perundingan. Kami mampu memberi idea yang bermanfaat kepada kerajaan sekiranya kami turut serta dengan rundingan yang dijalankan. Sedihnya, saya hanya tahu isi kandungan TPPA ini pada tahun lalu. Pada bulan yang lepas, Malaysia dan Amerika Syarikat ada menandatangi perjanjian TPPA. Sekiranya benda itu kita tahu lebih awal, kita akan tahu macam mana mahu mengatur. Kita terjerat dengan keadaan itu. Sebab ini adalah peluang yang baik kepada Malaysia utuk kita dan kerajaan untuk mengubah akta di mana akta ini memang berpihak kepada pekerja. Kamu boleh menggangotai persatuan yang kamu suka tanpa halangan. Sesiapa pun boleh mewakili kamu asalkan dia ada kebolehan dalam mengendalikan kes. Ia merupakan satu peluang kepersatuan mengenai dengan penjanjian TPPA, kesatuan itu akan menjadi political. Sekiranya kita kuat, visi dan misi tertumpu kepada pekerja dan kita boleh menambahbaikan kerja. Kalau pekerja mengetahui kesatuan sekerja bukan yang jahat. Ia membela hak pekerja.
Biasanya, majikan selalu menganggap kami jahat dan prejudis contohnya, majikan telah
merebut peluang selama 25 tahun untuk persatuan mereka diitirafkan namun gagal dan
syarikat tersebut dijual beberapa kali.
Encik Yap: Bukan semua majikan merupakan majikan yang bagus. Kes ini terjadi setiap hari. Terdapat 15% majikan yang tidak membayar gaji kepada pekerjanya.
Encik Fauzi: Satu soalan yang dikemukakan berkenaan dengan TPPA tidak menguntungkan negara dan hanya menguntungkan syarikat-syarikat gergasi-gergasi multinasional terutamanya Amerika Syarikat dan bagaimana persediaan syaikat-syarikat tempatan di Sabah untuk bersaing dengan negara lain selepas TPPA di bentuk.
Margaret: Sesiapapun boleh tubuh kesatuan, pekerja akan memilih siapa persatuan yang
boleh melindungi kebajikan dan mengaja hak mereka. Kalau pekerja biasa, mereka akan
menyertai persatuan yang bagus. Jadi, melalui proses begitu, union akan kuat. Saya baru
menekankan sikap mencetus kepada budaya kerja. Pada tahun 1970, saya masih belajar di sekolah, masa itu, cikgu saya selalu memberitahu kami bahawa Sabah adalah negeri yang paling kaya di Malaysia, industri pelancongan di Sabah berkembang dengan maju. Perlahan-perlahan, generasi kini merantau ke luar Negara sebab gaji di Sabah tidak naik. Jadi, biasanya insan yang berani akan merantau ke luar Negara untuk mencari makan.Justeru itu, banyak pekerja asing yang memasuki Negara kita. Ada yang baik dan ada juga yang teruk. Malaysia suka mengambil pekerja asing kerana bayaran adalah lebih murah tanpa mengira sikap mereka dan situasi ini bertukar kepada satu budaya secara perlahan-lahan.
Gambar 8.0: Seorang pelajar menyoalkan soalan
Soalan pelajar: Bagaimana masa depan siswa dan siswi di dunia perkerjaan, sebab pekerja dari luar Negara banyak masuk ke negara kita pada masa kini?
Gambar 9.0 Puan Hamidah menjawab soalan pelajar
Puan Hamidah: Mengikut kepada perkembangan TPPA, tujuan TPPA adalah untuk membuka peluang perkerjaan sebab kerajaan ingin membuka ruang kepada pelabur luar. Persoalan yang pertama, adalah kamu bersedia untuk melibatkan diri dalam dunia perniagaan? Memang kamu sudah mempunyai kelayakan namun macam mana pula dengan kemahiran insaniah kamu? TPPA lebih kepada ekonomi dan ia merangkumi berbagai perkara, jadi kalian harus bersedia, dan ia terpulang kepada diri sendiri dan bukannya bergantung dengan kerajaan sepenuhnya.
Casino Queen Casino Hotel - Mapyro
BalasPadamCasino Queen Hotel, Casino Queen 강릉 출장마사지 Las Vegas NV 89109. Find 안양 출장샵 reviews and 하남 출장마사지 discounts for AAA/AARP members, seniors, extended stays & 의왕 출장샵 military. 김포 출장마사지