FAKTOR PENYEBAB AKTIF DAN KEBERKESANAN KESATUAN PEKERJA-PEKERJA POS PAKAIAN SERAGAM SABAH (KEPPSES). KAJIAN KES: POS MALAYSIA BHD.

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
FALKUTI KEMANUSIAN SENI DAN WARISAN
SEMESTER 2 SESI 2015/2016

AH32003 INOVASI DAN PERSEKITARAN KERJA

TAJUK TUGASAN:
FAKTOR PENYEBAB AKTIF DAN KEBERKESANAN KESATUAN PEKERJA-PEKERJA POS PAKAIAN SERAGAM SABAH (KEPPSES). KAJIAN KES: POS MALAYSIA BHD.

NAMA PENSYARAH:  EN. AZIZAN BIN MORSHIDI

Bil.
Nama Pelajar
No. Matrik
1.
AMIRUL AIMAN BIN MD NASIR
BA13110023         
2.
MOHAMAD ALIFF AZIM BIN ABD. AZIZ
BA13110194
3.
MOHAMAD FAISAL BIN IBRAHIM
BA13110196
4.
ZULKIFLI BIN ISMAIL
BA13110537






KESATUAN PEKERJA-PEKERJA POS PAKAIAN SERAGAM SABAH (KEPPSES). KAJIAN KES: POS MALAYSIA BHD

1.0        LATAR BELAKANG KESATUAN SEKERJA (KEPPSES)
KEPPSES bermaksud Kesatuan Pekerja-Pekerja Pos Pakaian Seragam Sabah adalah merupakan kesatuan pakaian seragam bagi pos di seluruh negeri Sabah. Kesatuan ini (KEPPSES) mempunyai tiga cawangan di negeri Sabah iaitu Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau. Pos Kota Kinabalu merupakan cawangan yang menjadi pusat bagi Kesatuan Sekerja Pekerja-Pekerja Pos Pakaian Seragam Sabah. Menurut Yang Di Pertua KEPPSES iaitu En. Sha Budin bin Uto, tarikh sebenar pertubuhan KEPPSES ini tidak dapat dijelaskan dengan tepat tetapi kesatuan ini telah ditubuhkan oleh pekerja-pekerja di Pos Tawau.

          Menurut Yang Di Pertua KEPPSES, ahli-ahli kesatuan ini mempunyai seramai 375 orang (2016) yang telah didaftar dan 75% ahli dalam kesatuan ini berada di cawangan pos Kota Kinabalu. Kota Kinabalu dipilih menjadi pusat cawangan bagi KEPPSES kerana dipertujui oleh ahli-ahli kesatuan dan kerana kebanyakkan ahli KEPPSES bekerja di pos Kota Kibabalu. Jika terdapat mesyuarat atau aktiviti-aktiviti, kesemua ahli dari tiga cawangan iaitu Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau akan berkumpul dan berbincang di pos Kota Kinabalu. Menurut beliau juga, terdapat ramai lagi pekerja-pekerja yang belum menyertai kesatuan ini terutamanya pekerja-pekerja yang baru.

          KEPPSES (Kesatuan Pekerja-Pekerja Pos Pakaian Seragam Sabah) ditubuhkan adalah bertujuan untuk menambahbaik kualiti kerja dan kehidupan dengan cara membantu menyuarakan pendapat dan masalah yang dihadapi oleh ahli kesatuan. Antara agenda yang diperjuangkan untuk ahli kesatuan KEPPSES ialah:
·      Mengatur perhubungan yang baik diantara pekerja dengan majikan, meningkatkan daya pengeluaran, mendapatkan tahap keselamatan pekerja yang selamat dan mendapatkan sukatan gaji yang adil dan sesuai mengikut syarat-syarat pekerjaan yang berpatutan.
·         Memajukan kebajikan ahli-ahli kesatuan dari segi sosial, ekonomi dan pendidikan dengan cara yang sah disisi undang-undang
·         Memberi bantuan kepada ahli kesatuan berhubung dengan pekerjaan mereka
·         Memberi bantuan seperti pembiayaan kepada ahli kesatuan yang teraniaya atau semasa pertikaian perusahaan
·         Menganjur dan mengendalikan kursus, dialog, seminar dan sebagainya untuk faedah ahli-ahli kesatuan.


2.0        LATAR BELAKANG RESPONDEN
Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Pos Pakaian Seragam Sabah (KEPPSES): En. Sha Budin bin Uto
Kami telah menemubual Presiden atau Yang Di Pertua Kesatuan Pekerja-Pekerja Pos Pakaian Seragam Sabah (KEPPSES) iaitu En. Sha Budin Bin Uto. Menurutnya, beliau telah menyertai kesatuan KEPPSES ini selama 12 tahun dan memegang beberapa jawatan sebelum menjadi presiden KEPPSES. En. Sha Budin Bin Uto telah menjadi Presiden KEPPSES bermula pada 2013 selepas bekas Presiden KEPPSES iaitu .... telah bersara. Sebelum dipilih dan dilantik sebagai Presiden KEPPSES pada 2013, En. Sha Budin pada masa itu memegang jawatan Naib Presiden KEPPSES.

3.0        FAKTOR PENYEBAB AKTIF KESATUAN SEKERJA

3.1      Perkara yang sering diperjuangkan oleh kesatuan
Menurut En. Sha Budin (Presiden KEPPSES), antara perkara-perkara yang sering diperjuangkan oleh KEPPSES adalah mengenai elaun atau upah, keselamatan pekerja dan kebajikan lain. Menurut En. Sha Budin tujuan KEPPSES ini ditubuhkan adalah bertujuan untuk melindungi hak-hak dan kebajikan ahli-ahlinya daripada ditindas oleh majikan dalam menetapkan polisi-polisi syarikat dan sebagainya. Dengan adanya KEPPSES (Kesatuan Pekerja-Pekerja Pos Pakaian Seragam Sabah) ini ianya dapat menjamin ahli-ahlinya dari segi penjagaan hak dan kebajikan sebelum majikan ingin melakukan sesuatu. Menurut En. Sha Budin, antara langkah yang diambil oleh kesatuan sekerja ini dalam memastikan masalah atau hak ahli-ahlinya terjamin, pihak KEPPSES akan melakukan perundingan kolektif bersama-sama majikan. Keadaan ini adalah bertujuan dalam membincangkan kebaikan dan keburukan atau juga mendapatkan pandangan sebelum majikan melaksanakan sesuatu polisi dalam syarikat.

o   Elaun atau upah
Menurut En. Sha Budin, perkara atau masalah yang sering diperjuangkan oleh kesatuan adalah upah ataupun elaun. Menurut beliau, isu tuntutan gaji merupakan isu sejagat yang diperjuangkan oleh golongan pekerja atau kesatuan sekerja diserata dunia. Isu ini bukanlah perkara baru khususnya dalam senario perhubungan perindustrian di Malaysia. Malah, isu ini juga sering dibincangkan oleh ahli-ahli KEPPSES. Tambahan lagi, ketidakstabilan ekonomi pada masa kini juga akan menyebabkan isu ini terus diperdebatkan oleh kedua-dua pihak iaitu kesatuan sekerja dengan pihak majikan.

          Menurut Presiden KEPPSESS, jika berlaku aduan daripada pekerja mengenai masalah ini, pihak kesatuan akan membuat perundingan kolektif dengan majikan untuk membincangkan masalah ini. Walau bagaimanapun, kesatuan sekerja KEPPSES bukan sahaja memihak kepada ahli-ahlinya sahaja, tetapi turut melihat dari sudut pihak majikan. Hal ini kerana pihak kesatuan lebih menumpukan hubungan yang baik dan adil daripada pihak majikan dan pihak pekerja. Ini bagi melahirkan situasi menang-menang diantara hubungan dari kedua-dua pihak supaya produktiviti dan matlamat syarikat tercapai.
         
o   Keselamatan dan kesihatan pekerja
Keselamatan dan kesihatan pekerja pada waktu bekerja juga merupakan isu yang selalu dibincangkan dalam kesatuan sekerja KEPPSES. Malah, masalah ini juga isu yang diperjuangkan oleh KEPPSES supaya pihak majikan membuat penyediaan persekitaran kerja yang kondusif dan langkah-langkah berjaga-jaga yang berpatutan untuk mencegah orang yang bekerja daripada tercedera atau mendapat kesan kesihatan akibat aktiviti kerja yang dijalankan.

          Menurut En. Sha Budin, isu ini pernah diperjuangkan dalam perundingan kolektif dan telahpun berjaya menghasilkan perjanjian kolektif antara pihak KEPPSES dan pihak majikan. Antara perkara-perkara yang dipersetujui ialah majikan akan menyediakan keselamatan, kesihatan dan kebajikan kepada pekerja semasa bekerja melalui peraturan dan prosedur yang ditetapkan. Selain itu, pihak pekerja perlu mematuhi prosedur kerja dan peraturan untuk memastikan keselamatan diri sendiri. Malah, peraturan atau polisi keselamatan dan kesihatan di tempat kerja ini perlulah diletakkan di tempat yang boleh dilihat oleh para pekerja.

          Pihak kesatuan KEPPSES telah meminta majikan melindungi keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang  yang bekerja melalui langkah-langkah seperti:


o   Menyediakan sistem kerja selamat
o   Menyusun langkah-langkah bagi menjamin keselamatan dan kesihatan dalam penggunaan, pengendalian, penanganan, penyimpanan dan pengangkutan bahan-bahan
o   Menyediakan maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan bagi pekerja baru dan pekerja lama
o   Menyediakan penyenggara persekitaran pekerjaan yang selamat tanpa risiko kepada kesihatan
o   Menyediakan kemudahan bagi kebajikan mereka yang sedang bekerja

o   Kebajikan-kebajikan lain
Kebajikan atau faedah lain yang dimaksudkan adalah sesuatu manfaat yang diberi dalam bentuk bukan wang dan ini merupakan tambahan kepada bayaran asas gaji. Pemberian faedah adalah sesuatu yang boleh mempengaruhi keupayaan sesebuah organisasi menarik tenaga kerja yang diperlukan. Menurut En. Sha Budin, antara kebajikan atau faedah lain yang diperjuangkan yang lazim diberikan kepada pekerja ialah faedah perubatan, kemudahan pinjaman dan insuran.

3.2         Aktiviti lain yang sering/sudah dilakukan oleh kesatuan
Menurut En. Sha Budin, terdapat beberapa aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh Kesatuan Pekerja-Pekerja Pos Pakaian Seragam Sabah (KEPPSES) bagi menjalinkan hubungan yang lebih rapat antara ahli-ahli kesatuan KEPPSES. Antaranya seperti aktiviti Sukan, hari keluarga dan lain-lain lagi.

o   Aktiviti riadah (sukan)
Menurut En. Sha Budin, aktiviti sukan atau riadaah sering dilakukan oleh KEPPSES dalam setiap tahun bagi merapatkan silaturahim antara ahli-ahli dan merehatkan minda ahli-ahli daripada masalah atau keletihan dalam pekerjaan. Menurut beliau juga, aktiviti riadah ini dilakukan setiap tahun dengan melibatkan kesemua ahli daripada tiga cawangan iaitu Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau. Biasanya, aktiviti ini dijalankan di Kota Kinabalu dan setiap ahli perlu terlibat serta kos perjalanan dan penginapan semua akan ditanggung oleh kesatuan KEPPSES.

          Menurut En. Sha Budin, aktiviti ini dilakukan kerana beliau menganggap aktiviti riadah atau sukan ini peniting dan perlu menjadi salah satu amalan dalam mempraktikkan gaya hidup sihat. Malah, segala aktiviti riadah atau sukan yang dijalankan akan menjadikan produktiviti atau prestasi kerja lebih meningkat. Aktiviti riadah ini boleh menyihatkan tubun badan. Hal ini kerana apabila kita beriadah, kadar lemak yang terkumpul di dalam badan manusia boleh dikurangkan. Contohnya aktiviti yang sering dilakukan adalah bermain bola sepak, berkayak, senamrobik dan lain-lain. Dengan aktiviti seperti ini, jantung dapat mengepam darah dengan lancar. Secara tidak langsung, pelbagai penyakit seperti jantung, kencing manis, dan darah tinggi dapat dihindarkan secara total.

          Malah, menurut beliau juga, aktiviti sukan dan riadah yang dilakukan ini juga mampu menjadi pemangkin untuk mengurangkan tekanan dalam diri seseorang pekerja atau ahlinya. Kepenatan, keletihan dan beban kerja yang memberatkan akan menyebabkan mereka menunjukkan simptom-simptom tekanan seperti mudah marah, letih, lesu dan tidak bersemangat. Hal ini demikian akan menyebabkan prestasi mereka sama ada di tempat kerja mengalami kemerosotan dan mengundang pelbagai impak negatif.

          Menurut Presiden KEPPSES juga, aktiviti riadah atau sukan yang dibuat pada tahun ini (2016) adalah kejohanan Bola Sepak di Kota Kinabalu. Kejohanan ini dibuat secara terbuka yang dianjurkan oleh KEPPSES pada 29 MEI 2016. Pihak Kesatuan Pekerja-Pekerja Pos Pakaian Seragam Sabah (KEPPSES) akan menyertai juga kejohanan tersebut dengan mengabungkan tiga cawangan iaitu KEPPSES Kota Kinabalu,  KEPPSES Sandakan dan KEPPSES Tawau dalam satu pasukan.

o   Hari Keluarga KEPPSES.
Menurut Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Pos Pakaian Seragam Sabah (KEPPSES) iaitu En. Sha Budin, pihak KEPPSES juga telah menjalankan Hari Keluarga KEPPSES pada setiap tahun bagi merapatkan hubungan ahli-ahli dalam KEPPSES.

          Menurut Presiden KEPPSES, sambutan hari keluarga banyak memberi faedah kepada KEPPSES bagi memupuk hubungan persaudaraan antara satu sama lain dan membin insan yang kamil terutamanya kepada ahli-ahli Kesatuan Pekerja-Pekerja Pos Pakaian Seragam Sabah. Menurut Presiden KEPPSES juga, hari keluarga KEPPSES ditanggung semua oleh Kesatuan dengan menjemput semua ahli dan keluarga ahli untuk terlibat. Keterlibatan ahli keluarga dari setiap ahli kesatuan adalah bertujuan untuk mengenali keluarga ahli masing-masing supaya hubungan persaudaraan ini menjadi lebih rapat.

          En. Sha Budin menyatakan bahawa hari keluarga KEPPSES dilakukan setiap tahun dan tahun ini diadakan di Kota Kinabalu pada 31 Julai 2016.

3.3         Cara keaktifan ahli dalam kesatuan

o   Rundingan bersama exco
Menurut En. Sha Budin, keaktifan ahli atau penglibatan ahli dalam memperjuangkan masalah atau isu yang diadukan oleh pekerja atau ahli adalah terlibat rundingan bersama exco-exco di setiap cawangan. Dalam Kesatuan Pekerja-Pekerja Pos Pakaian Seragam Sabah, terdapat beberapa exco yang dipilih dan dilantik untuk mengetuai di setiap cawangan. Exco-exco ini bertindak mendengar dan berbincang mengenai masalah atau isu yang diadukan oleh pekerja atau ahli. Pekerja-pekerja akan aktif atau terlibat dalam perbincangan dengan exco-exco yang dilantik untuk berbincang masalah-masalah yang dihadapi dan membentuk sesuatu keputusan yang dibuat dengan kata sepakat.

o   Rundingan cawangan
Kesatuan Pekerja-Pekerja Pos Pakaian Seragam Sabah (KEPPSES) mempunyai tiga cawangan iaitu KEPPSES Kota Kinabalu, KEPPSES Tawau dan KEPPSES Sandakan. Menurut Presiden KEPPSES, jika terdapat masalah atau isu yang besar seperti masalah upah atau kecederaan atau kemalangan, pihak exco-exco dari setiap cawangan akan berbincang antara satu sama lain dalam meja bulat bagi menyelesaikan masalah atau isu tersebut.

o   Memberi pandangan dalam media sosial (FACEBOOK)
Menurut Presiden KEPPSES, KEPPSES ini mempunyai Facebook yang dijadikan sebagai medium perhubungan antara ahli-ahli KEPPSES. Facebook ini bertujuan untuk meminta pandangan atau melihat pandangan ahli-ahli dalam sebarang isu-isu yang dilontarkan. Malah, setiap aktiviti-aktiviti atau maklumat akan dimaklumkan dalam media sosial tersebut supaya setiap ahli mendapat maklumat-maklumat tersebut. Malah, menurut En. Sha Budin, media sosial merupakan satu medium yang memudahkan pihak KEPPSES menyebarkan maklumat-maklumat penting kepada ahli-ahlinya terutamanya mengenai kepentingan dan matlamat KEPPSES. Menurut En. Sha Budin, antara isu-isu yang dibincangkan dalam media sosial tersebut adalah mengenai isu-isu motivasi pekerja, pendapat pekerja mengenai beban kerja semasa, pendapat pekerja mengenai keaktifan kesatuan sekerja dan sebagainya.

3.4         Faktor keaktifan kesatuan (KEPPSES)
-Adakah setiap apa yang di lakukan/di perjuangkan akan melibatkan semua kesatuan ahli
Menurut Presiden KEPPSES iaitu Encik Sha Bidin, kesemua perkara yang dilakukan dan yang diperjuangkan akan melibatkan semua ahli dalam kesatuan ini. Di mana beliau menyatakan semua ahli di dalam kesatuan KEPPSES haruslah melibatkan dalam kesatuan ini kerana ahli-ahli tersebut mempunyai kepentingan bersama dalam setiap apa yang dilakukan khususnya dalam membuat keputusan. Menurut Presiden KEPPSES, setiap perkara yang dibincangkan dan akan membuat keputusan, pihak kesatuan akan memanggil kesemua ahli untuk berbincang dan memberi kata sepakat dalam membentuk satu kesatuan. Antara bentuk perbincangan yang biasa dilakukan adalah dalam media sosial iaitu Facebook.

Oleh sebab itu pihak majikan bersama ahli mempunyai kuasa supaya pekerja bersatu secara berorganisasi dalam memperjuangkan kepentingan. Keadaan ini akan dapat mewujudkan perpaduan atau muafakat dalam kalangan mereka dan mempunyai kesedaran kolektif untuk berhadapan dengan kuasa pemodal yang diwakili oleh pihak majikan. Harapan untuk mencapai peningkatan taraf ekonomi, perlindungan hak pekerja dan sosial, merupakan sebab utama mengapa pekerja membentuk dan menganggotai kesatuan sekerja.

Antara perkara-perkara yang diperjuangkan oleh kesatuan KEPPSES ini ialah menetapkan kadar upah, menentukan jam bekerja dan memastikan keselamatan di tempat kerja.
-langkah-langkah kesatuan sekerja dalam memperjuangkan hak pekerja
Kesatuan sekerja adalah satu-satunya pertubuhan untuk mewakili hak dan kebajikan warga pekerja. Ia berupaya menggabungkan pekerja tanpa mengira kaum, agama, jantina, budaya dan asal usul negara dengan satu matlamat yang sama untuk meningkatkan keperluan dan mempertahankan hak pekerja. Kesatuan memastikan tindakan kolektif pekerja dalam membawa tuntutan dan hasrat mereka kepada majikan di tempat kerja.

•        Perundingan Kolektif
Menurut Presiden KEPPSES, jika berlaku aduan mengenai ketidakpuas hati pekerja, beliau akan berbincang dalam kesatuan dan akan merayu kepada pihak majikan untuk membuat perundingan kolektif. Di mana perundingan kolektif adalah hubungan dua hala yang melibatkan interaksi di antara pihak majikan dan pekerja dalam membincangkan terma dan kondisi pekerjaan dalam sesebuah organisasi khususnya iaitu membincangkan proses tawar-menawar berhubung upah, masa bekerja, pampasan dan cuti berlaku semasa perundingan dan sebarang persetujuan dimeteri dalam perjanjian kolektif. Peruntukan tersebut seterusnya akan mengikat kedua-dua belah pihak dalam perjanjian kolektif. Ketika aduan di adukan pekerja oleh pihak majikan, pihak majikan akan memanggil pihak kesatuan dari Tawau, Sandakan dan Kota Kinabalu untuk menyuarakan pandangan dan pendapat mengenai hak-hak pekerja. Kepimpinan kesatuan harus selalu berbincang dengan ahli dan mendengar pandangan mereka tentang isu-isu pekerjaan, dan dalam mengatur langkah-langkah penyelesaian untuk memastikan kesatuan beroperasi berlandaskan prinsip demokrasi.

          Menurut Presiden KEPPSES, beliau menyatakan rundingan kolektif pihak majikan dengan pihak pekerja mencapai matlamat atau berjaya. Berbeza dengan kesatuan-kesatuan lain, jika rundingan kolektif mereka tidak berjaya atau tidak mencapai matlamat keinginan oleh kesatuan. Pekerja akan membuat tindakan. Di antara tindakan perusahaan yang menjadi pilihan utama kesatuan sekerja ialah untuk mengadakan piket. Seksyen 40 Akta Perhubungan Perusahaan memberi keizinan kepada para pekerja  melancarkan piket di tempat kerja atau di kawasan yang berhampiran dengan tempat kerja dengan syarat ia dilakukan secara aman. Objektif utama piket ialah untuk memberi maklumat kepada masyarakat umum dan pihak majikan khasnya tentang konflik yang sedang melanda mereka. Ia juga adalah satu kaedah untuk meraih simpati masyarakat umum di samping menarik sokongan daripada para pekerja lain. Interpretasi pekerja daripada tindakan piket ini ialah ia akan memalukan majikan. Oleh itu pihak majikan lazimnya akan menyetujui untuk diadakan proses rundingan seterusnya untuk menyelesaikan masalah di kalangan mereka.

          Namun, sekiranya tindakan piket tidak diendahkan oleh pihak majikan maka Akta Perhubungan Perusahaan 1967 membenarkan ahli-ahli kesatuan untuk melancarkan tindakan yang lebih keras iaitu mogok. Tindakan perusahaan ini bermaksud memberhentikan kerja secara keseluruhannya dengan hasrat untuk menghadkan atau melambatkan proses produktiviti. Walau bagaimanapun, tindakan mogok tidak boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya, ianya perlulah mengikut garis panduan mogok sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Akta Perhubungan Perusahaan dan Akta Kesatuan Sekerja.

Sekiranya kedua-dua tindakan perusahaan tersebut juga gagal maka sebagai langkah terakhir pihak kesatuan sekerja boleh mengfailkan tuntutan mereka ke Mahkamah perusahaan.

-Apakah faktor yang dapat memperlihatkan kesatuan ini aktif
Menurut Presiden KEPPSES, beliau memperlihatkan kesatuan ini aktif adalah atas sokongan exco-exco tertinggi, setiausaha, dan bendahari. Di mana, beliau berpendapat bahawa pihak tertinggi mempercayakan kepada pengetahuan yang diberikan kepada seseorang untuk bekerja keras, dan berpengetahuan apa yang tugas yang disandarkan.

4.0        Faktor keberkesanan Kesatuan Sekerja Pakaian Seragam Pos Malaysia
4.1 Isu-isu yang sering dibincangkan di dalam perundingan.
Isu yang penting di dalam perundingan menjadi teras kepada kejayaan perundingan yang diperjuangkan. Hal ini juga dapat menunjukkan bahawa isu yang diketengahkan mestilah releven dan mengikut kemampuan syarikat itu sendiri supaya ia dapat memudahkan majikan untuk melaksanakannya. Menurut Encik Sha Budin bin Uto yang merupakan President Kesatuan Sekerja Pakaian Seragam Pos Sabah (KEPPSES), isu yang sering diperdebatkan didalam perundingan adalah mengenai upah atau pembayaran gaji kepada pekerja, kenaikan pangkat, kerja lebih masa, cuti, bonus dan lain-lain lagi.

          Isu yang berbangkit seperti isu upah adalah penting bagi pekerja untuk terus menyumbangkan kemahiran kepada organisasi. Penentuan tingkat upah juga adalah penting mengikut pangkat pekerjaan di dalam organisai tersebut. Hal ini juga menunjukkan bahawa faktor upah akan menyebabkan seseorang pekerja itu bekerja dengan lebih baik atau sebaliknya. Menerusi arus globalisasi masa kini, peningkatan taraf hidup menyebabkan pekerja yang bergaji rendah terperangkap di dalam kemiskinan. Justeru itu, para pekerja menekankan untuk menutut mengenai isu gaji bagi memudahkan mereka meneruskan kelangsungan hidup serta dapat menghadapi cabaran hidup yang begitu sukar pada masa kini. Hal ini demikian kerana upah adalah elemen yang penting bagi pekerja kerana upah akan memotivasikan pekerja untuk meningkatkan produktiviti kerja dengan lebih baik lagi. Pihak majikan perlu memainkan peranan penting dalam memberi kemudahan kepada pekerja.

Di dalam Syarikat yang dikaji, Kesatuan Sekerja Pakaian Seragam Pos Sabah (KEPPSES) menitikberatkan mengenai upah kerana ia akan mempengaruhi kepuasan kerja dikalangan pekerja serta akan mewujudkan motivasi dalam diri pekerja itu sendiri. Upah adalah isu yang sering diperjuangkan oleh Kesatuan ini kerana mereka tidak mahu pekerjaan yang mereka lakukan tidak mendapat pulangan atau gaji yang setimpal dengan pekerjaan mereka. Hal ini juga menyebabkan majikan terpaksa akur dengan tindakan kesatuan ini dan telah menaikan gaji pekerja sebagai tanda persetujuan dalam perundingan yang dijalankan. Isu ini juga perlu diterima oleh pihak majikan supaya jumlah gaji yang diterima oleh pihak pekerja adalah mengcukupi dan memuaskan. Sekiranya perjanjian ini dipersetujui oleh kedua-dua pihak, maka isu dianggap selesai dan pekerja serta majikan akan mendapat keuntungan daripada perjanjian seperti dapat mengelakkan daripada tindakan industri, dapat meningkatkan keeuntungan syarikat dan lain-lain lagi.

Menurut President Kesatuan Sekerja ini juga, isu seterusnya yang sering diperjuangkan oleh pihak pekerja atau ahli-ahli kesatuan ini ialah mengenai kenaikan pangkat. Kenaikan pangkat adalah penting untuk memotivasikan seseorang individu supaya bekerja dengan lebih rajin lagi. Kenaikan pangkat ini juga perlulah berdasarkan kemahiran dan kecekapan yang ditunjukkan oleh pekerja untuk mewujudkan keadilan dalam pemilihan kenaikan pangkat ini. Isu ini menjadi perjuangan daripada Kesatuan Sekerja Pakaian Seragam Pos sabah ini kerana terdapat pekerja yang sudah lama bekerja dan mempunyai kemahiran tinggi yang gagal mendapat tempat yang sepatutnya di dalam syarikat tersebut. Hal ini menimbulkan kemarahan dikalangan pekerja yang terlibat dan menutut kenaikan pangkat daripada pihak majikan.

Menurut Beliau lagi, perundingan ini juga telah memihak kepada kesatuan kerana majikan meluluskan tuntutan ini dan beberapa pekerja yang terlibat telah dinaikan pangkat sesuai dengan kelayakan pekerja tersebut. Isu kenaikan pangkat tidak menimbulkan sebarang konflik di dalam organisasi ini kerana pihak majikan memberi kerjasama yang baik kepada pekerja.

Seterusnya, Isu-isu lain yang sering menjadi tuntutan adalah mengenai kerja lebih masa. Kesatuan Sekerja Pakaian Seragam Pos Sabah (KEPPSES) telah memperjuangkan isu mengenai kerja lebih masa kerana pekerja yang melakukan pekerjaan lebih masa tidak dibayar berdasarkan kerja yang dilakukan sebaliknya mengikut Akta iaitu pekerja hanya boleh bekerja lebih masa selama 104 jam seminggu. Hal ini telah menimbulkan ketidakpuasan hati dikalangan pekerja kerana kerja lebihan masa tidak dibayar dengan sepatutnya dan ia dianggap tidak berbaloi dan hanya pekerjaan sia-sia. Setelah berunding dengan pihak majikan, pihak pekerja telah berjaya mendapat hak yang dituntut iaitu mereka boleh bekerja lebih masa selama 130 jam dalam seminggu. Isu ini juga diterima atas tuntutan dan sebab yang munasabah daripada pekerja untuk melanjutkan kerja lebih masa ini sehinggakan mereka mendapat kebajikan daripada pihak majikan.

4.2         Faktor-faktor yang menjadi pengaruh dalam perundingan kolektif
Perundingan kolektif adalah penting untuk mewujudkan hubungan yang harmoni diantara pekerja dengan pihak majikan. Sekiranya perundingan yang dijalankan ini berjaya, ia akan menguntungkan kedua-dua belah pihak dan memajukan sesebuah organisasi itu sendiri serta dapat meningkatkan pengeluaran produktiviti. Faktor-faktor yang menjadi pengaruh kepada wujudnya perundingan kolektif ini adalah kekangan daripada pihak pekerja untuk perundingan, wujudnya hak bersuara daripada pekerja, untuk mengelakkan tindakan industri berlaku dan menggalakan kepuasan kerja daripada pihak pekerja serta pihak majikan di dalam organisasi yang akan mempengaruhi produktiviti.

Menurut President Kesatuan Sekerja Pakaian Seragam Pos, faktor yang menjadi pengaruh dalam perundingan kolektif yang pertama adalah kekangan daripada pihak pekerja itu sendiri. Menurut beliau, pekerja-pekerja ini akan menuntut untuk mengadakan perundingan kolektif dengan pihak majikan sekiranya hak-hak mereka dicabuli oleh majikan mereka sendiri. Kekangan yang wujud daripada pekerja ini juga sebagai motivasi kerja yang perlu dititik beratkan oleh majikan. Hal ini kerana pekerja memerlukan keselesaan untuk melakukan pekerjaan serta memerlukan perhatian daripada pihak majikan untuk menyediakan kemudahan kepada pekerja supaya dapat meningkatkan produktiviti pengeluaran syarikat.

Selain itu juga, faktor mempengaruhi pekerja mengadakan perundingan adalah disebabkan oleh pekerja ingin menuntut hak mereka. Perundingan adalah penting untuk menjamin keharmonian industri. Hak-hak pekerja yang sering disuarakan adalah mengenai kenaikan gaji, isu kenaikan pangkat, cuti, kemudahan pekerjaan, penambahbaikan syarikat dan penambahan kerja atau pekerja baru untuk meningkatkan produktiviti organisasi. Pekerja-pekerja mempunyai kepentingan yang tersendiri untuk menuntut hak mereka agar tidak ditindas oleh pihak majikan mereka. Sekiranya pihak majikan masih berdegil dan tidak mahu berunding maka tindakan industri seperti piket dan mogok akan berlaku. Walaubagaimanapun Kesatuan Sekerja Pakaian Seragam Pos Sabah ini tidak pernah berlaku masalah industri ini berdasarkan catatan yang dibuat oleh President Kesatuan Sekerja ini. Menurut  beliau lagi, pada tahun 2007 pekerja-pekerja Pos Sabah hampir mengadakan piket untuk menuntut kenaikan gaji keseluruhan pekerjaan dalam syarikat ini. Hal ini mendapat sambutan yang baik daripada pihak majikan dengan mengadakan perundingan kolektif dengan pekerja serta bersetuju dengan tuntutan yang dibuat oleh pihak pekerja tersebut. Oleh itu, tindakan industri ini tidak dilakukan oleh pihak pekerja kerana mendapat maklumbalas yang baik daripada pihak majikan.

Di samping itu juga, President Kesatuan Sekerja Pakain Seragam Pos Sabah ini menyatakan bahawa faktor pengaruh dalam perundingan kolektif ini adalah untuk mewujudkan kepuasan kerja daripada pekerja-pekerja bawahan sehinggalah pekerja atasan. Hal  ini demikian kerana untuk mewujudkan kepuasan kerja, majikan perlu memainkan peranan yang penting dalam memperjuangkan hak-hak pekerja untuk meningkatkan motivasi dan produktiviti organisasi. Keuntungan syarikat juga dapat dilihat melalui keberkesanan serta tindakan pekerja dalam melaksanakan kerja yang berkualiti dan produktif. Oleh itu, perundingan yang dilakukan adalah untuk menggalakkan kepuasan kerja dikalangan pekerja kerana pekerja merupakan aset syarikat yang mampu memberi keuntungan yang besar kepada organisasi.

o   Keputusan Perundingan
Di dalam perundingan kolektif yang dijalankan akan mendapat keputusan setelah berbincangan dan berunding diantara mereka. Menurut President Kesatuan ini, terdapat isu yang sukar seperti isu upah, kenaikan pangkat, penambahan kerja baru, peningkatan kemudahan asas pekerja dan pembukaan cawangan baru. Namun begitu, kebanyakkan daripada isu ini berjaya mencapai kata sepakat kerana menurut beliau lagi majikan dalam organisasi tersebut mudah untuk bertolak ansur bagi mengelakkan sebarang konflik akan berlaku. Isu-isu yang sukar yang ada dalam perundingan ini dapat diselesaikan dengan kerjasama kedua-dua pihak berunding dan menemui kata sepakat.

Seterusnya, keputusan perundingan berdasarkan perundingan yang dijalankan diantara kedua-dua pihak adalah bergantung kepada isu yang diketengahkan oleh pekerja. Kebanyakkan perundingan yang dijalankan menunjukkan bahawa pihak majikan tidak menolak sebulat-bulatnya tuntutan daripada Kesatuan Sekerja malah isu-isu yang diketengahkan dibincangkan untuk mengelakkan sebarang percanggahan pendapat daripada kedua-dua pihak.

Selain itu juga, kejayaan perundingan yang dijalankan adalah berdasarkan kemampuan yang dimiliki oleh syarikat itu sendiri. Sekiranya tuntutan itu diluar kemampuan kebiasaanya akan menemui kegagalan kerana syarikat tidak mahu menaggung risiko kerugian. Hal ini menunjukkan bahawa majikan akan bertolak ansur dengan pekerja untuk mengadakan perundingan. Menurut  President KEPPSES ini, kebanyakkan isu yang dirunding dalam syarikat ini berjaya menemui kata sepakat dan hak serta tuntutan Kesatuan Sekerja berjaya diperjuangkan. Hal ini menunjukkan bahawa keberkesanan Kesatuan Sekerja ini mamainkan peranan penting dalam memperjuangkan hak-hak serta isu-isu yang berbangkit di kalangan ahli Kesatuan Sekerja. Sehubungan dengan itu juga, jelaslah menunjukkan bahawa Kesatuan Sekerja berkesan dalam menjalankan fungsinya dan keseluruhan pekerja yang berada dibawah kesatuan KEPPSES telah mendapat manfaat serta faedah seperti upah, cuti, kenaikan pangkat, peningkatan kemudahan asas dan lain-lain lagi. 

o   Faktor yang selalu menghalang perundingan kolektif sukar dicapai hingga melibatkan kesatuan kurang berkesan bagi pekerja. Perundingan kolektif adalah selepas sesuatu kesatuan sekerja pekerja mendapat pengiktirafan daripada majikan ataupun kesatuan sekerja majikan, maka ia bolehlah memulakan proses perundingan kolektif bagi tujuan untuk mencapai sesuatu perjanjian kolektif. Seksyen 2 mentakrifkan perundingan kolektif sebagai rundingan yang dibuat bertujuan bagi mencapai perjanjian kolektif.

Selain itu, perundingan kolektif juga adalah merupakan satu proses tawar-menawar secara kolektif di antara majikan dan kesatuan sekerja untuk mencapai sebuah perjanjian kolektif. Mana-mana pihak iaitu sama ada majikan atau kesatuan sekerja boleh tanpa membuat pelawaan kepada satu pihak yang lain secara bertulis untuk mengadakan perundingan kolektif (Sekyen 13 (1) menjelaskan jika kesatuan sekerja pekerja- pekerja telah diberikan pengiktirafan oleh majikan atau oleh kesatuan sekerja majikan. Kesatuan sekerja pekerja- pekerja bolehlah mempelawa majikan atau kesatuan sekerja majikan untuk memulakan satu proses perundingan kolektif atau majikan atau kesatuan sekerja majikan- majikan bolehlah mempelawa kesatuan sekerja pekerja- pekerja untuk memulakan satu perundingan kolektif.

Perundingan kolektif juga adalah merupakan satu proses pembuatan keputusan bersama yang menggambarkan satu pendekatan demokratik dalam industry. Ianya juga adalah merupakan satu budaya bipartism (dwipihak). Perundingan kolektif juga merupakan satu kaedah yang fleksibel bagi menagani perubahan ekonomi dan teknikal didalam sesebuah industry. Ianya juga membantu mewujudkan keharmonian industry tanpa ganguan terhadap organisasi yang sedia ada atau terhadap aktiviti pengeluaran. Dan ianya boleh menjadi aman atau kekerasan berdasarkan kekuatan masing- masing.

Perundingan ada dua bentuk peraturan berhubung dengan perundingan kolektif, iaitu peraturan prosedur dan peraturan- peraturan substansif. Bagi peraturan prosedur ialah yang mengawal kelakuan majikan dan kesatuan, ia mencakupi semua perkara yang berkaitan dengan prosedur mengenai kontrak, pengubahsuaian, memperbaharui atau menamatkan sesuatu kontrak. Termasuk juga didalamnya ialah kemudahan – kemudahan bagi membolehkan mereka untuk berunding.

Manakala untuk peraturan subtansif pula menjalinkan hubungan antara individu. Peraturan ini lebih menitikberatkan substan atau inti di dalam perjanjian atau persetujuan yang diluluskan oleh kesatuan dan pihak pengurusan. Didalam hal ini terdapat tiga bentuk hubungan yang dijalankan oleh peraturan substantive iaitu hubungan ekonomi atau pasaran, hubungan kerajaan dan hubungan ditempat kerja.

Untuk faktor yang selalu menghalang perundingan kolektif bagi kesatuan pekerja- pekerja pos pakaian seragam sabah adalah menurut presiden kesatuan tersebut iaitu En. Sha Budin adalah kesediaan antara kedua- dua pihak untuk berunding. Ini kerana menurut beliau, sering kali berlaku tidak ada sikap tolak ansur yang diberi oleh majikan untuk membincangkan terhadap usul yang telah diketengahkan oleh pihak kesatuan.

Selain itu, menurut presiden tersebut, antara yang menjadi permasalahan dalam menghalang perundingan dibuat sukar dicapai adalah terikat dengan undang –undang. Ini kerana isu yang yang dibawa adalah adakalanya melibatkan undang –undang yang boleh membuatkan hak prerogative majikan kuat yang membuat majikan tidak mahu untuk berunding walaupun isu tersebut melibatkan kebajikan pekerja.

Apa yang terikat dengan undang- undang ini adalah kekangan terhadap perundangan yang mana akta yang telah diperkenalkan oleh kerajaan iaitu Akta Perhubungan Perusahaan(1967) yang mana akta ini diperkenalkan oleh kerajaan untuk tujuan mengawal hubungan antara majikan dan pekerja serta kesatuan sekerja dalam menjalankan penyelesaian atau pertikaian yang timbul antara mereka, selain itu, akta ini adalah untuk mengawal kuasa kesatuan yang ada pada masa kini daripada berkuasa dalam memperjuangkan hak- hak dan kebajikan- kebajikan ahlinya. Situasi ini dapat dilihat bahawa hal seperti tindakan mogok, piket, go slow dan sebagainya mereka perlu membuat surat untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak majikan. Ini menunjukkan kesatuan semakin hilang kuasa dan menyebabkan ianya menjadi factor dalam mencapai perundingan kolektif dengan majikan dan perkara tersebut dilihat kurang berkesan kepada pekerja.

Penghalang perudingan dicapai juga adalah pihak kesatuan membuat segala usul adalah melibatkan visi syarikat untuk lima tahun akan datang. Tetapi majikan tidak memandang seruis terhadap perkara tersebut kerana apa yang diminta adalah upah lebih, elaun dan sebagainya yang membuat majikan sering memberi alasan berkenaan dengan kos membeli kenderaan dan sebagainya. Ini adalah yang sering menjadi penghalang kepada perundingan itu dicapai.

Oleh itu, disebabkan oleh perkara- perkara tersebut sering menjadi punca menyebabkan ahli kesatuan iaitu pekerja hampir untuk tidak yakin terhadap kesatuan ini ekoran daripada kesukaran tersebut. Tetapi hasil daripada kecekapan dan kebijaksanaan dalam melakukan rundingan terhadap sesuatu usul yang diketengahkan tetap Berjaya walaupun ianya memerlukan masa yang lama. Itu adalah satu punca kesatuan ini masih bertahan dan mendapat penambahan ahli.

o   Faktor yang dilihat kesatuan ini berkesan dalam menyakinkan peranan dan fungsi antara organisasi.
Menurut En Sha Budin yang merupakan presiden kesatuan ini menyatakan antara factor yang dapat dilihat kesatuan ini berkesan dalam menyakinkan peranan serta fungsinya antara organisasi adalah kerana kesatuan ini telah menetapkan objektifnya yang tersendiri iaitu dalam memastikan ianya menguntungkan kedua- dua pihak. Dapat dilihat bahawa kesatuan komited dalam memastikan kebajikan dan social serta ekonomi pekerja sentiasa terjaga. Kepentingan- kepentingan ahli kesatuan ini diperjuangkan melalui perundingan kolektif antara majikan melalui medium yang sah disisi undang undang. Perjuangan ini dapat dilakukan melalui perundingan kolektif antara majikan dan wakil kesatuan berdasarkan hak- hak yang telah diutarakan oleh wakil kesatuan.

          Disamping itu, factor kesatuan ini dilihat berkesan dalam menyakinkan peranannya terhadap organisasi juga adalah disebabkan oleh kestuan ini juga berusaha mencapai objektifnya untuk memupuk hubungan baik antara majikan dan pekerja- pekerja iaitu ahli KEPPSES ini. Objektif ini membuatkan bahawa KEPPSES ini berkesan sebagai peranannya wujud dalam syarikat Pos Sabah. Ini kerana, kewujudan kesatuan ini berkesan dalam menyakinan peranan serta fungsinya antara organisasi dalam melahirkan persekitaran kerja yang harmoni yang mana dapat meningkatkan mutu dan produktiviti syaikat POs sabah.

          Dalam usaha memastikan kesatuan ini dilihat berkesan dalam menyakinkan peranannya antara organisasi juga adalah pihak kesatuan KEPPSES terus berusaha mencari penyelesaian yang terbaik melalui perundingan damai dengan majikan sekiranya berhadapan sebarang masalah pertikaian industry dan sebagainya. Pihak KEPPSES akan menggunakan segala saluran yang ada mengikut jalan yang betul dengan sebaiknya untuk kepentingan ahli- ahli kesatuan.

          Selain itu, apa yang diterangkan oleh En. Sha Budin juga adalah sikap pemimpin. Ini dapat dilihat bahawa, sikap pemimpin yang bijak dalam memprotes terhadap perkara- perkara yang sepatutnya menjadikan kesatuan ini berkesan. Ini kerana pemimpin yang membawa perkara yang dibawa perlu mempunyai asas –asas yang boleh digunapakai dalam mempertikaikan hal- hal yang membabitkan pekerja. Selain itu juga menurut beliau lagi, pemimpin haruslah pandai dalam mempertimbangkan perkara- perkara yang penting supaya tidak memberi kesan buruk kepada ahli dan juga kesatuan.

          Menurut En. Sha Budin juga, peranan ahli juga merupakan sesuatu yang penting untuk melihat kesatuan ini berkesan dalam menyakinkan peranannya antara pihak majikan. Menurut beliau, ini memerlukan persetujuan ramai dalam menyokong usul- usul yang boleh membawa kepada kebajikan pekerja terjamin. Melalui persetujuan dan sokongan yang mejoriti membolehkan semangat untuk terus mendesak dan memprotes majikan yang diwakili oleh wakil kesatuan dilihat lebih bersungguh- sungguh untuk mencapai persetujuan yang lebih baik antara majikan dan wakil kesatuan ini. Kerjasama ahli juga turut akan dilihat oleh majikan dalam mempertimbangkan segala perundingan yang ingin dibuat. Kerana majikan akan melihat bahawa perkara yang dituntut adalah disebabkan oleh kehendak pekerja dan bukannya oleh segelintir ahli tertinggi dalam kesatuan sahaja.

          Untuk melihat kesatuan berkesan juga adalah dari aspek social iaitu semangat berpasukan dan bersatu padu turut menjadi perkara penting dalam kesatuan. Ini adalah wajar bagi sebuah kesatuan bersatu padu agar matlamat penubuhannya dapat dicapai. Menurut presiden, para pekerja hari ini juga semakin bijak dalam menyedari tindakan kolektif melalui kesatuan sekerja adalah lebih baik berbanding tindakan secara individu jika mempunyai masalah dengan majikan. Oleh itu, mereka menyertai kesatuan sekerja agar dapat membentuk satu pasukan yang memberi manfaat kepada mereka. Ini dapat dilihat salah satu factor penting dalam melihat keberkesanan kesatuan ini.

          En. Sha Budin juga menyatakan kesatuan yang ada dalam Pos Malaysia ini mempunyai tujuh kesatuan yang mana tiga di semenanjung, dua di sabah dan dua di serawak. Menurut beliau juga, untuk perkara yang melibatkan apa yang dituntuk untuk melibatkan semua pekerja yang bekerja dibawah pos Malaysia adalah perlu untuk mendapatkan persetujuan daripada semua cawangan kesatuan untuk membolehkan perkara itu dapat diterima majikan dengan sepenuhnya. Ini adalah untuk perkara- perkara yang sensitive seperti kenaikan gaji yang setara dan tidak melibatkan elaun- elaun tertentu. Ini kerana elaun bagi pekerja di kawasan yang berlainan adalah berbeza mengikut tempat masing- masing.

          Bagi pekerja pos di sabah kadar yang digunakan dalam membayar kerja lebih masa adalah berbeza kerana ia mempunyai kelebihan bagi negeri ini dan serta serawa. Ini  disebabkan Negeri Sabah mempunyai ordinan yang khusus dalam menjaga hak kebajikan pekerja. Hal tersebut adalah sah dari segi undang- undang keranan ia telah termaktub dalam akta yang menjadi kelebihan bagi negeri sabah dan serawak.

          Seperti yang dinyatakan oleh presiden KEPPSES, beliau telah membawa usul yang mana pekerja pos sabah perlu ditambah jam kerja lebih masa yang perlu dibayar oleh majikan yang mana sebelum ini adalah masa untuk kerja lebih masa adalah 104 jam tetapi perkara ini telah dibawa oleh kesatuan untuk meningkatkan kepada 140 yang mana ia lebih menjaga dan memberi keadilan kepada pekerja. Ini kerana sebelum ini ianya hanya dibayar 104 jam dan itu tidak adil bagi pekerja kerana keperluan syarikat adalah perlu untuk bekerja lebih dari masa itu. Hal ini bukan paksaan tetapi kerelaan yang diberi oleh pekerja untuk membantu syarikat yang mana dalam secara tidak langsung syarikat perlu untuk pekerjanya kerja lebih masa dari masa yang sepatutnya. Tetapi tidak dilihat oleh majikan ianya perlu untuk dipertimbangkan.

          Selepas usul itu diketengahkan baru majikan memandang dan meluluskan sedangkan perkara tersebut adalah perlu diberi kepada pekerja berdasarkan factor timbangrasa yang perlu ada pada majikan. Menurut presiden KEPPSES ini, hal ini adalah merupakan factor yang mana  menunjukkan bahawa keberkesanan kesatuan dalam memainkan peranannya dengan organisasi dalam menjaga kebajikan pekerja dilihat tidak dapat dinafikan bahawa setiap pekerja perlu menyokong kesatuan untuk memastikan kebajikan ahli- ahli sentiasa terjaga dari segala segi samada kepentingan ataupun dari segi mendapat pembelaan sekiranya ditindas oleh majikan.


5.0        RUJUKAN
Temubual Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Pos Pakaian Seragam Sabah (KEPPSES), En. Sha Budin Bin Uto.
Masya Mansur. (____).Perundingan & Perjanjian Kolektif https://www.scribd.com/doc/132358296/Perundingan-Perjanjian-Kolektif diakses 12 Mei 2016
















6.0 LAMPIRAN
v  GAMBAR BERSAMA RESPONDEN (PRESIDEN KEPPSES)

 


v  GAMBAR AKTIVITI-AKTIVITI KEPPSES (MAJLIS RAYA KEPPSES)

         




v  GAMBAR SUASANA MESYUARAT KESATUAN PEKERJA-PEKERJA POS PAKAIAN SERAGAM SABAH (KEPPSES)


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan