1.0 LATAR BELAKANG KEKAUMAS
Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaysia Sabah atau lebih dikenali sebagai KEKAUMAS telah ditubuhkan atas cadangan ramai daripada kakitangan sokongan yang berkhidmat pada sekitar 1998. Matlamat penubuhan KEKAUMAS akhirnya tercapai apabila pada 5 Ogos 1998, pada jam 11:30 pagi bertempat di Dewan Seri Sabah, Paras 1, Bangunan Pentadbiran Universiti Malaysia Sabah Jalan Tuaran telah diadakan Mesyuarat Pembentukan Ahli Jawatankuasa Penaja.
Ahli Jawatankuasa yang telah dipersetujui dan diamanahkan bagi menjayakan penubuhan Kesatuan ini pada ketika itu adalah seperti berikut:
AJK PENAJA KESATUAN:
| |
Pengerusi
|
: Encik Amat Jutrah Bin Hj. Musnih
|
Setiausaha
|
: Puan Nurul Jasmine Binti Abdullah
|
Bendahari
|
: Encik Jideh Bin Jurin
|
AJK Kerja
|
: Encik Ahmad Bin Manik
|
: Encik Hassan Bin Insi
| |
: Puan Rusiah Binti Yaakob
| |
: Puan Marianie Binti Kuntong
|
Ahli Jawatankuasa yang telah dilantik telah berusaha membuat peraturan berdasarkan pengalaman yang ada daripada beberapa orang AJK, untuk diguna pakai dalam Kesatuan Kakitangan UMS. Peraturan yang telah siap diatur telah dihantar ke Jabatan Kesatuan Sekerja Sabah. Pada peringkat awalnya, kesatuan ini hanya mempunyai seramai 93 orang sahaja yang telah memohon masuk untuk menjadi ahli kesatuan, kini ahli Kesatuan mencapai 700 lebih ahli. Kesatuan ini melibatkan kakitangan sokongan, pelaksana 1 & 2, iaitu, Penolong Pegawai dan jawatan-jawatandi bawahnya akan menjadi ahli kesatuan secara automatiknya.
Penubuhan dan pembentukan kesatuan ini ialah pada 5 Ogos 1998 dan telah mendapat kelulusan Pendaftaran Kesatuan pada 12 Februari 2001 dengan nombor Sijil Pendaftaran S77.
Ahli Jawatankuasa Kesatuan terkini untuk tahun 2013-2015 adalah seperti berikut:
Gambar 1: ialah Carta Organisasi Exco KEKAUMAS pada tahun 2013-2015.
(Sumber: Laman Web Rasmi KEKAUMAS)
Gambar 2: Merujuk kepada Carta Organisasi Exco KEKAUMAS UMSKAL 2015-2017.
(Sumber: Laman Web Rasmi KEKAUMAS)
Gambar 3: ialah Senarai Calon Exco KEKAUMAS bagi tahun 2016-2017.
(Sumber: Laman Web Rasmi KEKAUMAS)
Maklumat umum kakitangan Kesatuan KEKAUMAS adalah seperti berikut:
Gambar 4 : Merupakan maklumat berkaitan Exco KEKAUMAS.
(Sumber: Laman Web Rasmi KEKAUMAS)
MOTO KEKAUMAS
Moto Kesatuan ini turut dihasilkan oleh Encik Amat Jutrah Bin Haji Musnih, iaitu ‘SETIA BERSAMA’ yang mana ia memberikan maksud;
i. “Setia Bersama” bermaksud semua Pegawai Kesatuan akan setia bersama dengan semua ahli dalam menjalankan semua aktiviti dan perjuangan.
ii. “Setia Bersama” juga bererti pihak Kesatuan akan sentiasa bersama dengan pihak Pengurusan Universiti Malaysia Sabah.
iii. “Setia Bersama” melambangkan kesetiaan para ahli Kesatuan bersama semua kakitangan di Universiti Malaysia Sabah tidak mengira pangkat, darjat serta keturunan.
WAWASAN KEKAUMAS
Kesatuan KEKAUMAS adalah didefinisikan daripada singkatan perkataan berikut; Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaysia Sabah. KEKAUMAS merupakan sebuah Kesatuan yang bersemangat juang tinggi serta memiliki wawasan yang tersendiri iaitu bertekad menjadi sebuah Kesatuan yang cemerlang di dalam Universiti dan di rantau ini.
MISI KEKAUMAS
Kesatuan ini meletakkan misi bertekad untuk membantu semua ahli Kesatuan di dalam mempertingkatkan ilmu pengetahuan, memperjuangkan hak-hak pekerja, menjalankan aktiviti berfaedah, membantu para ahli dalam menyelesaikan pertikaian dengan majikan dan menjaga imej para ahli serta membantu pihak majikan di dalam memajukan Universiti Malaysia Sabah hingga ke peringkat antarabangsa.
LOGO KEKAUMAS
Logo Kesatuan ini telah direka oleh Encik Amat Jutrah yang merupakan pengerusi Kesatuan pada ketika itu sehingga kini. Encik Amat Jutrah memberikan gambaran seperti “Berbentuk sebatang lilin yang menyala”.
Pengertian Logo KEKAUMAS adalah seperti berikut:
1. BINTANG WARNA PUTIH
Melambangkan sinaran semua sudut yang suci dan bersih
2. BULAN WARNA KUNING
Persepakatan yang jitu dan berwawasan
3. LINGKARAN BULATAN WARNA BIRU
Pemikiran yang luas secara global dan murni
4. TIANG LILIN WARNA MERAH
Paksi keberanian dan kejayaan yang ikhlas
Gambar 5: Logo KEKAUMAS
(Sumber: Laman Web Rasmi KEKAUMAS)
AJK BIRO 2003
Melalui Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kesatuan yang pertama pada 22 Mac 2003 telah membuat pemilihan 6 kategori Biro Kesatuan yang berkepentingan dan sekali gus bersetuju melantik 17 ahli Exco dalam AJK sebagai yang bertanggungjawab untuk menggerakkan aktiviti atau program Kesatuan bagi mencapai matlamat sebenar kesatuan.
Berikut adalah senarai AJK yang telah dilantik:
BIRO KESATUAN
|
NAMA AHLI JAWATANKUASA
|
Biro Latihan & Pendidikan
|
En. Amat Jutrah Hj. Musnih (Ketua)
En. Mohd. Sufri Ali
En. Manap Hj. Jainudin
En. Muslim Lambuk
|
Biro Pembangunan & Keusahawanan
|
Pn. Marianie Kuntong (Ketua)
Pn. Jamaidah Yahya
Cik Rosnani Saibin
|
Biro Kebajikan & Sosial
|
En. Hassan Insi (Ketua)
En. Danan Hj. Masalleh
En. Mohamad Yusof
|
Biro Publisiti & Perhubungan Awam
|
EN. Othman Hj. Rawi (Ketua)
En. Martubat Jamlan
|
Biro Sukan & Rekreasi
|
En. Sudirman Laruju (Ketua)
En. Abd. Ghani Amat
|
Biro Kesenian & Kebudayaan
|
En. Suhairin Abd. Kadil (Ketua)
En. Abd. Latiff Salleh
|
2.0 FUNGSI-FUNGSI KESATUAN KEKAUMAS
Tujuan Kesatuan ini ialah untuk:
(a) Mengorganisasikan pekerja-pekerja yang disebut dibawah peraturan 3(1) sebagai ahli Kesatuan dan memajukan kepentingan mereka dalam bidang perhubungan perusahaan, kemasyarakatan dan ilmu pengetahuan.
(b) Mengatur perhubungan di antara pekerja dengan majikan bagi maksud melaksanakan perhubungan perusahaan yang baik, meningkatkan daya pengeluaran dan memperolehi serta mengekalkan bagi ahli-ahlinya keselamatan pekerjaan, sukatan gaji yang adil dan sesuai serta syarat-syarat pekerjaan yang berpatutan.
(c) Mengatur perhubungan di antara ahli dengan ahli atau di antara ahli-ahli dengan pekerja-pekerja lain, di antara ahli dengan Kesatuan atau pegawai Kesatuan, atau di antara pegawai Kesatuan dengan Kesatuan dan menyelesaikan sebarang perselisihan atau pertikaian di antara mereka itu dengan cara aman dan bermuafakat atau melalui jentera penimbangtara menurut Peraturan 26 dan Peraturan 27.
(d) Memajukan kebajikan ahli-ahli Kesatuan dari segi sosial, ekonomi dan pendidikan dengan cara yang sah di sisi undang-undang.
(e) Memberi bantuan guaman kepada ahli-ahli berhubung dengan pekerjaan mereka jika dipersetujui oleh Majlis Jawatankuasa Kerja.
(f) Memberi bantuan seperti pembiayaan semasa teraniaya atau semasa pertikaian perusahaan jika dipersetujui oleh Majlis Jawatankuasa Kerja.
(g) Menganjurkan dan mengendalikan kursus, dialog, seminar dan sebagainya untuk faedah ahli-ahli Kesatuan khasnya dan para pekerja amnya.
(h) Mengendalikan urusan mengarang, menyunting, mencetak, menerbit dan mengedarkan sebarang jurnal, majalah, buletin atau penerbitan lain untuk menjayakan tujuan-tujuan Kesatuan ini untuk kepentingan ahli-ahli Kesatuan jika dipersetujui oleh Majlis Jawatankuasa Kerja.
(i) Menubuhkan Tabung Wang Kebajikan dan menggubalkan peraturan-peraturan tambahan untuk mentadbir dan mengawal tabung wang itu jika dipersetujui oleh Mesyuarat Agung.
3.0 AKTIVITI KESATUAN KEKAUMAS
Menurut Encik Danan Haji Masalleh (Exco Kebajikan & Sosial) dan Encik Othman Haji Rawi (Exco Publisiti & Perhubungan Awam) (2016), Kesatuan KEKAUMAS sangat aktif dalam melaksanakan program atau aktiviti, pelbagai aktiviti dirancang dan dijalankan sepanjang tahun. Antara aktiviti yang dilakukan ialah Hari Keluarga dan lawatan sambil belajar (lawatan di dalam Sabah dan juga lawatan ke Semenanjung serta ke Universiti-universiti lain) untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara Kesatuan UMS dengan Kesatuan-kesatuan universiti yang lain.
Selain itu, lawatan ke luar negara untuk ahli-ahli seperti lawatan ke Indonesia. Malahan Kesatuan KEKAUMAS ini turut menggalakkan ahli-ahlinya untuk naik umrah. Aktiviti lain yang sering Kesatuan terlibat ialah dengan aktiviti universiti seperti Program Maulidur Rasul, sukan staf sama ada peringkat negeri ataupun kebangsaan dan banyak lagi aktiviti lain. Aktiviti yang telah disenaraikan ialah antara aktiviti yang sering kali dilakukan oleh Kesatuan ini. Aktiviti seperti yang telah dijalankan, Sukan Borneo, interaksi antara KEKAUMAS dengan kesatuan dari Sarawak, KEKAUMAS makin erat kerana apabila ketika sukan ini berlangsung, ahli kesatuan dapat berinteraksi dan mengeratkan hubungan.
Seramai tujuh orang Exco Kesatuan Kaktingan Am Universiti Malaysia Sabah ( KEKAUMAS) juga telah menghadiri seminar Transformasi Kepimpinan dan Pengkukuhan Integriti di Hotel Langkasuka, Pulau Langkawi, Kedah pada tahun 2013. Delegasi ini adalah diketuai oleh Presiden Kekaumas iaitu En. Amat Jutrah Musnih bersama Setiausaha Pejabat Dekan Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Salmiah Tertib dan disertai Pembantu Perpustakaan, Abd Samat Lawi, Pengawal Keselamatan Kanan,Saidin Marjan, Pembantu Makmal, Sekolah Kejuruteraan Teknologi Maklumat, Julius Sokodor, Pembantu Tadbir,Jabatan Canselori, Adizah Mahsar dan Ahli Fotografi Kanan, Azri Onn Othman dari UMS Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL).
Seminar tersebut telah diasmikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Kedah, Mohd Rawi Abd Hamid yang mewakili Menteri Besar Kedah , Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir.Seminar ini adalah bertujuan untuk memantapkan kepimpinan bagi melahirkan penjawat awam yang mampu merealisasikan hasrat organisasi,perkhidmatan dan negra dengan penuh integriti.
Disamping itu Kesatuan KEKAUMAS juga telah menubuhkan tabung wang kebajikan bagi ahli kesatuan KEKAUMASyang bertujuan untuk;
(a) untuk membolehkan ahli atau waris ahli yang sah mendapat bantuan apabila berlaku kematian ahli, suami/isteri-isteri, anak dan ibu bapa ahli itu;
(b) untuk memberikan bantuan kepada ahli-ahli semasa ahli itu sakit atau ditimpa kemalangan;
(c) untuk memberi bantuan kepada ahli-ahli yang malang akibat kebakaran atau bencana alam;
(d) untuk memberi sumbangan persaraan kepada ahli-ahli;
(e) untuk memberi bantuan kepada ahli-ahli kesatuan yang diberhentikan kerja dengan sebab kesihatan;
(f) untuk memberi dermasiswa pelajaran kepada anak-anak ahli yang cemerlang.
Antara bantuan yang diberikan kepada ahli kesatuan adlah seperti berikut;
PEMBAYARAN BANTUAN KEMATIAN
(i) Apabila mati seseorang ahli Kesatuan ini waris ahli itu sebagaimana yang ditentukan di bawah Peraturan 8. Peraturan Tambahan ini akan dibayar bantuan sebanyak RM400.00 (Ringgit Malaysia: Empat Ratus Sahaja).
(ii) Bantuan kematian suami/isteri ahli dibayar bantuan sebanyak RM200.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus Sahaja)
(iv)Bantuan kematian anak-anak dan anak tiri serta anak angkat dalam tanggungan ahli dibayar bantuan sebanyak RM150.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Lima Puluh Sahaja).
(v) Tiap-tiap permohonan hendaklah disokong dengan sijil perakuan mati.
(vi) Permohonan untuk bantuan kematian ini hendaklah dibuat dengan seberapa segera setelah berlaku kematian seseorang ahli itu. Pembayaran bantuan hendaklah dibuat dengan kadar segera setelah makluman diterima.
BANTUAN KEPADA AHLI-AHLI SEMASA DIRAWAT DI WAD HOSPITAL
(i) Seseorang ahli Kesatuan yang sakit SELAIN dari sebab keguguran kandungan dan bersalin (perempuan) dan ianya dirawat di dalam wad mana-mana hospital Kerajaan dan Swasta selama tidak kurang dari 10 hari akan dibayar bantuan sebanyak RM100.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Sahaja).
(ii) Tiap-tiap permohonan hendaklah disokong dengan dokumen pengesahan keluar masuk wad oleh hospital yang berkenaan.
BANTUAN KERANA MENGALAMI KECEDERAAN (HILANG/CACAT) ANGGOTA AHLI AKIBAT KEMALANGAN
(i) Majlis Jawatankuasa Kerja hendaklah memberi bantuan kecederaan kepada ahli yang hilang/cacat anggota akibat kemalangan. Kadar bantuan ini bergantung kepada budibicara Majlis Jawatankuasa Kerja dengan syarat sesuatu bantuan ini tidak boleh melebihi RM250.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus Lima Puluh Sahaja).
(ii) Setiap bantuan hanya satu kecederaan sahaja yang akan diluluskan.
(iii) Tiap-tiap permohonan hendaklah disokong dengan dokumen pengesahan yang dikeluarkan oleh pihak hospital Kerajaan atau Klinik Panel UMS
BANTUAN BENCANA ALAM
(i) Seseorang ahli yang ditimpa bencana alam, atau kebakaran yang melibatkan kerugian harta benda layak diberi bantuan bencana alam tidak melebihi RM250.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus Lima Puluh Sahaja).Pengesahan bencana perlu dibuat pemeriksaan oleh Majlis Jawatankuasa Kerja dan berhak menolak permohonan yang tidak munasabah dan keputusan Majlis Jawatankuasa Kerja adalah muktamad.
(ii) Permohonan hendaklah disokong oleh salah satu dokumen pengesahan oleh Ketua Kampung, Balai Polis, JKK Kampung, Wakil Rakyat, Pegawai Daerah, Bomba dan Persatuan Kebakaran Malaysia.
SUMBANGAN KEPADA AHLI YANG BERSARA
(i) Seseorang ahli Kesatuan yang berhenti kerja kerana telah mencapai umur bersara sebagaimana yang ditetapkan dalam syarat-syarat perkhidmatannya layak diberi sumbangan bersara. Jika syarat-syarat perkhidmatan tidak menetapkan umur bersara, pemberhentian kerjanya itu hendaklah setelah mencapai umur lima puluh lima (55) tahun untuk ahli-ahli lelaki dan lima puluh (50) tahun untuk ahli-ahli perempuan (mengikut arahan Perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Kerajaan) dengan syarat telah menjadi ahli paling kurang 10 tahun. Kadar sumbangan bergantung kepada budibicara Majlis Jawatankuasa Kerja Kesatuan.
(ii) Tiap-tiap permohonan hendaklah disokong dengan surat pengesahan mengenai persaraan ahli itu yang dikeluarkan oleh majikannya.
SUMBANGAN KEPADA AHLI YANG DIBERSARAKAN ATAS SEBAB KESIHATAN
(i) Seseorang ahli Kesatuan yang diberhentikan kerja oleh majikan dengan sebab-sebab kesihtan akan menerima sumbangan saguhati tidak melebihi RM200.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus Sahaja).
(ii) Tiap-tiap permohonan hendaklah disokong dengan dokumen pengesahan daripada majikan yang mengesahkan bahawa tindakan pemberhentian yang diambil adalah menurut cadangan atau sokongan pegawai perubatan di atas kesihatan ahli itu.
SUMBANGAN PENDIDIKAN KEPADA ANAK-ANAK AHLI
(i) Majlis Jawatankuasa Kerja boleh mengeluarkan sumbangan pendidikan tiap-tiap tahun kepada anak-anak ahli yang layak, tertakluk kepada Peraturan 16(ii) dan 16(iii) Peraturan-Peraturan Tambahan ini.
(ii) Bilangan sumbangan yang dikeluarkan itu dan nilai setiap satu sumbangan itu hendaklah ditetapkan oleh Majlis Jawatankuasa Kerja menurut budi bicaranya dengan berdasarkan kemampuan kewangan Tabung Kebajikan serta jumlah permohonan setiap tahun.
(iii)Sumbangan ini boleh dikeluarkan kepada anak ahli yang lulus cemerlang peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Seseorang penuntut layak mendapat sumbangan sekali bagi sesuatu peperiksaan.
(iv) Sumbangan ini akan dipertimbangkan mengikut merit sesuatu kes itu dan setelah diterima salinan sijil atau slip dengan disahkan oleh Guru Besar Sekolah masing-masing.
(v) Majlis Jawatankuasa Kerja hendaklah membentangkan satu laporan mengenai sumbangan pendidikan ini kepada Mesyuarat Agung Tahunan.
Kesatuan Kaktitangan AM universiti Malaysia (Kekaumas) akan terus menjaga kebajikan ahlinya . Buktinya, pelbagai bantuan telah disampaikan kepada semua ahli kesatuan yang telah diluluskan oleh Exco Kekaumas.Antaranya bantuan khairat kematian untuk ahli kesatuan,khairat kematian ibubapa,khairat kematian anak ahli,bantuan ahli yang telah bersara,bantuan anak ahli cemerlang serta bantuan bencana alam.Misalnyam Abdul Samat Lawi yang merupakan bekas Exco Kekaumas, telah menerima bantuan bersara daripada Tabung Kebajikan setelah telah mejadi ahli lebih 10 tahun dan telah mendapat banyak faedah bukan sahaja dari segi bantuan kebajikan malah berpuas hati dengan kejayaan perjuangan kekaumas yang telah dinikmati.Selain itu juga ,lebih 95 peratus perjuangan puhak pengurusan telah berjaya diambil tindakan termasuk yang telah dibawa ke Gabungan Kesatuan Kakitangan Universiti Malaysia (Gakum).
Bagi aktiviti untuk masa akan datang ialah Kesatuan menggalakkan ahli-ahli untuk berniaga, melakukan perniagaan selepas waktu bekerja bagi meningkatkan sumber ekonomi ahli kesatuan. Kesatuan turut menggalakkan ahli-ahli untuk menyertai kursus-kursus yang dianjurkan oleh pihak universiti. Pihak kesatuan mewajibkan ahli untuk menyertainya. Contohnya kursus fotografi yang baru-baru ini dijalankan oleh pihak universiti dan mana-mana kursus kemahiran yang lain. Kesatuan menitikberatkan pada ahli-ahli yang telah lama bekerja dan sudah mahu bersara.
Gambar 6: Sesi Wawancara bersama En. Danan & En. Othman
Kesatuan ini juga mempunyai pejabat di bawah CUEPACS, apa sahaja yang CUEPACS ada, kesatuan akan bawa masuk. Pihak Universiti memberi peluang kepada Kesatuan ada majlis bersama CUEPACS, maksudnya mesyuarat bersama jabatan.
Oleh itu, apa sahaja masalah yang kakitangan berdaftar di bawah Kesatuan hadapi, Kesatuan akan cuba bawa ke pihak pengurusan seperti isu kenaikan pangkat atau jawatan tetap. Tetapi akan diberi keutamaan kepada ahli Kesatuan yang berdaftar berbanding yang tidak berdaftar dengan Kesatuan. Kerana itu, digalakkan supaya kakitangan sokongan, pelaksana 1 & 2 menjadi ahli Kesatuan. Jika ada kenaikan pangkat, peluang akan diberikan kepada ahli terlebih dahulu.
Proses untuk kenaikan pangkat adalah seperti jika terdapat iklan kekosongan jawatan dan untuk kenaikan pangkat tetapi hanya satu jawatan sahaja, walaupun prestasi kerja sama, jangka masa bekerja sama, cara kerja pun sama, akhir sekali ahli Kesatuan akan diberi kelebihan dan keutamaan untuk mendapat jawatan tersebut. Jika semua yang memohon untuk kenaikan pangkat itu adalah ahli kesatuan, akan dilihat siapa yang menjadi ahli kesatuan terlebih dahulu di antara mereka.
Menjadi ahli Kesatuan memberi pelbagai kelebihan kepada individu tersebut, apa-apa aktiviti yang dilakukan oleh kesatuan, ahli yang berdaftar diberi keutamaan dan yang tidak berdaftar akan KIV dahulu. Kebanyakan aktiviti memang disertai oleh para ahli, para ahli aktif dalam menyertai program-program yang dianjurkan oleh kesatuan setakat ini. Jumlah penyertaan ahli adalah bergantung pada aktiviti yang dilakukan. Jika 50 ahli telah dipilih untuk menyertai Program Maulidur Rasul peringkat Universiti pada tahun tersebut, tahun berikutnya ahli lain selain dari 50 orang tersebut akan diberi laluan dahulu untuk melibatkan diri. Hal ini sama diguna pakaiterhadap aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan oleh pihak universiti mahupun kesatuan sendiri bagi memberi peluang pada semua ahli untuk turut serta dalam aktiviti yang dianjurkan oleh kesatuan dan pihak universiti.
Bagi kes tuntutan ahli kepada kesatuan, ada ahli yang membuat tuntutan seperti keselesaan di tempat kerja atau ada ketua jabatan yang mengambil tindakan kepada pekerja bawahan. Kesatuan akan cuba mengambil kira apa masalah yang dihadapi oleh ahli tersebut dan tidak akan terus menyalahkan pegawai tersebut, kesatuan akan menyelidik terlebih dahulu apa kesalahan dia. Jika memang ketua jabatan tersebut bersifat ‘bias’, kesatuan akan berbincang dengan ahli-ahli jawatan kuasa tertinggi kesatuan dalam sebuah mesyuarat. Ahli perlu membuat surat rasmi kepada president Kesatuan untuk dibincangkan dalam mesyuarat. Setelah dibincangkan, hal ini akan dibawa ke pihak pengurusan untuk disiasat sekali lagi sama ada benar berlaku atau tidak.
Gambar 7: Sesi Wawancara bersama En. Danan & En. Othman
Bagi ahli atau pekerja yang rasa dirinya benar-benar teraniaya, dia akan membuat surat rasmi kepada kesatuan untuk disiasat, bagi ahli yang hanya berasa tidak puas hati atau begitu-begitu sahaja mereka hanya mengadu secara lisan atau menghantar mesej di aplikasi Whatsapp. Apabila perkara seperti ini terjadi, proses tidak mengambil masa yang lama. Kesatuan akan terus mengadakan mesyuarat tergempar untuk membincangkan hal tersebut dengan memanggil Exco-exco untuk berbincang.
Dalam Kesatuan KEKAUMAS ini masih belum pernah berlaku kejadian seperti mock industry atau mogok. Belum pernah dilakukan mogok sebelum ini kerana kesatuan menggunakan budi bicara seperti cara berbincang sesama ahli dalam mesyuarat, dengan ketua jabatan, ketua pendaftar dan dengan naib canselor. Setakat ini dari mula kesatuan ditubuhkan, belum pernah kejadian seperti mogok dan seandainya terjadi.
Perkara seperti ketidakpuasan hati antara ahli kesatuan ada seperti ada ahli yang dapat kenaikan pangkat dan ada yang tidak. Tetapi ini datang dari diri sendiri, jika kerja tidak dilakukan dengan bagus, prestasi kerja tidak seberapa baik, kesatuan tidak dapat bantu untuk kenaikan pangkat berbanding dengan ahli yang bekerja keras. Isu kepuasan dan ketidakpuasan hati dalam kesatuan adalah perkara biasa. Kerana itu sebelum ahli masuk dalam kesatuan dan selepas masuk dalam kesatuan, mereka akan diberikan penerangan tentang kesatuan.
Sebagai contoh pungutan yuran kesatuan, ada ahli yang bising apabila perlu membayar yuran atau mempersoalkan pembayaran yuran. Yuran kesatuan KEKAUMAS ialah RM5 sebulan, RM2 untuk yuran biasa manakala RM3 untuk kebajikan. Yuran biasa RM2 sahaja tidak mampu buat apa-apa juga, jadi sebulan akan dikutip RM5 sekali dengan kebajikan. Ketika AGM yang lalu, sehelai kertas diedarkan kepada ahli-ahli untuk memilih jumlah yuran yang mereka setuju untuk sebulan. Persetujuan mereka ialah RM5 sebulan kerana pada masa kini semua aktiviti memerlukan duit, apa-apa aktiviti yang dilakukan memerlukan perbelanjaan wang. Bagi ahli-ahli yang tidak memahami ini, mereka akan mempersoalkan mengapa gaji mereka ditolak setiap bulan. Yuran kesatuan ini akan dipotong dari gaji ahli dua kali setahun, iaitu enam bulan sekali. Jumlah yuran yang dipotong dari gaji mereka ialah RM30 pada kali pertama dan RM30 kali keduanya. tetapi masih ada ahli yang mempersoalkan hal ini, oleh itu, penerangan perlu diberikan kepada ahli-ahli ini setiap kali. Pada masa sekarang, kami sedang berusaha melakukan kempen untuk menambah ahli kesatuan.
Semua isu yang dibawa ke dalam mesyuarat adalah isu hangat, tetapi jika dipilih, isu seperti kenaikan pangkat, yuran kesatuan yang selalu perlu diterangkan kepada kakitangan-kakitangan ini.Seperti isu bonus, atau apa-apa masalah yang dihadapi oleh kakitangan ini akan dibawa berbincang dan kemudian dibawa ke Kesatuan, seperti GAKUM (gabungan persatuan-persatuan antara semua universiti) di Malaysia. Di sini kita akan bawa berbincang apa-apa masalah dari kesatuan dan dari GAKUM akan dibawa ke CUEPACS. Ada peringkat-peringkat yang perlu dilalui, pekerja tidak boleh terus bawa masalah ke CUEPACS selagi tidak melalui kesatuan.
Terdapat prosedur yang tertentu untuk pekerja menyuarakan pendapat mereka, jika tidak dapat dilaksanakan, maka pada hari cuti bekerja, 1 Mei, akan ada perhimpunan tahunan, di sini president kesatuan akan berucap, ini akan dikeluarkan di surat khabar atau di televisyen. Seperti isu mogok, jika CUEPACS benarkan lakukan mogok, kita akan buat mogok. Tetapi CUEPACS tidak melakukan mogok ini kerana lebih kepada cara berbincang.
Antara faktor utama kewujudan kesatuan adalah untuk menjaga hak-hak pekerja atau kakitangan. Kesatuan KEKAUMAS ini turut mempunyai peguam, Jika ada ahli yang teraniaya, kesatuan akan cuba melindungi dan membela hak-hak ahli ini dengan bantuan peguam tersebut. Namun begitu, sekiranya ahli tersebut tidak mahu kesatuan melindungi hak mereka, tiada apa-apa yang dapat dilakukan oleh kesatuan untuk membantu ahli. Hak ahli akan dilindungi di bawah Akta Kesatuan Sekerja 1959. Sebab itu, pentingnya ada kesatuan, dapat membantu kakitangan yang teraniaya dan membantu mereka melindungi hak-hak mereka.
4.0 PENGHARGAAN
Diucapkan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada Encik Danan Haji Masalleh& Encik Othman Haji Rawi, Exco KEKAUMAS kerana sudi melakukan wawancara dan rakaman video untuk kerja pengumpulan data mengenai Kesatuan Kakitangan Am UMS (KEKAUMAS).
Gambar 8: Sesi Bergambar setelah selesai wawancara
5.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaysia Sabah (KEKAUMAS) merupakan salah satu kesatuan yang aktif dalam kesatuan di sabah. Kesatuan ini penting dalam memperjuangkan dan membela hak kakitangan Am di Universiti Malaysia Sabah dari awal penubuhan pada tahun 1998 hingga sekarang. Oleh itu,sokongan daripada semua pihak terutamanya ahli kesatuan KEKAUMAS dan pihak pengurusan universiti serta pihak yang lain dapat bekerjasama dan memberi sokongan dalam merealisasikan perjuangan kakitangan am dibawah kesatuan Kakitan gan Am Universiti Malaysia Sabah (KEKAUMAS).
6.0 RUJUKAN
i.Temubual
EXCO KEKAUMAS – Encik Danan Haji Masalleh (Exco Kebajikan & Sosial) dan Encik Othman Haji Rawi (Exco Publisiti & Perhubungan Awam). Temubual, 12 Mei 2016.
ii. Internet
Laman Web portal Rasmi Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaysia SabahKEKAUMAS.(atas talian )http://www.ums.edu.my/kekaumas/v2/diakses pada 05 Mei 2016.
Kekaumas UMS sentiasa jaga kebajikan ahlinya.(atas talian)
http://eprints.ums.edu.my/12618/1/nc0000005538.pdfdiakses pada 05 Mei 2016.
Hasil Kerja:
BIL
|
NAMA PELAJAR
|
NO.MATRIK
|
01.
|
HASRINA BINTI SAID
|
BA13160994
|
02.
|
MUHAMMAD SHAFEI BIN RAZALI
|
BA13110262
|
03.
|
MUSA BIN ABDUL HABI
|
BA13110268
|
04.
|
NUR NAJLA FATIN BINTI NOR AZIZ
|
BA131101353
|
05.
|
ZULFAHMI BIN AMIRUDIN
|
BA13161099
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan