KESATUAN SEKERJA CEUPACS SABAH



AH 32003 INOVASI DAN PERSEKITARAN KERJA
NAMA PENSYARAH : EN AZIZAN BIN HJ MORSHIDI

TUGASAN BERKUMPULAN :
KESATUAN SEKERJA CEUPACS SABAH
NAMA
NO MATRIK
MOHD SYAFIQ BIN ROSLEY
BA13110234
MOHAMED SYAFIQ BIN DARWIS
BA13161018
ALDANI BIN PITING
BA13160974
MOHAMAD FATUHRAHMAN FIKRI BIN ABU BAKAR
BA13161015






Latar Belakang Ceupacs
Enakmen Kesatuan Sekerja mula diperkenalkan pada tahun 1940 tetapi tiada kesatuan sekerja ditubuhkan sehingga dan selepas perang di mana para pekerja disusun di bawah kesatuan sekerja. Mereka disusun mengikut status jabatan atau ketukangan. Tidak lama selepas mereka menyedari bahawa ada banyak kesatuan sekerja yang berganda/bertindih dan mempunyai bidang dan fungsi yang sama yang tidak memudahkan untuk perjuangan bersama. Pada tahun 1948 beberapa orang pemimpin kesatuan-kesatuan sekerja sector awam telah mengambil langkah yang pertama bagi menubuhkan suatu badan kebangsaan iaitu Majlis Kakitangan Perkhidmatan Kerajaan (Government Services Staff Council) yang mewakili 40 badan Kesatuan Sekerja Sektor Awam.

Matlamat utama Majlis tersebut ditubuhkan ialah untuk menggalakkan kerjasama antara kesatuan, tanpa melibatkan diri dalam autonomi individu hal ehwal pentadbiran kesatuan-kesatuan berkenaan, dan demi memperjuangkan kepentingan dan kebajikan bersamaanggota--anggota yang bergaji bulan daripada kesatuan-kesatuan yang menyertainya. Peraturan-peraturan Majlis Kakitangan Perkhidmatan Kerajaan telah diluluskan di persidangan penaja pada 3 April 1949 dan berpejabat di No. 1362, Jalan Kandang Kerbau (sekarang Jalan Padang Belia), Brickfields, Kuala Lumpur.

Majlis ini dianggotai oleh sebanyak 8 buah kesatuan dan apabila dibubarkan untuk memberi laluan kepada penubuhan CUEPACS sebanyak 48 kesatuan bergabung dengannya. Majlis ini telah memainkan peranan yang penting dalam hal ehwal kebajikan anggota sector awam dan juga telah menyumbang kepada kejayaan Majlis Kebangsaan Whitley (National Whitley Council).

Pada mulanya, Majlis ini telah menghadapi berbagai kesulitan khususnya semasa hendak memperjuangkan ke atas sesuatu isu bersama. Demi kebaikan dan kebajikan pekerja sector awam pada masa itu dan terkemudiannya, maka usaha-usaha patut diambil untuk menggalakkan semua kesatuan sector awam disusun di bawah satu badan persekutuan. Inilah yang telah menyebabkan kelulusan resolusi oleh Persidangan Perwakilan Ke Lima pada 24 April 1955 untuk menubuhkan suatu badan yang lebih berkesan iaitu CUEPACS. Di antara tujuannya ialah untuk menggalakkan semua kesatuan sekerja sector awam menyertai badan baru ini tanpa mengira jawatan atau gred perkhidmatan mereka.

Selepas melalui banyak masalah dalam penyusunan dan menyatupadukan kesatuan-kesatuan sekerja sektor awam serta memperjuangkan idea betapa pentingnya satu badan unggul maka, Kerajaan pada zaman kemerdekaan telah memberi restu. Akhirnya CUEPACS telah didaftarkan dibawah Enakmen Kesatuan Sekerja pada 23 Oktober 1957 iaitu beberapa bulan sahaja selepas Negara mencapai kemerdekaan.

Konvensyen Pertama CUEPACS telah diadakan pada 6 September 1959. Ekoran penyusunan Pejabat Pendaftar Kesatuan Sekerja maka, CUEPACS telah didaftarkan semula pada 12 November 1960 di bawah Ordinan Kesatuan Sekerja 1959 (No. Daftar : 195).

1.0    Perbezaan Ceupacs
Ceupacs adalah gabungan kesatuan dengan kesatuan yang lain terutamanya dalam sektor awam. Ceupacs tidak akan wujud sekiranya tidak ada gabungan dengan kesatuan lain dalam sektor kerajaan, akan tetapi MTUC (Malaysia Trade Union Congress) adalah daripada sektor swasta. CEUPACS dan MTUC adalah kessatuan yang yang utama bagi kerajaan dan pihak swasta. CEUPACS adalah sebuah kesatuan kebangsaan yang mana setiap negeri mempunyai cawangan CEUPACS yang secara keseluruhannya mempunyai 14 cawangan setiap negeri. Jikalau dahulu, CEUPACS dikenalai sebagai CEUPACS Sabah, akan tetapi kini dikenali sebagai CEUPACS Negeri Sabah. Setakat ini, CEUPACS Sabah mempunyai 8 kesatuan yang bergabung dengannya iaitu Sabah Medical Services Union, dan kedua terbanyak ahli kesatuan adalah Kesatuansan Guru Kerajaan Sabah (KGKS), Kesatuan Keretapi Negeri Sabah, Kesatuan Juru Teknik Negeri Sabah, Kesatuan Kes-Kes Kastam Sabah, Kesatuan Pertanian Negeri Sabah, Kesatuan Jabatan Bekalan Air Negeri Sabah. Perbezaan yang dapat dilihat adalah apabila terdapat kesatuan lain yang tidak bergabung dengan CEUPACS antaranya ialah KEKAUMAS. Kesatuan tersebut tidak bergabung dengan CEUPACS disebabkan oleh kesatuan tersebut bergabung dengan Gabungan Kesatuan Universiti-Universiti Malaysia,(GAKUM). Perbezaan yang dapat dilihat adalah kesatuan yang dibawah kerajaan dan swasta.

3.0  Keaktifan Kesatuan
Sepertimana yang dinyatakan oleh  Presiden CEUPACS Negeri Sabah, kesatuan ini aktif mengikut keadaan semasa. Sebagai contohnya, jika gabungan kesatuan mempunyai masalah yang dihadapi, maka pihak CEUPACS akan mengadakan rundingan dengan pihak Kerajaan. Jika tidak terdapat sebarang masalah, kesatuan tidak akan mengadakan sebarang rundingan. Sebagai contoh, Presiden CEUPACS negeri Sabah berjumpa dengan pengarah kesatuan negeri Sabah Datu Masidin Manjun untuk memberi penerangan tentang masalah yang wujud Jabatan Pertanian dan Jabatan Kereta Api untuk membincangkan rasionalisasi system perkhidmatan, sebab masalah daripada kesatuan teknik JKR sudah diselesaikan. Akan tetaapi pada peringkat kebangsaan pula, setiap masalah yang telah diselesaikan akan diwartakan oleh pihak kerajaan. Untuk dikatakan tidak aktif sukar kerana setiap masalah yang dihadapi pasti akan dibincangkan seperti isu harga barangan, pihak kesatuan juga membuat rundingan berkenaan dengan isu tersebut kerana melibatkan pihak ahli dalam kesatuan. Oleh itu, pihak kesatuan bersuara diperingkat kebangsaan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Sekiranya masalah yang dihadapi tersebut telah selesai maka keputusan daripada kesatuan kebangsaan akan menyalurkan maklumat kepada kesatuan diperingkat negeri. Menurut presiden juga, kalau dahulunya, kesatuan adalah sebagai satu kelompok pengacau, kumpulan pendesak. Mungkin sekarang pendekatan yang diambil oleh pihak kerajaan adalah mengadakan rundingan meja bulat. Bukan lebih kepada Negara luar seperti Korea yang berlaku secara militan. Jika perundingan tersebut berjaya, maka Kerajaan yang akan membuatkan kenyataan ddidalam akhbar untuk diwartakan. Melalui rundingan ini juga, adalah salah satu untuk memperbetulkan kesalahan yang dilakukan oleh pihak kerajaan. Sepertimana yang  diketahui, penjawat awam adalah tiang seri Negara, jika adalah masalah tentang skim perkhidmatan yang pekerja tidak puas hati, maka kesatuan akan membawa masalah tersebut untuk dirundingkan. Selalunya apa yang berlaku adalah “win-win situation” oleh yang demikian, disebabkan berlakunya situasi tersebut, maka dalam pihak kerajaan tidak berlaku tindakan perusahaan seperti mogok dan piket walaupun terdapat undang-undang yang membenarkan keadaan tersebut.

4.0 Inovasi Terbaharu
Pepimpinan diperingkat antarabangsa selalu turun padang untuk menyampaikan maklumat kepada ahli kesatuan gabungan. Terdapat juga presiden CEUPACS memberikan kenyataan media. Tetapi bagi kesatuan yang aktif dipucuk kepimpinan kesatuan setiap negeri terlebih dahulu mengetahui sesebuah perkara sebelum dihebahkan kepada ahli yang lain apa yang telah diperjuangakan dan apa juga keputusan yang dicapai.

5.0 Budaya Organisasi
Sudah tentu kesatuan ini membantu kesatuan lain yang menghadapi masalah untuk diselesaikan. Program yang dianjurkan oleh pihak kesatuan CEUPACS negeri sabah semestinya menelan perbelanjaan yang besar, oleh itu, mereka meminta bantuan kewangan daripada pihak pusat. Namun program tersebut dilakukan bergantung dengan sumber kewangan kerana Kesatuan CEUPACS tidak mempunyai sumber kewagan. CEUPACS adalah gabungan daripada kesatuan-kesatuan penjawat awam, oleh itu, kesatuan CEUPACS memperolehi sumber kewangan daripada kutipan dalam kalangan ahli. Jumlah yang dibayar bergantung kepada jumlah ahli kesatuan.

6.0 Program Dalam Kesatuan
Program yang dijalankan dalam kesatuan ini, tidak semestinya dilaksanakan pada setiap tahun akan tetapi mengikut keadaan kesatuan itu sendiri dan bergantung kepada sumber kewangan yang diperolehi. Setiap tahun akan diadakan aktiviti-aktiviti yang mana atas dasar inisiatif pihak kesatuan itu sendiri. Sebagai contoh, Kesatuan Sabah Medical Services Union, kesatuan tersebut selalu menjemput daripada pihak kebangsaan untuk memberikan penerangan kepada ahli-ahli Kesatuan Sabah Medical Services Union. Secara langsung tidak jelas untuk meningkatkan kualiti dan  mutu kerja, akan tetapi  tujuan utama program tersebut seperti seminar motivasi mahupun seminar kepimpinan adalah unuk meningkatkan produktiviti dalam pekerjaan. Diharapkan selepas mengikuti program tersebut, pekerja akan lebih teruja dan bermotivasi dalam melakukan pekerjaan.

7.0 Inovasi Dalam Kesatuan
Berdasarkan kenyataan yang disuarakan oleh Presiden CEUPACS Negeri Sabah, diperingakat kebangsaan bergabung dengan CEUPACS, manakala diperingkat antarabangsa bergabung dengan satu kesatuan antarabangsa yang berpusat di Geneva iaitu Public Service International. Kesatuan-kesatuan yang bergabung dengan PSI adalah memberikan perkhidmatan kepada orang awam. PSI ini tidak mengecualikan kesatuan sama ada kesatuan daripada pihak kerajaan mahupun kesatuan pihak swasta yang memberikan perkhidmatan kepada pihak awam. Sebagai contoh Kesatuan Sabah Medical Services Union memberikan perkhidmatan rawatan kepada pihak awam, oleh itu kesatuan ini boleh bergabung dengan PSI. Hal ini adalah berkenaan dengan inisiatif kepimpinan kesatuan masing-masing sama ada ingin bergabung dengan PSI ataupun tidak. Setiap tahun Internatinal Labour Organisation (ILO) mengadakan konvensyen, oleh itu sebagai satu peluang dimana para pekerja mengadu berkenaan dengan sebarang masalah yang dihadapi. Sebagai contoh, hak sebagai seorang pekerja tidak diambil peduli oleh majikan mereka boleh mengadu diperingkat antarabangsa.

8.0 Masalah Kepimpinan
Masalah ini disebabkan oleh masalah pemikir kepimpinan yang mana tidak mengetahui perkara tersebut yang mana masalah yang dihadapi boleh dibawa berunding diperingkat antarabangsa. Jika pemimpin bergabung dengan pihak luar misalnya PSI maka mereka mudah mendapat pendedahan berkaitan dengan mengatasi masalah kesatuan kerana dengan wujudnya PSI ini masalah akan mudah diatasi.

9.0 Sekatan Daripada Kerajaaan.
Pihak CUEPACS tidak dibenarkan membuat (Collective Bargaining) kerana sudah termaktub dalam perintah-perintah Am. Manakala dalam sektor swasta dibenarkan untuk mengadakan (Collective Bargaining) kerana kesatuan CUEPACS melobi kepada kerajaan. Terdapat konvensyen 1987 tentang ILO konvensyen yang tidak diistisytharkan oleh pihak kerajaan setakat ini. Konvensyen 87 menyatakan kebebasan berkesatuan hal ini kerana pihak kerajaan Malaysia telah fobia dengan akibat ancaman komunis. Manakala yang terbaru konvensyen 151 mempunyai perkaitan yang sama dengan konvensyen 87. Seterusnya adalah berkaitan dengan pekerja perkhidmatan awam yang tidak mengambil tahu bekenaan dengan kesatuan oleh itu mereka tidak mengendahkan perkara tersebut yang mana penting bagi kesatuan. Hal ini kerana jumlah ahli kesatuan amat penting untuk pihak CUEPACS untuk membantu mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi akan tetapi kerajaan telah mengambil kira jumlah ahli kesatuan yang dibantu oleh pihak CUEPACS. Jika jumlah ahli kesatuan adalah sedikit maka pihak kerajaan menganggap kesatuan tersebut adalah lemah jika dibandingkan ahli yang ramai.

Kesimpulan

Secara keseluruhanya, pihak CUEPACS masih lagi terikat dengan perintah Am kerajaan yang mana mereka patut mematuhi peraturan tersebut berbeza dengan kesatuan pihak swasta yang mana perlu mengadakan (Collective Bargaining) dua tahun sekali.

Laporan dan Gambar Seminar Trans Pasific Partnership Agreement dan Isu - Isu Perburuhan di Sabah

Laporan dengan Gambar Seminar Trans- Pasific Partnership Agreement TPPA dan Isu-Isu Perburuhan Di Sabah

Kumpulan 2 

NAMA, NO.MATRIK, DAN KURSUS PENGAJIAN

1. Lu Siao Wee (BA13110167) - HA02 Komunikasi
2. Teo Kim Huui (BA13110505) - HA18 Geografi
3. Rahmad Bin Amir  (BA13110410) - HA14 Sosiologi dan Antropologi
4. Vilson Bin Parikos  (BA13110517) - HA14 Sosiologi dan Antropologi
5. Muhammad Azri Bin Ahmad Subri (BA13110252) - HA14 Sosiologi dan Antropologi 


Nama Pensyarah: Azizan Morshidi 


Gambar 1.0 Seminar Trans-Pasific Partnership Agreement TPPA dan Isu-Isu
Perburuhan Di Sabah

Tempat: Dewan YTL, UMS
Masa: 9:00 pagi-1.00 petang
Tarikh: 4 Mei 2016 (Rabu)

Panel Jemputan:
Jabatan Tenaga Kerja Sabah- Encik Mazarul
Kesatuan Sekerja Kebangsaan (MTUC)- Puan Catherine
Kesatuan Sekerja Perbankan Sabah (SBEU)- Puan Margaret Chin
Federation of Sabah Industries (FSI)- Encik Yap 

Gambar 3.0 Seminar Trans-Pasific Partnership Agreement TPPA dan Isu-Isu
Perburuhan Di Sabah


Encik Fauzi Bin Sarjono: TPPA merupakan satu inisiatif yang mewujudkan wilayah 
perdagangan bebas yang diperkenalkan oleh Amerika Syarikat di bawah rakan kongsi dengan  beberapa buah negara. Antaranya, adalah seperti Malaysia. Wujudnya wilayah perdagangan  bebas, pasaran menjadi lebih besar di mana ia merangkumi semua negara-negara perserta,  dan secara amnya TPPA adalah baik untuk negara perdagangan seperti Malaysia di mana  manfaatnya diketahui umum akan memberikan kebaikan kepada sesebuah negara kerana berdasarkan pengagihan sumber-sumber yang begitu cekap. Manakala, faedah daripada perdagangan bebas ini turut dikecapi walaupun sesebuah negara hanya mempunyai kelebihan relatif dari segi  pengeluaran sesuatu barangan apatah lagi negara Malaysia yang mempunyai kelebihan mutlak dalam pengeluaran banyak barangan.  

Satu laporan yang diutarakan daripada Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 
oleh Dr Zulkiply Omar yang merupakan Fello Penyelidik Kanan. Beliau menyatakan bahawa eksport dijangka meningkat apabila rakan-rakan dagangan membuka pasaran mereka.  Harga barangan import perantaraan yang digunakan di dalam pengeluaran barangan eksport dari Malaysia juga mungkin akan menjadi lebih murah dan ini akan menyumbang kepada peningkatan daya saing barangan Malaysia di luar Negara. Inisiatif TPPA sebenarnya bermula lebih dari satu dekad yang lalu oleh tiga negara iaitu Singapura, chile dan New Zealand, manakala Brunei menyertainya pada tahun 2005 dan kini terdapat 12 buah negara yang sedang berunding dan telah menandatangani perjanjian tersebut. Antara negaranya terdiri daripada Amerika syarakat, Jepun, Kanada, Australia, Mexico, Malaysia, Singapura, Chile, Peru, New Zealand,  Vietnam dan Brunei mengikut kedudukan saiz ekonomi dari yang terbesar hinggalah terkecil. 

Terdapat juga negara lain yang ingin menyertai TPPA termasuklah Korea Selatan dan  Filipina. Justeru itu, tumpuan utama pada seminar pada hari ini adalah Bab 19 di mana impak TPPA terhadap isu yang berkaitan dengan buruh dan ruang untuk memburuh. Bagaimana respond daripada saudara-saudari terhadap TPPA mengikut perseptif masing-masing? 

Encik Mazarul memberi pandangan beliau mengenai TPPA Encik Mazarul: Beliau terlibat di dalam TPPA pada Tahun 2011 dan Tahun 2012 semasa berkhidmat di Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia. Dalam perbincangan dasar tersebut, antara input dan maklum balas pada tahun tersebut, terdapat beberapa isu dan perjanjian perkongsian pasifik TPPA satu perjanjian multi materal dalam memliberisasikan perdagangan yang melibatkan 12 negara, di mana TPPA mengandungi 30 bab dan tumpuan kami sebagai Jabatan Tenaga Sabah selaku pelaksana dan pengubal dasar pada masa itu adalah pada artikel 19 atau perkara 19 iaitu, iaitu berkaitan dengan buruh dan TPPA telah dimuktamadkan  pada 5 Nov 2015 dan telah dibincangkan di parlimen pada 26 Jan hingga 28 Jan Tahun 2016 secara khusus untuk pengudian sama ada setuju untuk menyertai TPPA atau tidak. Parlimen telah memutuskan di mana majoriti bersetuju untuk menandatangani perjanjian tersebut dan seminggu selepas itu TPPA telah dimeterai di antara negara-negara yang terlibat, tetapi tidak termasuk Amerika Syarikat dan apa yang paling penting adalah kemasukan Malaysia di dalam TPPA tersebut adalah seperti melibatkan pemindahan akta-akta seperti Akta Kerja Kordinan Guru Sabah, Akta Kordinan Guru Sarawak, Akta Perusahaan dan juga Akta Persatuan Sekerja dan apa yang kita maklum, pindahan akta ini sudah berjalan untuk tempoh 2 tahun bermula pada tahun 2016 hingga 2018. 

Puan Margaret Chin: Apabila kali pertama kami sebagai persatuan sekerja perbankan Sabah, mendengar pasal TPPA, bagi saya, ia ibarat Tsunami. TPPA merupakan satu paradise. Pada masa dahulu, undang-undang menyekat di mana-mana sahaja, kita tidak berhak untuk memilih apa yang kita inginkan. Persatuan hanya boleh memilih satu union sahaja. Sebagai contohnya, persatuan perbankan hanya boleh mengahlikan ahli yang kerja di bank. Hanya satu union yang boleh dipilih tanpa diberi peluang untuk membuat pilihan walaupun ahlinya tidak puas hati dengan ketuanya. Mereka terpaksa menyertai union tersebut untuk mendapatkan perlindungan. Tetapi keadaannya berbeza pada masa kini, pekerja pada masa kini boleh memilih untuk memasuki mana-mana union sahaja dan mereka diberi kebebasan untuk memilih union yang disukai sampai beribu-ribu atau berjuta-juta union boleh ditubuhkan. 

Ia merupakan satu perbezaan yang amat ketara. Kebebasan memilih ini merupakan satu peluang yang baik namun ia juga merupakan satu risiko yang berat. Sekiranya risikonya kami boleh menanganinya dengan baik, ia akan menjadi peluang yang sangat baik. Ia dapat membantu semua pekerja tanpa mengira sesiapa dan jenis industri yang diceburi oleh pekerja tersebut. Di antara satu union dengan satu union, boleh wujud pergaduhan, sampai kerajaan pun sakit kepala kerana pertubuhan union adalah bebas tanpa sebarang sekatan. Menurut Margaret, pada mesyuarat yang lepas, kuasa diberi balik kepada mereka untuk menubuhkan seberapa union yang mereka mahu. Ia adalah berbeza dengan masa dahulu yang memaksa pekerja memasuki satu union sahaja. Sekarang ini, satu union dapat dibentuk oleh 2 hingga 3 ahli sahaja. Ahli dibenarkan memilih beberapa union tanpa sekatan, seorang ahli boleh menyertai beberapa union sahaja asalkan mereka mempunyai wang. Sebagai contohnya,  persatuan perbankan boleh menyertai industry lain seperti industri kormesial, industri perhotelan dan industri insurans. Satu union boleh membesar dengan sangat besar.
  


Puan Catherine: Perseptif Kesatuan Sekerja Kebangsaan (MTUC) mengenai TPPA pula, latar belakang TPPA mengandungi beberapa bab. TPPA adalah sebuat perjanjian yang amat rumit, sekiranya hendak membaca dari bab 1 hingga bab 30 ia adalah sangat susah. Bagi pandangan MTUC, mereka kurang bersetuju daripada penerimaan TPPA. Banyak sebab yang menyebabkan MTUC susah untuk menerima TPPA. Sebab pertama adalah TPPA telah dirunding pada Tahun 2010, namun pada masa tersebut, kami tidak pernah mendengar pasal TPPA sebab ia merupakan satu rahsia. MTUC tidak tahu bahawa rundingan mengenai TPPA telah dilakukan di Brunei, terdapat pertubuhan bukan kerajaan yang menyelit, MTUC tidak boleh masuk campur. Menurut Catherine, pernah satu kali suatu mesyuarat dijalankan di kota kinabalu, pihak MTUC datang untuk berbincang.

 Dalam mesyuarat tersebut, pihak MTUC bertanya tentang sama ada pewujudan TPPA akan memudaratkan masyarakat Malaysia atau ia sebenarnya memberi kebaikan kepada kita. Dalam bab yang berkenaan dengan perburuhan ini, kita boleh lihat bahawa sebenarnya TPPS bertumpu kepada trading perniagaan, daripada trading perniagaan ini, ia akan berkait dengan banyak benda salah satunya adalah pekerja. Sebagai contohnya, Negara kita membeli barangan dari Negara Australia, sekiranya terdapat perjanjian, barangan yang kita beli tersebut tanpa didaftar tetapi sebenarnya Malaysia telah pun mempunyai perjanjian-perjanjian dengan rantau Negara sebab kebanyakan hasil daripada TPPA adalah non- tariff. Pihak kami tidak tahu apa yang dibincangkan dalam TPPA. Satu lagi yang merisaukan kepada MTUC adalah pengunaan mana-mana akta perjanjian yangmerunsingkan adalah pelabur ada hak untuk menyaman kerajaan tempatan tetapi kerajaan tidak ada hak untuk menyaman pelabur. Sekiranya pelabur banyak melabur minyak di kota kinabalu, dalam rundingan tersebut, kerajaan menyatakan bahawa saya bagi kamu kontrak tersebut namun apabila berlakunya keracuan minyak, kerajaan berkata sekiranya pelabur tersebut tidak mahu bersihkan “speal of oil”, kita akan berhentikan kontrak dengan pelabur tersebut. Jadi, pelabur akan bercakap bahawa mereka kehilangan keuntungan. Jadi, mereka akan saman kerajaan kerana kerajaan tidak mengikuti peraturan dalam kontrak yang telah ditetapkan. Apabila kerajaan disaman, mereka tidak akan mengupah peguam antarabangsa kerana mereka biasanya menyokong dan memihak kepada pelabur. Antara peguam dengan pelabur boleh membuat rundingan, bila kerajaan diarah untuk membayar ganti rugi, jumlahnya adalah berjuta-juta dan duitnya merupakan hasil titik peluh rakyat yang sebenarnya boleh dilakukan untuk menjalankan pembangunan Negara. Satu kandungan TPPA telah dilaporkan bahawa terdapat sebanyak 92 buah Negara telah disaman. Sebagai contohnya, mengenai gaji minima, apabila kerajaan menetapkan gaji minima dalam kontrak, gaji yang dibayar oleh sesebuah organisasi adalah sekian, tetapi pekerja menuntut gaji minima yang ditetapkan oleh kerajaan, oleh kerana itu, pelabur akan menyaman kerajaan. Soalan dari pelajar: TPPA baru diperkenalkan, sebenarnya TPPA ikut gaji minimum negara tersebut atau budi bicara pelabur tersebut? 

Jawapan Puan Catherine: Apabila pelabur melabur masuk ke dalam negara tersebut, dia akan melabur, kebanyakkan di Malaysia, ada perjanjian yang mengatakan pekerja tersebut akan dibayar sekian gaji dalam masa kontrak, tapi kerajaan telah menetapkan gaji minima dan mungkin lebih tinggi dari gaji yang ditawarkan oleh pelabur. Jadi, ia akan mengikut di mana kamu memilih untuk bekerja, sebab itulah maka wujud persoalan siapa bertanggungjawab untuk membayar gaji tersebut. Pelabur tidak akan menyaman sesiapa kecuali kerajaan. Encik Mazarul: Soalan ini akan berbalik kepada pelabur itu sendiri, biasanya pekerja takkan memilih pelabur sesuka hati, pihak kerajaan telah mengubah beberapa akta pada masa sekarang. Untuk makluman, gaji minima akan berubah pada 1 Julai 2016. 

Gambar 7.0: Encik Yap menjawab soalan yang dikemukan oleh pelajar 
Encik yap: Mekanisme sudah tentu boleh menyaman sesuatu parti sebab syarikat mempunyai alasan yang cukup untuk menyaman kerajaan. Terdapat 2 konsep, yang pertama, sekiranya saya sebagai pelabur, saya telah melabur banyak duit, sekiranya pihak kerajaan menggangu saya dan ia menyebabkan kerugian, saya sebagai pelabur berhak untuk menyaman pihak kerajaan. Yang kedua, sekiranya kerajaan cakap terdapat polisi, kerajaan ingin mengubah polisi tersebut, saya sebagai pelabur ada hak untuk menyaman pihak kerajaan. Sebab jika saya sebagai pelabur, saya datang Malaysia, dan saya terpaksa meninggalkan Malaysia, saya boleh menyaman pihak kerajaan secara tidak langsung. Tetapi bagi organisasi yang kecil, biasanya mereka tidak dapat menyaman pihak kerajaan. 

Encik Fauzi: TPPA diketuai oleh Amerika Syarikat, dari sudut perdagangan TPPA adalah lebih penting tetapi saya ingin melihat berkenaan dengan apa yang telah berlaku apabila Amerika Syarikat. Implikasinya, berjuta-juta rakyat kehilangan kerja. Secara teorinya, ia mencetuskan sama ada berlakunya polisi yang sama. Yang pertama, dalam pasaran buruh tu sendiri. Terdapat impak terhadap keuntungan kepada ekonomi TPPA dan sempadan antara TPPA dengan politik dan ekonomi. Jadi, apakah langkah-langkah yang diambil oleh tenaga kerja di sabah untuk mewujudkan  situasi yang menang di antara kerajaan dengan organisasi? 

Encik Mazarul: Untuk membicarakan berkaitan dengan kesan TPPA dari segi tindakan, tindakan sekarang selari dengan kabinet, kita akan menyalurkan kepada kementerian, kementerian telah melaksanakan kempen-kempen apatah lagi TPPA. Bengkel telah diadakan dengan dasar-dasar perburuhan, kita tak boleh lari dari kerajaan persekutuan. Kita perlu membuat dasar dari bawah dan bukan mudah kementerian untuk meminda akta. Beberapa akta seperti Sabah, kita sedang membuat pindahan, Akta Perusahaan dari peringkat pengubalan akta tersebut. Kita cuba melihat sebaik mungkin keburukan jabatan dari masa ke semasa. 

Puan Margaret: Kesatuan Sekerja telah mengadakan dialog mengenai TPPA. Terdapat banyak isu pekerja yang tidak dinyatakan seperti hak wanita mengandung dan sebagainya. Berdasarkan pandangan daripada perbankan, apabila TPPA ada rundingan di Sabah, kami tahu akan ada implikasi daripada TPPA. TPPA akan mempengaruhi kehidupan rakyat seumur hidup. Sekarang pihak kerajaan terpaksa kerana terdapat banyak tekanan daripada global. Kami berfungsi sebagai NGO rela untuk memperbaikinya. Terdapat 8 akta yang akan dipengaruhi, antaranya termasuknya, hubungan industri di Sabah dan Sarawak, Perumahan, Perlindungan Kanak-kanak, Perburuhan Kanak-kanak, imigrasi dan sebagainya. Hanya undang-undang yang dapat dipercayai. Oleh itu, kami mesti faham dengan undang-undang. Pertubuhan kami adalah amat kecil jadi kita haruslah bersatu dan bergabung untuk membuat perniagaan. 

Encik Fauzi: Macam mana dengan keadaan unit power Kesatuan Sekerja di Malaysia pada masa sekarang? 

Puan Margaret: Lemah. Terutamanya di Sabah. Sebabnya adakah anda lihat terdapat banyak isu buruh yang meminta bantuan? Kes yang dilaporkan di Jabatan Tenaga Kerja adalah banyak atau tidak jika dibandingkan dengan Sarawak dan Semenanjung Malaysia, adakah kita sibuk dengan mengendalikan kes buruh? Terdapat beberapa kes buruh dalam tempoh setahun? Kenapa buruh di Sabah kena merantau ke luar negara? Adakah anda fikir boleh mencari kerja yang bagus di Sabah? 

Puan Catherine: Kenapa MTUC meminta untuk berdialog dengan kerajaan, selama beberapa tahun perjanjian ini dijalankan, kita tak tahu apa isi kandungan yang dirunding. MTUC ingin merisik dengan kerajaan untuk mengetahui apakah yang dirunding oleh kerajaan. Adakah ia memberi kebaikan or kelemahan kepada rakyat? MTUC melibatan perundingan. Kami mampu memberi idea yang bermanfaat kepada kerajaan sekiranya kami turut serta dengan rundingan yang dijalankan. Sedihnya, saya hanya tahu isi kandungan TPPA ini pada tahun lalu. Pada bulan yang lepas, Malaysia dan Amerika Syarikat ada menandatangi perjanjian TPPA.  Sekiranya benda itu kita tahu lebih awal, kita akan tahu macam mana mahu mengatur. Kita terjerat dengan keadaan itu. Sebab ini adalah peluang yang baik kepada Malaysia utuk kita dan kerajaan untuk mengubah akta di mana akta ini memang berpihak kepada pekerja. Kamu boleh menggangotai persatuan yang kamu suka tanpa halangan. Sesiapa pun boleh mewakili kamu asalkan dia ada kebolehan dalam mengendalikan kes. Ia merupakan satu peluang kepersatuan mengenai dengan penjanjian TPPA, kesatuan itu akan menjadi political. Sekiranya kita kuat, visi dan misi tertumpu kepada pekerja dan kita boleh menambahbaikan kerja. Kalau pekerja mengetahui kesatuan sekerja bukan yang jahat. Ia membela hak pekerja. 
Biasanya, majikan selalu menganggap kami jahat dan prejudis contohnya, majikan telah 
merebut peluang selama 25 tahun untuk persatuan mereka diitirafkan namun gagal dan 
syarikat tersebut dijual beberapa kali.  

Encik Yap: Bukan semua majikan merupakan majikan yang bagus. Kes ini terjadi setiap hari. Terdapat 15% majikan yang tidak membayar gaji kepada pekerjanya. 

Encik Fauzi: Satu soalan yang dikemukakan berkenaan dengan TPPA tidak menguntungkan negara dan hanya menguntungkan syarikat-syarikat gergasi-gergasi multinasional terutamanya Amerika Syarikat dan bagaimana persediaan syaikat-syarikat tempatan di Sabah untuk bersaing dengan negara lain selepas TPPA di bentuk.

Margaret: Sesiapapun boleh tubuh kesatuan, pekerja akan memilih siapa persatuan yang 
boleh melindungi kebajikan dan mengaja hak mereka. Kalau pekerja biasa, mereka akan 
menyertai persatuan yang bagus. Jadi, melalui proses begitu, union akan kuat. Saya baru 
menekankan sikap mencetus kepada budaya kerja. Pada tahun 1970, saya masih belajar di sekolah, masa itu, cikgu saya selalu memberitahu kami bahawa Sabah adalah negeri yang paling kaya di Malaysia, industri pelancongan di Sabah berkembang dengan maju. Perlahan-perlahan, generasi kini merantau ke luar Negara sebab gaji di Sabah tidak naik. Jadi, biasanya insan yang berani akan merantau ke luar Negara untuk mencari makan.Justeru itu, banyak pekerja asing yang memasuki Negara kita. Ada yang baik dan ada juga yang teruk. Malaysia suka mengambil pekerja asing kerana bayaran adalah lebih murah tanpa mengira sikap mereka dan situasi ini bertukar kepada satu budaya secara perlahan-lahan.
   

Gambar 8.0: Seorang pelajar menyoalkan soalan 

Soalan pelajar: Bagaimana masa depan siswa dan siswi di dunia perkerjaan, sebab pekerja dari luar Negara banyak masuk ke negara kita pada masa kini? 
  
Gambar 9.0 Puan Hamidah menjawab soalan pelajar 





Puan Hamidah: Mengikut kepada perkembangan TPPA, tujuan TPPA adalah untuk membuka peluang perkerjaan sebab kerajaan ingin membuka ruang kepada pelabur luar. Persoalan yang pertama, adalah kamu bersedia untuk melibatkan diri dalam dunia perniagaan? Memang kamu sudah mempunyai kelayakan namun macam mana pula dengan kemahiran insaniah kamu? TPPA lebih kepada ekonomi dan ia merangkumi berbagai perkara, jadi kalian harus bersedia, dan ia terpulang kepada diri sendiri dan bukannya bergantung dengan kerajaan sepenuhnya. 



Temu Ramah Bersama KEKAUMAS


FAKTOR KEAKTIFAN DAN KEBERKESANAN KESATUAN PEKERJA PEKERJA SABAH ELECTRICITY SDN BHD (KPPSESB)



NAMA PENSYARAH : AZIZAN MORSHIDI


AHLI KUMPULAN:

BIL
NAMA
NO MATRIK
1.
AZIAN BINTI HUSSIN
BA13110145
3.
NORAINI BINTI AZIZ
BA13110310
4.
NORSHIMA BINTI JUMADIL
BA13110329
5.
NURMASLIZA BINTI MUHAMAD
BA13110373


1.0 PENGENALAN KESATUAN PEKERJA-PEKERJA SABAH ELECTRICITY SDN. BHD (KPPSESB).

Kesatuan sekerja di SESB ini terdahulunya dikenali sebagai Kesatuan Sekerja Lembaga Elektrik Sabah (LES) dan kini dikenali sebagai Kesatuan Sekerja Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB). Di dalam syarikat SESB ini wujud dua kesatuan iaitu Kesatuan Sekerja Perkeranian (non-executive) dan Kesatuan Sekerja Kejuruteraan (executive). Dalam kajian ini, akan lebih memfokuskan kepada Kesatuan Sekerja Perkeranian dalam syarikat Sabah Electricity Sdn. Bhd.

          Kesatuan Sekerja SESB (perkeranian)  ini telah lama menerima pengiktirafan iaitu sejak tertubuhnya syarikat  SESB  ini.  Kesatuan  ini    telah wujud dalam anggaran 50 tahun. Menurut Peraturan-Peraturan Kesatuan Pekerja-Pekerja Sabah Electricity Sdn. Bhd (KPPSESB) Sabah dalam peraturan 1 mengenai nama dan alamat berdaftar iaitu nama kesatuan yang telah ditubuhkan ialah KESATUAN PEKERJA-PEKERJA SABAH ELECTRICITY SDN. BHD atau nama ringkasnya ‘KPPSESB’. Dalam peraturan 1 ini juga, termasuk pejabat berdaftar kesatuan iaitu Ibu Pejabat, Sabah Electricity Sdn. Bhd, Wisma Sesb, Jalan Tunku Abdul Rahman, 88673 Kota Kinabalu, Sabah dan tempat mesyuaratnya ialah di pejabat SESB juga atau mana-mana tempat yang telah ditetapkan oleh Majlis Jawatan kuasa Kerja.

          Tujuan penubuhan kesatuan ini adalah untuk mengorganisasikan pekerja-pekerja yang menjadi ahli sebagai ahli kesatuan dan memajukan kepentingan mereka dalam bidang perhubungan perusahaan, kemasyarakatan dan ilmu pengetahuan. Selain itu, kesatuan ini juga bertujuan untuk mengatur perhubungan di antara pekerja dengan majikan bagi maksud melaksanakan perhubungan perusahaan yang baik, meningkatkan daya pengeluaran dan memperoleh serta mengekalkan bagi ahli-ahlinya keselamatan pekerjaan, sukatan gaji yang adil dan sesuai serta syarat-syarat pekerjaan yang sepatutnya. Hubungan antara ahli-ahli lain dengan kesatuan atau pegawai kesatuan juga dijaga dan penyelesaian masalah antara mereka dilakukan secara aman dan muafakat melalui jentera penimbang tara. Tujuan-tujuan lain adalah seperti memajukan kebajikan pekerja dari segi ekonomi, sosial dan pendidikan dengan cara yang sah di sisi undang-undang, member bantuan guaman kepada ahli berhubung dengan pekerjaan, bantuan pembiayaan semasa teraniaya atau semasa pertikaian perusahaan, menganjurkan dan mengendalikan sebarang kursus. Secara amnya, kesatuan sekerja ini melaksanakan sebarang tujuan kesatuan sekerja yang sah di sisi undang-undang.

          Keahlian dalam kesatuan ini berjumlah lebih kurang 1800 orang dan merupakan kesatuan sekerja yang mempunyai ahli paling ramai bagi seluruh Sabah. Penyertaan ahli ke dalam kesatuan ini adalah seawal kemasukan pekerja tersebut ke dalam syarikat ini. Walau bagaimanapun, tiada paksaan kepada pekerja-pekerja di SESB untuk menyertai kesatuan ini. Bagi pekerja yang baru memasuki SESB, maka jawatankuasa dan presiden kesatuan sendiri yang akan mengadakan satu sesi pengenalan mengenai kesatuan sekerja yang ada di SESB sama ada dari segi kebaikan dan manfaat yang bakal diterima oleh pekerja. Pemilihan jawatankuasa pula akan dilakukan setiap dua tahun sekali dan undian akan dibuat oleh ahli kesatuan sekerja SESB untuk memilih ahli jawatankuasa yang baru. Kesatuan sekerja SESB ini sangat menitikberatkan tentang kebajikan ahli mereka. Ahli-ahli kesatuan dan ahli jawatankuasa mengamalkan sikap demokrasi dalam kesatuan.


1.1     CARTA ORGANISASI KESATUAN PEKERJA-PEKERJA SABAH ELECTRICSDN. BHD. 2014-2016

AZHAR DATUK HJ. MY AHMAD
(PRESIDEN)

PRIMUS DINATUS (TIMBALAN PRESIDEN)

AMIR HASSAN AMIR HUSSIEN (SETIAUSAHA AGONG)

AMIR HASSAN AMIR HUSSIEN (SETIAUSAHA AGONG)

DAIM GIAT @ MOHD IZWAN (PEN. SETIAUSAHA AGONG)
 



JAWATANKUASA AHLI MAJLIS TERTINGGI

HAJI HANIF SAFRI

ABD. KAIYUM HJ BADIOL ZAMAN

LUDIS @ AHMAD BIN NASIR

CHARLES LAIP

LINUS ALOVSIUS

IBRAHIM @ AG. IBERAHIM PG HJ. BAGUL

ROSLIN MOHD NOOR

AMINA BTE HJ HALI

SABDIN KADIR
 

1.2      Tugas  Pegawai-Pegawai Kesatuan Pekerja-Pekerja Sabah Electricity Sdn. Bhd. (KPPSESB) Sabah

Yang Dipertua

a)    Menjadi Pengerusi semua mesyuarat dan bertanggungjawab tentang ketenteraman dan kesempurnaan mesyuarat-mesyuarat itu serta mempunyai undian pemutus dalam semua isu semasa pada masa mesyuarat kecuali perkara-perkara yang melibatkan undi sulit
b)   Mengesahkan dan menandatangani minit tiap-tiap mesyuarat
c)    menandatangani semua cek Kesatuan bersama-sama dengan Setiausaha dan Bendahari
d)    mengawasi pentadbiran dan perjalanan Kesatuan dan berikhtiar supaya peraturan-peraturan ini dipatuhi oleh semua yang berkenan.

Naib Yang dipertua
membantu Yang Dipertua dalam menjalankan tugas-tugasnya dan memangku jawatan Yang Dipertua semasa ketiadaannya.

Setiausaha
a)    mengelolakan kerja-kerja Kesatuan mengikut peraturan – peraturan ini dan melaksanakan perintah-perintah dan arahan-arahan Mesyuarat Agung atau Majlis Jawatankuasa Kerja
b)   mengawasi kerja-kerja kakitangan Kesatuan dan bertanggungjawab tentang surat menyurat dan menyimpan buku-buku, surat-surat keterangan dan kertas-kertas Kesatuan mengikut cara dan aturan yang diarahkan oleh Majlis Jawatankuasa Kerja
c)    menetapkan serta  menyediakan agenda mesyuarat Majlis Jawatankuasa Kerja dengan persetujuan Yang Dipertua dan menghadiri semua mesyuara, menulis minit-minit mesyuarat dan menyediakan Penyata Tahunan Kesatuan untuk Mesyuarat Agung Tahunan
d)    menyediakan atau menguruskan supaya disediakan Penyata- penyata Tahunan dan surat keterangan lain yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja dalam masa yang ditentukan
e)    menyimpan dan mengemas kini surat Daftar Ahli yang mengandungi nama ahli, alamat, nombor kad pengenalan dan tarikh menjadi ahli Kesatuan
f)     menandatangani semua cek Kesatuan bersama dengan Yang Dipertua dan Bendahari.

Penolong Setiausaha

a)    membantu Setiausaha dalam urusan pentadbiran Kesatuan dan memangku jawatan Setiausaha pada masa ketiadaannya
b)   menjalankan tugas-tugas sebagaimana diarahkan oleh Majlis Jawatankuasa Kerja

Bendahari

a)    bertanggungjawab dalam urusan penerimaan dan pembayaran wang Kesatuan dan urusan penyimpanan buku kira-kira sebagaimana yang dikehendaki oleh Peraturan – peraturan Kesatuan Sekerja 1959
b)   mengeluarkan resit rasmi bagi sebarang wang yang diterima
c)    bertanggungjawab tentang keselamatan simpanan buku-buku kewangan dan surat-surat keterangan yang berkenaan di Ibu Pejabat. Buku-buku dan surat-surat keterangan ini tidak boleh dikeluarkan dari tempat rasminya tanpa kebenaran yang bertulis daripada Yang Dipertua pada tiap-tiap kali ia hendak dikeluarkan
d)    menyediakan penyata kewangan bagi tiap-tiap mesyuarat Majlis Jawatankuasa Kerja dan Mesyuarat Agung
e)    menandatangani semua cek Kesatuan bersama dengan Yang Dipertua dan setiausaha.


 2.0      PERMASALAHAN KAJIAN
Mutakhir ini sering diperkatakan tentang kurangnya keberkesanan dan kurangnya kepentingan dalam menyertai kesatuan sekerja. Malah ada kalangan pekerja yang masih kurang pengetahuan tentang apa sebenarnya kesatuan sekerja dan kepentinganya terhadap orgnisasi dan ahli kesatuan. Bermula dalam tahun 1947 dan pada penghujung tahun tersebut sebanyak 298 kesatuan sekerja telah didaftarkan dengan jumlah keahlian seramai 195,113 orang. Nama Pejabat Pendaftaran Kesatuan Sekerja telah ditukar kepada Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja dalam tahun 1989. Gelaran Ketua Jabatan telah juga ditukar daripada Pendaftar Kesatuan Sekerja kepada Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja untuk mencerminkan peranan dan tanggungjawab yang sebenar selain daripada mendaftarkan kesatuan sekerja.

                Di Britain pada tahun 1979, Kesatuan Sekerja mencapai keahlian sebanyak 13,289 juta orang tetapi angka tersebut telah menurun sebanyak 9 juta orang pada tahun 1992. Manakala pada tahun 1980 sehingga 1990-an para pekerja kurang berminat menyertai Kesatuan Sekerja kerana perubahan yang berlaku dalam struktur dan bentuk kerja yang baru. Selain itu juga, apa yang berlaku di Korea Selatan dimana kadar penggangguran telah meningkat kerana pekerja tidak lagi berminat menyertai kesatuan sekerja disebabkan oleh tidak mampu membayar yuran keahlian kesatuan sekerja. Di samping itu, mereka berpendapat tidak ada apa-apa faedah yang akan diterima sekiranya mereka menyertai kesatuan sekerja. Hal ini kerana ramai pekerja mulai hilang kepercayaan terhadap pemimpin kesatuan sekerja pada masa kini yang sentiasa berkonflik dalam aspek perebutan jawatan tertinggi kesatuan sekerja. Contohnya di Malaysia pula kemelesatan ekonomi yang berlaku pada tahun 1997 daripada laporan yang diterima menjangka kadar pemberhentian pekerja sektor elektronik mencecah sehingga 90,000 jika ekonomi terus lembap. Jumlah itu kira-kira 50% daripada jumlah pekerja sektor elektronik seluruh Negara iaitu 180,000 orang. Keadaan ini menyebabkan banyak pekerja diberhentikan.

                Perubahan dalam bentuk pekerjaan juga merupakan salah satu faktor mengapa kesatuan sekerja dianggap tidak perlu. Misalnya pada masa kini majikan lebih berminat mengambil pekerja sambilan terutamanya golongan wanita yang dapat dilihat di dalam sektor perkhidmatan seperti industri perhotelan, insurans, pengkeranian dan pendidikan yang lebih memerlukan tenaga golongan wanita. Bagi golongan ini mereka tidak berminat menyertai kesatuan sekerja kerana mereka tidak bekerja sepanjang waktu atau tetap dalam sesebuah syarikat. Tambahan lagi ramai kaum wanita yang masih lagi tidak faham peranan kesatuan sekerja dan kepentingnya dalam kehidupan mereka. Hal ini juga disebabkan oleh golongan tersebut mendapati dengan cara itu mereka dapat menguruskan masa dengan lebih tepat di antara pekerjaan dan juga pengurusan keluarga. Keadaan ini menjadikan golongan wanita terutamanya yang sudah berumahtangga mempunyai masa yang lebih untuk diluangkan bersama-sama keluarga.

                Selain daripada itu majikan menganggap kesatuan sekerja hanyalah merupakan satu gangguan sahaja dalam sesebuah syarikat, bukannya membantu dalam proses meningkatkan kualiti dan produktiviti pekerja. Cabaran inilah telah dihadapi oleh Malaysia Trade Union Congress (MTUC) dan National Union Plantation Workers (NUPM). Kebanyakan syarikat swasta tidak menggalakkan para pekerjanya menyertai kesatuan sekerja kerana takut adanya ancaman seperti mogok dan piket yang akan dilancarkan oleh pihak kesatuan sekerja. Keadaan tersebut boleh menyebabkan sesebuah syarikat mengalami kerugian yang besar. Perkara ini juga akan mengganggu sistem organisasi sesebuah syarikat yang boleh membawa kemudaratan kepada syarikat tersebut. Akibat daripada perkara tersebut perundingan kolektif tidak dapat dijalankan di antara pihak majikan dan juga pekerja. Isu-isu yang berkaitan seperti upah, kebajikan, hak pekerja, keselamatan, kesihatan serta bonus tidak dapat dibincangkan oleh pihak kesatuan sekerja.

                Pengurusan kerja lebih menekankan pekerja untuk meningkatkan produktiviti tanpa memberi sebarang ganjaran. Ini bermaksud pengurusan sumber manusia mahukan pekerja lebih komited terhadap matlamat, misi dan visi sesebuah organisasi. Pengurusan sumber manusia juga mengamalkan sikap pluralist yang tidak suka dengan kewujudan kesatuan sekerja. Hal ini menyebabkan secara tidak langsung amalan yang diterapkan oleh pengurusan sumber manusia mengurangkan minat para pekerja terhadap kesatuan sekerja. Oleh sebab itulah, Amerika Syarikat dan Syarikat Multinasional mengamalkan dasar antikesatuan sekerja. Mereka menganggap urusan-urusan pekerja boleh di selesaikan dengan mudah tanpa campurtangan kesatuan sekerja. Daya penarik ciri-ciri pengurusan sumber manusia ialah kenaikan gaji mengikut prestasi yang menampilkan banyak keistimewaan kepada golongan pekerja.

                Daripada permasalahan ini kebanyakan organisasi dan individu tidak ingin menyertai kesatuan sekerja kerana tidak memahami kepentingan dan kelebihan yang mereka boleh perolehi. Oleh itu, bagi membuktikan permasalahan ini adalah sesuatu yang tidak dapat dielak kan satu kajian telah dilaksanakan di Sabah Electricity Sdn. Bhd. Kajian ini adalah bagi membuktikan bahawa wujudnya kesatuan sekerja yang efisen dan sistematik serta berkesan sebernya adalah satu kelebihan kepada pihak majikan, pekerja dan organisasi itu sendiri.





3.0      PERSOALAN KAJIAN
1.    Apakah faktor keaktifan kesatuan sekerja pekerja pekerja sabah eletricity sdn bhd (kppsesb)?
2.    Apakah faktor keberkesanan kesatuan pekerja-pekerja sabah eletricity sdn bhd (kppsesb)?

           
4.0      OBJEKTIF KAJIAN
1.    Mengetahui faktor keaktifan kesatuan sekerja pekerja pekerja sabah eletricity sdn bhd (kppsesb)
2.    Mengetahui faktor keberkesanan kesatuan pekerja-pekerja sabah eletricity sdn bhd (kppsesb)



5.0      SOROTAN LITERATUR
Konsep Kesatuan Sekerja
Jackson (1992) menerangkan kesatuan sekerja sebagai sebarang organisasi, iaitu keahliannya terdiri daripada pekerja dan mereka berusaha untuk memperjuangkan dan menyuarakan kepentingan serta hak-hak pekerja di tempat kerja dan masyarakat, menyusun dan mengatur hubungan pekerjaan melalui proses perundingan kolektif sccara langsung dengan pihak pengurusan.

Menurut Salamon (1998) pula, kesatuan sekerja digambarkan sebagai organisasi pekerja yang ditubuhkan untuk memperbaiki status pembayaran dan kondisi pekerjaan dalam kalangan ahlinya. Malah, kesatuan sekerja juga merupakan persatuan pekerja yang berusaha melalui perundingan kolektif untuk memperbaiki kondisi kerja, ekonomi dan kedudukan sosial dan berusaha menggunakan kuasa perundingan kolektif untuk memperbaiki upah dan kondisi pekerjaan dalam kalangan ahli.

Peranan kesatuan sekerja
Ab. Aziz (2002) menjelaskan bahawa kesatuan sekerja mempunyai tiga peranan yang penting dalam perhubungan perindustrian iaitu menggalakkan perhubungan perindustrian yang sihat dan harmoni, mewakili pekerja dan membantu meningkatkan kualiti hidup serta taraf pekerja. Kesatuan sekerja berperanan dalam menggalakkan perhubungan perindustrian melalui proses perundingan kolektif yang seterusnya menjurus kepada pembaikan dan pembaharuan perjanjian kolektif majikan-pekerja yang ideal yang harus mengambilkira pembaikan syarat dan terma pekerjaan, jaminan status ekonomi melalui kenaikan gaji dan pangkat serta merapatkan pertikaian keperluan antara kedua-dua pihak

Keberkesanan Kesatuan Sekerja
Keberkesanan kesatuan sekerja ditakrifkan sebagai aktiviti dan sifat-sifat organisasi yang membolehkan kesatuan untuk mencapai matlamat (Hammer & Wazeter, 1993). Bryson (2003) membezakan dua jenis keberkesanan kesatuan iaitu kesatuan keberkesanan organisasi yang mana istilah yang digunakan untuk merumuskan faktor-faktor yang memberikan kapasiti kepada kesatuan untuk mewakili anggotanya secara sihat dalam sesebuah organisasi. Jenis kedua adalah keberkesanan penyampaian kesatuan yang mana didefinisikan sebagai keupayaan kesatuan itu untuk menyampaikan kepada pekerjanya dari segi meningkatkan kerja dan situasi  bekerja. Menurut Bryson lagi, kedua-dua konsep ini menandakan kesatuan adalah memberi kesan kepada ahli dalam organisasi.

          Satu kajian dibuat oleh Fiorito et al. (1993) antara kesatuan kebangsaan di Amerika Syarikat untuk mengkaji persepsi kesatuan rasmi secara berkesan. Objektif kajian tersebut untuk mengkaji ciri-ciri keahlian dalam kesatuan negara. Temu bual seramai 275 pegawai kesatuan kebangsaan yang mewakili 111 bahagian kesatuan sekerja kebangsaan berdasarkan enam dimensi keberkesanan kesatuan iaitu rundingan, politik, membaiki diri, mengorganisasi, perpaduan antara ahli dan pengambilalihan sumber. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa keberkesanan kesatuan dipertingkatkan dengan cara inovasi dan mengurangkan pemusatan dalam membuat keputusan dalam kesatuan. Hal ini bermakna bahawa kesatuan yang lebih inovatif adalah hasil dari cara ahli kesatuan bertindak dan keputusan beralih dari bawah iaitu dengan mementingkan keahlian kesatuan supaya kejayaan yang lebih besar dalam menuju keberkesanan organisasi.

Keaktifan Kesatuan Sekerja
Thomas Chacko (1985), menjalankan kajian bertajuk "Penyertaan Ahli dalam Aktiviti Kesatuan: Persepsi Keutamaan Kesatuan, Persembahan, dan Kepuasan". Data kajian ini diperolehi dari tahun 1977, Tinjauan Kualiti Pekerjaan yang dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Tinjauan di Universiti Michigan. Sampel kajian terdiri daripada 376 ahli kesatuan telah digunakan untuk kajian ini. Data telah tertakluk kepada Analisis Diskriminan. Empat analisis diskriminan berasingan telah dilakukan dengan menggunakan empat indeks penyertaan pekerja dalam aktiviti kesatuan sebagai pemboleh ubah bersandar dan menggunakan pengukuran utama bagi ahli kesatuan serta persepsi dan prestasi ahli kesatuan sebagai pemboleh ubah bebas. Kajian ini mendedahkan bahawa persepsi ahli terhadap keberkesanan kesatuan mereka dalam memperoleh kesatuan yang responsif kepada keahlian yang signifikan dengan penyertaan ahli dalam aktiviti kesatuan. Kepuasan kesatuan adalah bergantung kepada penyertaan ahlinya. Persepsi kuasa kesatuan dan perkhidmatan dan pembolehubah demografi seperti umur dan pendidikan didapati mempunyai hubungan kurang penting dengan penyertaan ahli.




6.0      KAEDAH KAJIAN
Di dalam kajian ini, pengkaji menggunakan beberapa kaedah untuk mendapatkan data berkaitan “Faktor Keaktifan dan Keberkesanan Kesatuan Pekerja-pekerja Sabah Electricity Sdn Bhd (KPPSESB)”. Pengkaji menggunakan kajian yang berbentuk kualitatif. Kualitatif merupakan kaedah mengumpul data yang lebih mendalam bagi mencapai objektif kajian. Antara kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kajian temu bual intensif dan perpustakaan.

Kaedah Pengumpulan Data

Data Primer
Temu Bual Intensif
Pengkaji menggunakan metod ini untuk memperoleh data melalui perbualan informal secara langsung dengan kumpulan pengkaji. Melalui kaedah kajian ini, pengkaji telah bersedia dengan soalan-soalan yang telah disediakan untuk memperoleh data.

Maklumat dan data akan dikutip menerusi responden dalam kesatuan pekerja Sabah Electricity di kawasan kajian. Kaedah temubual ini dijalankan dengan mengemukakan sesi soal jawab daripada kumpulan pengkaji yang merangkumi beberapa aspek yang berkaitan seperti upah, layanan majikan, dan keselesaan. Alat yang digunakan dalam proses temu bual ini adalah dengan menggunakan pita rakaman sebagai bukti kepada penyelidikan bagi memudahkan penyelidik untuk merakam maklumat penting dan mengenalpasti maklumat utama dalam penyelidikan yang dijalankan.

DATA SEKUNDER
Kajian Perpustakaan
Melalui kajian perpustakaan, pengkaji telah merujuk kepada buku-buku, jurnal-jurnal ilmiah dan kertas kerja tertentu yang berkaitan dengan kajian penyelidikan yang dilakukan oleh kumpulan pengkaji sebagai langkah untuk memulakan kajian dengan melihat isu dan fenomena yang telah dikaji. Selain itu, pengkaji merujuk bahan di internet untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai faktor yang membawa kepada keaktifan dan keberkesanan dalam kesatuan sekerja.

7.0      DAPATAN KAJIAN

OBJEKTIF I: MENGETAHUI FAKTOR KEAKTIFAN KESATUAN SEKERJA PEKERJA PEKERJA SABAH ELETRICITY SDN BHD (KPPSESB)
7.1.     Faktor Keaktifan Kesatuan Sekerja
Kesatuan Sekerja adalah sebuah organisasi pekerja yang telah bergabung bersama supaya cuba untuk meningkatkan kepentingan mereka. Tujuan utama Kesatuan Sekerja adalah untuk mengawal selia hubungan antara pekerja dan majikan (Nzuve, 2007). Singh (1969: 170) dalammentakrifkan Kesatuan Sekerja sebagai persatuan yang mempunyai objektif utamanya peraturan hubungan antara pekerja dan majikan mereka atau antara satu kumpulan pekerja dan satu lagi kumpulan pekerja atau di antara majikan dan majikan lain.

Menurut  P. Martin dan V.Lorenz ( 1970) keaktifan sesebuah kesatuan sekerja mengambil kira elemen ciri-ciri individu. Satu pendekatan yang mengklasifikasikan pembolehubah penyertaan secara individu menggambarkan sikap individu dengan  psikologi dan cara bagaimana pekerja melihat persekitaran kerja tertentu yang mendorong pekerja tersebut untuk terlibat dalam kesatuan sekerja. Keadaan ini dapat dilihat apabila pekerja mempunyai keinginan untuk mencapai  persekitaran kerja yang baik akan mendorong pekerja tersebut untuk menyertai kesatuan sekerja atau dalam bahasa yang mudahnya pekerja menyertai kesatuan sekerja dengan melihat keperluan mereka terhadap sesuatu isu.

Selain itu, menurut  P.Martin dan V.Lorenz (1970) peningkatan densiti keahlian kesatuan sekerja juga dapat dikaitkan dengan sikap pemimpin itu sendiri  yang berkemungkinan mempunyai keinginan untuk mendapatkan kuasa , pengiktirafan, atau peningkatan kewangan iaitu denganmenggunakan bentuk aktiviti formal seperti kehadiran mesyuarat, undian, dan fungsi formal seperti "proses dalam menyuarakan ketidakpuasan hati, dan berkempen. Situasi ini membawa kepada keaktifan sesebuah kesatuan sekerja.Namun demikian, faktor lain yang menyumbang kepada peningkatan densiti kesatuan sekerja juga disebabkan terdapat  ahli yang menyertai kesatuan sekerja untuk tujuan yang terhad dan untuk masa yang terhad. Sebagai contoh, jika dia berhadapan dengan perubahan teknologi yang mengancam peluang pekerjaan pada masa depan. Keadaan ini menyebabkan pekerja tersebut mencari perlindungan pekerjaan dengan menyertai kesatuan.

Keadaan ini juga merupakan salah satu faktor dalam peningkatan densitiahli kesatuan sekerja adalah bergantung kepada ganjaran ekonomi, politik dan sosial yang diperolehi oleh pekerja. Sekiranya ganjaran yang disediakan oleh pihak majikan kepada pekerja tidak memuaskan, kesatuan sekerja akan menjadi salah satu platform untuk pekerja menuntut hak mereka. Peningkatan densiti keahlian kesatuan sekerja juga bergantung kepada magnitud kejayaan kesatuan dalam mencapai objektif kesatuan ekonomi dan lain-lain.

7.1.1  FAKTOR KEAKTIFAN KESATUAN SEKERJA SABAH ELECTRIC SDN BHD (SESB)

Hasil daripada temubual bersama Encik Azhar iaitu Presiden Kesatuan Sekerja SESB dan Encik Roslin merupakan Majlis Tertinggi dalam kesatuan sekerja SESB dapat dirumuskan bahawa keaktifan kesatuan sekerja SESB ini didorong oleh beberapa faktor iaitu :

I)            Sikap pekerja
Menurut pandangan Encik Azhar peningkatan keahlian dalam kesatuan sekerja adalah disebabkan pekerja mempunyai tahap kesedaran yang tinggi tentang pentingnya penyertaan dalam kesatuan sekerja sebagai perlindungan dalam konteks pekerjaan. Hal ini kerana menurut presiden kesatuan sekerja tiada paksaan dalam menyertai kesatuan sebaliknya pekerja mempunyai kesedaran terhadap kesatuan sekerja menyebabkan berlakunya peningkatan ahli dari masa ke semasa.  Keadaan ini dapat dilihat melalui perundingan isu berkaitan dengan elaun pengangkutan. Hal ini kerana melihat kepada pekerja TNB mereka diberikan elaun pengangkutan. Oleh yang demikian, pekerja SESB turut menuntut elaun yang sama memandangkan ianya berdasarkan benchmark TNB. Keadaan ini menunjukkan bahawa pihak kesatuan memainkan peranan dalam melindungi hak pekerja yang mana akhirnya pekerja SESB berjaya menuntut elaun pengangkutan sebanyak RM130 sebulan.

II)         Sikap pihak kesatuan
Selain daripada sikap pekerja itu sendiri yang mempunyai kesedaran terhadap kepentingan untuk menyertai kesatuan sekerja sikap presiden kesatuan juga memainkan peranan penting dalam mencorakkan hala tuju kesatuan tersebut. Hal ini kerana presiden perlu bertanggungjawab dalam membawa isudan  yang disuarakan oleh pekerja dan aktiviti dalam mencapai matlamat kesatuan sekerja dapat dicapai. Menurut Encik Azhar, setiap isu yang disuarakan oleh pekerja perlulah dikaji terlebih dahulu dari aspek kemampuan pihak pengurusan untuk memenuhi tuntutan terseut. Namun demikian, sekiranya isu tersebut wajar dituntut, sebagai presiden kesatuan sekerja  akan berjuang bagi memastikan tuntutan pekerja berjaya. Hasil daripada temubual tersebut dapat dirumuskan bahawa sikap presiden yang hanya berkuasa tetapi tidak bertanggungjawab dalam membela pekerja akan menjadi salah satu punca kegagalan sesebuah kesatuan sekerja. Hal ini dapat dibuktikan melalui sikap presiden kesatuan sekerja SESB yang bertanggungjawab berjaya membawa kesatuan tersebut sebagai salah satu kesatuan yang berjaya di Sabah.

III)       Sikap majikan/pengurusan
Di samping itu, sikap majikan atau pihak pengurusan juga merupakan salah satu faktor dalam mencorakkan keaktifan sesebuah kesatuan sekerja. Hal ini kerana menurut Akta Kesatuan Sekerja 1959 seksyen 8 menyentuh berkaitan dengan pengiktirafan kesatuan sekerja. Hal ini kerana untuk membolehkan perundingan kolektif dijalankan kesatuan sekerja tersebut perlu lah mendapatkan pengiktirafan daripada majikan terlebih dahulu. Selain itu, keaktifan kesatuan sekerja SESB juga disebabkan oleh sikap kerjasama antara pihak pengurusan dan pihak kesatuan sekerja dalam menyelesaikan sesuatu isu. Tambahan pula, pihak pengurusan tidak menolak tuntutan yang dikemukakan oleh pihak kesatuan sekerja, sebaliknya pihak pengurusan akan meneliti pro dan kontra tuntutan tersebut terhadap syarikat dan pekerja. Justeru itu, sikap memberi dan menerima yang diamalkan oleh pihak kesatuan dan pengurusan menyebabkan kesatuan sekerja SESB mampu bertahan sehingga hari ini.

7.1.2  STRATEGI KEAKTIFAN KESATUAN SEKERJA SESB
 Selain daripada faktor di atas,  kesatuan sekerja SESB mempunyai strategi tersendiri daalam meningkatkan densiti keahlian . Hal ini kerana menurut Presiden Kesatuan Sekerja SESB iaitu Encik Azhar, densiti keahlian dalam kesatuan sekerja SESB semakin meningkat. Menurut Encik Azhar, keahlian kesatuan sekerja pada tahun 2010 dianggarkan hanya seramai 800 orang. Namun demikian, pada tahun 2012 Kesatuan Sekerja SESB telah melantik Presiden Kesatuan Sekerja yang baru iaitu Encik Azhar. Bermula pada tahun 2012 keahlian Kesatuan Sekerja SESB semakin meningkat sehingga sekarang mencecah seramai 1600 orang ahli Kesatuan Sekerja. Bukti keaktifan pergerakan Kesatuan Sekerja SESB ini dapat dilihat melalui perjanjian kolektif yang telah dimeterai oleh pihak kesatuan sekerja SESB dengan pihak majikan. Sehingga kini lima perjanjian kolektif yang telah dimeterai antara pihak kesatuan sekerja SESB dan majikan. Perjanjian kolektif dalam kesatuan sekerja SESB ini mula dimeterai pada tahun1998-2001, 2002-2004, 2006-2008, 2008-2010,2010-2015. Strategi yang diambil oleh pihak kesatuan sekerja adalah :

i)            Penerangan (awareness )

Slot induksi merupakan salah satu slot dimana pekerja-pekerja baru akan diberikan penerangan tentang pekerjaan mereka. Namun demikian, sebagai salah satu langkah awal untuk memberikan pendedahan tentang kesatuan sekerja kepada pekerja baru,pihak kesatuan sekerja telah memohon satu slot bagi pihak kesatuan sekerja memberikan penerangan. Slot ini akan dikendalikan oleh presiden sendiri iaitu Encik Azhar. Walaupun penerangan diberikan kepada pekerja tersebut tiada paksaan dalam menyertai kesatuan sekerja.

ii)           Sesi dialog

Selain itu, strategi lain yang digunakan oleh pihak kesatuan SESB adalah dengan mengadakan sesi dialog antara pihak kesatuan dan pekerja. Sesi dialog ini supaya pekerja dapat menyuarakan isu-isu yang dirasakan perlu mendapat perhatian daripada presiden kesatuan sekerja. Hal ini kerana setelah sesi dialog dijalankan setelah itu isu yang diutarakan oleh pekerja akan didrafkan dan dihantar kepada pihak pengurusan untuk dinilai samada wajar atau tidak dituntut oleh pekerja. Menurut Encik Azhar lagi, kini pihak kesatuan dalam proses untuk menghantar draf tuntutan kepada pihak pengurusan untuk penilaian pihak pengurusan samada tuntutan tersebut relevan dengan kemampuan organisasi atau tidak. Setiap tuntutan yang dituntut oleh pihak kesatuan mestilah mempunyai justifikasi-justifikasi yang kukuh. Namun demikian, isu terbaru yang dituntut oleh pihak kesatuan sekerja adalah faedah kompetensi pekerja.

Justeru itu, dapat dirumuskan bahawa keaktifan kesatuan sekerja di SESB melihat kepada hubungan kerjasama antara pihak majikan, kesatuan sekerja dan pekerja dalam menyelesaikan sesuatu isu.

7.2      OBJEKTIF II :MENGETAHUI FAKTOR KEBERKESANAN KESATUAN PEKERJA-PEKERJA SABAH ELETRICITY SDN BHD (KPPSESB)
Kesatuan sekerja merupakan sebuah badan yang tidak terikat dengan mana-mana organisasi lain. Sesebuah kesatuan yang bebas daripada pengaruh majikan merupakan kesatuan yang sangat berkuasa. Setiap ahli dalam organisasi mempunyai minat, objektif dan kepentingan yang sama. Berdasarkan temubual yang dijalankan bersama pemimpin kesatuan KPPSESB , dapat di simpulkan bahawa tahap keberkesanan dari aspek perundingan antara kesatuan sekerja dengan pihak pengurusan adalah tinggi. Hal ini dapat dilihat melalui keberhasilan kesatuan sekerja dalam mendapatkan apa yang para pekerja inginkan melalui perundingan kolektif yang dilakukan antara pemimpin KPPSESB dengan pihak pengurusan.

7.2.1  FAKTOR KEBERKESANAN KESATUAN PEKERJA-PEKERJA SABAH ELECTRICITY SDN BHD
0.1        Jumlah ahli kesatuan sekerja sentiasa meningkat
Seperti yang kita sedia maklum , kekuatan sekatuan sekerja bergantung kepada jumlah keahlian dalam sesebuah kesatuan. Semakin ramai pekerja yang menjadi ahli kesatuan sekerja, maka semakin besar kuasa mereka untuk bersama-sama mendapatkan hak dan kebajikan mereka. Hal ini jelas dibuktikan melalui keahlian KPPSESB yang mempunyai bilangan ahli lebih kurang 1800 daripada semua cawangan SESB yang terdapat di sabah. Daripada tiga ribu lebih jumlah pekerja SESB dari seluruh cawangan Sabah, separuh daripada pekerja tersebut merupakan ahli kesatuan sekerja. Bilangan ahli saban tahun kian bertambah. Hal ini demikian kerana, kejayaan KPPSESB dalam mendapatkan hak mereka telah membuka mata pekerja lain untuk menjadi ahli kesatuan sekerja agar kebajikan mereka terjaga. Dengan adanya sokongan daripada ahli kesatuan , ianya membuatkan pemimpin kesatuan menjadi lebih semangat dalam memperjuangkan hak mereka sebagai pekerja. Ahli kesatuan akan memberikan sokongan kepada pemimpin kesatuan sekerja dan bersama-sama untuk memperjuangkan nasib mereka sebagai pekerja.


0.2        Kekuatan Pemimpin Kesatuan Sekerja
                 Keberkesanan sesebuah kesatuan sekerja turut dipengaruhi oleh kehebatan dan kekuatan pemimpin kesatuan sekerja dalam memperjuangkan hak para pekerja. Kekuatan kesatuan sekerja bergantung kepada kehebatan pemimpin dalam berunding dengan pengurusan. Dalam kes ini, pemimpin KPPSESB adalah En Azhar Datuk Hj MY.Ahmad yang sudah memimpin KPPSESB dari tahun 2014 sehingga kini telah berjaya melakukan banyak perubahan terhadap ahli KPPSESB. Hal ini demikian kerana, beliau telah berjaya memperjuangkan hampir semua yang di inginkan para pekerja. Antaranya adalah peningkatan bonus pekerja, elaun, faedah tambahan, perpindahan pekerja dan lain-lain. Pemimpin kesatuan ini mempunyai sikap kepimpinan dalam diri yang mana beliau akan mempertahankan hak dan kebajikan para pekerja sehinggakan apa yang mereka perjuangkan selama ini tercapai walaupun tidak semua. Semangat kepimpinan yang ada pada En Azhar telah membuka hati ramai pekerja untuk menjadi ahli kesatuan sekerja kerana kejayaan yang dilakukan oleh pemimpin kesatuan tersebut.

0.3        Strategi Demokrasi
            KPPSESB ini mengamalkan strartegi yang bersifat demokrasi dalam organisasi di mana pemimpin tidak meletakkan syarat ataupun unsur paksaan dalam meningkatkan ahli kesatuan sekerja. Bahkan ianya lebih bersifat demokrasi iaitu untuk menarik minat pekerja, kesatuan sekerja akan mengadakan road showkepada pekerja untuk pendedahan kelebihan menjadi ahli kesatuan sekerja, selain itu induksi juga turut dilakukan bagi pekerja baru yang tidak mengetahui tentang KPPSESB serta mengadakan kempen. Manakala dari aspek perundingan kolektif pula , ianya juga bersifat demokrasi iaitu perundingan secara baik dan tidak mencetuskan sebarang masalah atau pergaduhan dengan pihak atasan. Malahan, sebarang pertikaian industri tidak pernah berlaku sepanjang perundingan kolektif dijalankan kerana KPPSESB mengamalkan unsur bertolak ansur dalam perundingan untuk mengelakkan sebarang konflik.



7.2.3  BUKTI KEBERKESANAN KESATUAN PEKERJA-PEKERJA SABAH ELECTRICITY SDN BHD

01.                Collective Agreement (CA)
Perjanjian Kolektif ataupun Collective Agreement (CA) adalah sesuatu perundingan yang telah dicapai atau dipersetujui oleh pihak-pihak yang terlibat akan berakhir dengan menandatangani perjanjian kolektif. Akta mendefinisikan perjanjian kolektif sebagai perjanjian bertulis yangdicapai antara majikan atau kesatuan sekerja majikan-majikan di satupihak dengan kesatuan sekerja pekerja-pekerja di satu pihak yang lainberhubungan dengan hubungan di antara pihak-pihak tersebut.Perjanjian kolektif hendaklah dibuat secara bertulis dan ditandatanganioleh pihak-pihak dalam perjanjian itu atau oleh mereka yang diberi kuasa bagi pihak tersebut. KPSESB telah berjaya memetrai enam (6) perjanjian kolektif iaitu Perjanjian Kolektif 1998-2001, Perjanjian Kolektif 2002-2004, Perjanjian Kolektif 2004-2006, Perjanjian Kolektif 2006-2008, Perjanjian Kolektif 2008-2010 dan Perjanjian Kolektif 2010-2015. Hal ini jelas menunjukkan bahawa perundingan antara kesatuan sekerja dan pengurusan berjaya membawa kata sepakat dan dapat memberikan kepuasan kepada pekerja. Perundingan kolektif dijalankan tiga tahun sekali dan perundingan tersebut seringkali mencapai kata sepakat rentetan daripada sikap demokrasi yang diamalkan oleh kesatuan sekerja.

02.                 Elaun
Elaun merupakan jumlah nilai pakej ganjaran termasuk nilai yang telah ditetapkan atau sebarang faedah yang telah dijanjikan oleh syarikat. Sebelum En Azhar menjadi pemimpin KPPSESB pekerja hanya menikmati dua jenis elaun sahaja iaitu elaun dobi dan elaun eletrik. Namun berkat kerja keras pemimpin kesatuan sekerja dua jenis elaun telah dikuatkuasakan iaitu Elaun Pengangkutan.Pihak kesatuan membuat tuntutan elaun kerana keadaan bentuk muka bumi Sabah seperti jalan raya tidak rata terutamanya kawasan pedalaman dan masih di bawah paras kemiskinan.

     Pihak kesatuan mengandaikan bahawa kemungkinan pekerja boleh menggunakan elaun tersebut untuk penukaran tayar 6 bulan sekali, kereta perlu diservis dan macam-macam lagi. Oleh itu, presiden kesatuan pekerja-pekerja Sabah electricity Sdn. Bhd iaitu Encik Azharberanggapan tuntutan tersebut adalah wajar walaupun negeri Sabah tidak mempunyai tol. Akhirnya mereka berjaya mendapatkan elaun tersebut dengan permulaan rm130.

     Elaun kedua yang berjaya di perjuangkan adalah Elaun Kompetensi. Elaun Kompetensi ini diberikan kepada pekerja yang mempunyai tahap kemahiran yang tinggi. Kebanyakkan pekerja SESB sangat mahir dan mempunyai pelbagai kemahiran namun kemahiran yang mereka miliki tidak di iktiraf. Oleh itu, kesatuan sekerja telah berunding dengan pihak pengurusan agar pekerja-pekerja yang berkemahiran ini di hantar ke mana-mana institut kemahiran yang bersesuaian dengan kemahiran yang dimilik seperti NIOSH, ILSAS. Hal ini bertujuan untuk memberikan gaji kepada para pekerja mengikut tahap kemahiran yang dimiliki. Pekerja akan diberikan elaun kompetensi berdsarkan kemahiran yang dimiliki. Semakin tinggi gred maka semakin tinggi elaun kometensi yang diterima. Elaun kompetensi berjumlah RM250, RM200 dan paling rendah adalah RM100. Sekiranya seseorang pekerja mempunyai banyak kemahiran maka elaun kompetensi yang diterima semakin banyal berdasarkan jumlah kemahiran yang dimiliki.

03.                Faedah dan Ganjaran
Menurut Barry Cushway (1994) faedah adalah sesuatu manafaat yang diberi dalam bentuk bukan wang (non-cash) dan ini merupakan tambahan kepada bayaran asas gaji.SESB mempunyai sistem perubatan yang terbaik kerana pihak pengurusan akan menanggung biaya kos perubatan pekerja SESB sekiranya mereka sakit atau menjalani sebarang pembedahan. Pihak SESB mengamalkan sikap demokrasi tanpa mengira taraf dalam pekerjaan. Semua pekerja diberikan layanan yang sama dari aspek kebajikan agar pekerja merasakan keadilan daripada pihak pengurusan. Sebarang biaya perubatan akan ditanggung sepenuhnya oleh SESB walaupun jumlah perubatan tersebut sangat besar.

     Selain itu, SESB juga mempunyai klinik swasta yang paling banyak di Sabah untuk memudahkan pekerja mencari klinik yang berdekatan dan dapat mengurangkan kos minyak untuk mencari klinik swasta yang jauh dari kediaman pekerja.Seterusnya dari aspek sosial pula iaitu pemberian cuti kepada pekerja adalah berdasarkan perkhidmatan pekerja iaitu 10 tahun berkhidmat, kurang daripada 10 tahun dan juga perkhidmatan selama 20 tahun.  Begitu juga dengan cuti bersalin seperti yang termaktub dalam Ordinan Buruh Sabah di mana pemberian cuti bersalin kepada pekerja wanita selama 60 hari dengan pembayaran elaun sehingga anak kelima sahaja. Manakala isu pendidikan juga diberikan kepada anak-anak pekerja SESB sehingga mereka berumur 21 tahun. Segala biaya berkaitan dengan pendidikan akan ditanggung sepenuhnya oleh SESB walaupun pembiayaan belajar ke luar Negara. Pekerja SESB sangat berpuasa hati dengan sistem yang diamalkan oleh pihak pengurusan iaitu sistem demokrasi sehingga hampir separuh daripada pekerja tertarik untuk menyertai KPPSESB di sebabkan kejayaan yang telah kesatuan cipta sehingga isu elaun yang berjaya dituntut merupakan legasi terbesar sepanjang sejarah penubuhan SESB.

      Tuntasnya, Keberkesanan KPPSESB dapat dilihat melalui hasil perundingan yang berjaya diperjuangkan oleh kesatuan sekerja dalam mendapatkan hak mereka. Keberkesanan ini dipengaruhi oleh sikap demokrasi yang diamalkan di SESB kerana sikap demokrasi yang mementingkan kesefahaman dan tolak ansur diamalakan bermula pada awal penubuhan kesatuan sekerja di SESB.


 8.0      KESIMPULAN DAN PERBINCANGAN
Hasil daripada temubual bersama Encik Azhar iaitu Presiden Kesatuan Sekerja SESB dan Encik Roslin merupakan Majlis Tertinggi dalam kesatuan sekerja SESB, antara faktor keaktifan Kesatuan Sekerja Pekerja Pekerja Sabah Eletricity Sdn Bhd (KPPSESB) adalah disebabkan pekerja mempunyai tahap kesedaran yang tinggi tentang pentingnya penyertaan dalam kesatuan sekerja sebagai perlindungan dalam konteks pekerjaan menyebabkan berlakunya peningkatan ahli dari masa ke semasa. Sikap presiden kesatuan juga memainkan peranan penting dalam mencorakkan hala tuju kesatuan tersebut. Hal ini kerana presiden perlu bertanggungjawab dalam membawa isu dan  yang disuarakan oleh pekerja dan aktiviti dalam mencapai matlamat kesatuan sekerja dapat dicapai. Sikap presiden yang hanya berkuasa tetapi tidak bertanggungjawab dalam membela pekerja akan menjadi salah satu punca kegagalan sesebuah kesatuan sekerja. Seterusnya sikap kerjasama antara pihak pengurusan dan pihak kesatuan sekerja dalam menyelesaikan sesuatu isu. Sikap memberi dan menerima yang diamalkan oleh pihak kesatuan dan pengurusan menyebabkan kesatuan sekerja SESB mampu bertahan sehingga hari ini.

Selain daripada faktor di atas, kesatuan sekerja SESB mempunyai strategi tersendiri dalam meningkatkan densiti keahlian. Slot induksi merupakan salah satu slot di mana pekerja-pekerja baru akan diberikan penerangan tentang pekerjaan mereka sebagai salah satu langkah awal untuk memberikan pendedahan tentang kesatuan sekerja kepada pekerja baru. Walaupun penerangan diberikan kepada pekerja tersebut tiada paksaan dalam menyertai kesatuan sekerja. Strategi lain yang digunakan oleh pihak kesatuan SESB adalah dengan mengadakan sesi dialog antara pihak kesatuan dan pekerja. Sesi dialog ini supaya pekerja dapat menyuarakan isu-isu yang dirasakan perlu mendapat perhatian daripada presiden kesatuan sekerja.

Berikutnya adalah faktor keberkesanan kesatuan pekerja-pekerja sabah eletricity sdn bhd (kppsesb).Berdasarkan daripada dapatan kajan yang diperoleh terdapat tiga faktor utama yakni jumlah ahli kesatuan sekerja sentiasa meningkat, kekuatan pemimpin kesatuan sekerja dan strategi demokrasi. Daripada tiga ribu lebih jumlah pekerja SESB dari seluruh cawangan Sabah, separuh daripada pekerja tersebut merupakan ahli kesatuan sekerja jelas membuktikan keahlian KPPSESB mempunyai bilangan ahli yang ramai iaitu seramai 1600 daripada semua cawangan SESB yang terdapat di Sabah. Kejayaan KPPSESB dalam mendapatkan hak mereka telah membuka mata pekerja lain untuk menjadi ahli kesatuan sekerja agar kebajikan mereka terjaga. Dengan adanya sokongan daripada ahli kesatuan, ianya membuatkan pemimpin kesatuan menjadi lebih semangat dalam memperjuangkan hak mereka sebagai pekerja.

          Apabila pihak kepimpinan lebih bersemangat keberkesanan sesebuah kesatuan sekerja akan lebih terjamin. Dalam kes ini, pemimpin KPPSESB, En Azhar Datuk Hj MY.Ahmad yang sudah memimpin KPPSESB dari tahun 2014 hingga kini memperlihat bagaimana beliau telah berjaya memperjuangkan hampir semua yang di inginkan para pekerja. Sikap pemimpin kesatuan beliau akan mempertahankan hak dan kebajikan para pekerja sehinggakan apa yang mereka perjuangkan selama ini tercapai walaupun tidak semua menunjukkan semangat kepimpinan yang ada pada En Azhar.

          Faktor keberkesanan terakhir adalah strartegi yang diamalkan oleh KPPSESB yang bersifat demokrasi dalam organisasi, di mana pemimpin tidak meletakkan syarat ataupun unsur paksaan dalam meningkatkan ahli kesatuan sekerja. Malahan, sebarang pertikaian industri tidak pernah berlaku sepanjang perundingan kolektif dijalankan kerana KPPSESB mengamalkan unsur bertolak ansur dalam perundingan untuk mengelakkan sebarang konflik. Bahkan sifat demokrasi ini menarik minat pekerja untuk menjadi ahli kesatuan sekerja. Manakala dari aspek perundingan kolektif pula, perundingan secara baik dan tidak mencetuskan sebarang masalah atau pergaduhan dengan pihak atasan sentiasa di titik beratkan.

Justeru daripada perbincangan dapatan kajian yakni hasil sesi dialog bersama pemimpin Kesatuan Sekerja Pekerja Pekerja Sabah Electricity Sdn. Bhd. dapat dirumuskan bahawa keaktifan serta keberkesanan kesatuan sekerja di SESB adalah terbukti dengan melihat kepada hubungan kerjasama antara pihak majikan, kesatuan sekerja dan pekerja dalam menyelesaikan sesuatu isu.

Seharusnya kesatuan seperti ini dapat di wujudkan di setiap organisasi. Oleh itu dalam cadangan bagi menambaik kajian ini dan bagi memberikan lebih maklumat serta perkongsian, di kajian berikutnya diharap dapat mengkhususkan lagi kajian dan dapat meningkatkan lagi kebolehpercayaan kajian dengan melibatkan ahli kesatuan sekerja sendiri dengan sesi temu bual atau mengedarkan soal selidik bagi menguji keberkesanan dan keaktifan sesebuah kesatuan sekerja tersebut dengan lebih jitu dan bagi mengelakkan bias dalam hasil dan maklumat yang diperoleh.

Akhir sekali di harap pelaporan ini dapat menjadi satu penanda aras bagi mengetahui keberkesanan kesatuan sekerja bagi organisasi lain dan menjadi satu contoh atau panduan bagi kesatuan sekerja organisasi yang baharu.




9.0      LAMPIRAN
Gambar 1 dan 2 : Temu bual bersama Presiden KPPSESB

Gambar 3: Kumpulan pelajar Hubungan Industri bersama Presiden KPPSESB dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi

10.0   RUJUKAN
Ab Aziz Yusof. (2002). Pengurusan Sumber Manusia: Konsep, Isu dan Pelaksanaan. Malaysia: Prentice Hall
Barry Cushway (1994) Human Resource Management. Kagan Page Limited.
Fiorito, J., Jarley, P., & Delaney, J. T. (1993). Organizing Effectiveness among U.S. National Unions. Research in the Sociology of Organizations 12: 111-137
Hammer, T. H., & Wazeter, D. L. (1993). Dimensions of Local Union Effectiveness.Industrial and Labor Relations Review 46: 302-319.
Jackson, M. P. (1992). Introduction to Industrial Relation. 3rd ed. London: Routledge.
Martine Perline & V.R.Lorenz. (1970, october). Factors Influencing Member Participation in Trade Union Activities. American Journal of Economics and Sociology, 29, 425-438.
Jamaluddin, S. Z. (2000). Pengenalan kepada undang-undang Perhubungan Perusahaan di Malaysia. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Thomas I. Chacko. (1985). Member Participation in Union Activities: Perceptions of Union Priorities, Performance, and Satisfaction. Journal of Labor Research. 6(4), pp.363-373.
Salamon, M. 1998. Industrial Relations: Theory and Practice. London: Prentice Hall.
Ibnu Zaidi (Zaidi Bilin). 2008. CABARAN-CABARAN DALAM KESATUAN SEKERJA. Hubungan Industri. Universiti Malaysia Sabah. Dilayari di pautanhttp://documents.tips/documents/cabaran-dalam-kesatuan-sekerja-55cac75670eaf.html